PENDAHULUAN
Al Qur’an dan al Hadith merupakan pedoman asas bagi umat Islam. Setiap tindakan seorang muslim haruslah sesuai dengan tuntutannya atau setidaknya tidak bertentangan dengan keduanya. Akan tetapi untuk memahami maksud yang terkandung dalam kedua sumber asas tersebut tidaklah semudah yang kita fikirkan dengan akal, tetapi memerlukan ilmu yang pelbagai dalam membantu menjelaskan kesamaran dan menyingkap maksud-maksud al Qur’an dan al Hadith. Salah satu ilmu tersebut adalah ilmu usul fiqh.
Oleh itu, suatu perbahasan usul fiqh yang dapat membantu mengenali kejelasan suatu makna dalam al Qur’an dan al Hadith ialah mujmal dan mubayyan. Pembahasan mengenai ini sangat penting kerana untuk mendapatkan pemahaman yang mantap, memerlukan pengetahuan yang luas mengenai sesuatu makna perkataan yang diteliti. Dengan mengetahui mujmal dan mubayyan ini, kita dapat mengklasifikasikan yang mana perkataan yang masih memerlukan penjelasan lebih lanjut kerana masih bersifat umum dan jelas sehingga maksudnya dapat dihuraikan.
DEFINISI MUJMAL
Al-Mujmal pada bahasa mempunyai pelbagai maksud antaranya ialah:
1. Perkataan al-jaml bermaksud percampuran (Mucjam al-Tullab 2009: 101)
2. Mengumpul akan sesuatu ( Idris Marbawi 1990 :109)
3. Mengumpul atau menghimpun (Kamus al-Khalil 2006: 112)
Manakala dari sudut istilah pula ulama mempunyai pelbagai pendapat antaranya:
1. Sesuatu (lafaz) yang mempunyai dalalah lebih daripada satu yang tiada kelebihan antara satu sama lain. ( Muhammad Adib Samsudin 2010 )
2. Perkara yang tidak diterangkan oleh dalalah ( Abdul Karim Zaidan 2007: 279 )
3. Lafaz yang sulit difahami maksudnya kecuali melalui penjelasan mutakallim ( Wahbah al-Zuhaili 1995: 95 )
4. Lafaz yang dalalahnya tidak jelas ( Jalaluddin Abdul Rahman 1980: 205 )
5. Satu lafaz dalam susunan yang maksudnya tidak dapat ditentukan melainkan mesti ada yang menentukannya ( Abdul Qadir Hasan 1971: 105 )
PEMBAHAGIAN MUJMAL
Mujmal dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
1. Mujmal antara sesama makna hakiki pada lafaz. Dalalah yang digunakan mempunyai dua maksud hakiki yang sama tarafnya. Oleh itu, kita boleh memilih yang mana dikehendaki. Contohnya :
àM»s)¯=sÜßJø9$#ur ÆóÁ/utIt £`ÎgÅ¡àÿRr'Î/ spsW»n=rO &äÿrãè% 4
Maksudnya :
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) ( al-Baqarah 2: 228)
Berdasarkan ayat di atas, lafaz quru’ mempunyai dua maksud hakiki iaitu haid dan suci. Oleh itu, Imam Syafie berpendapat bahawa lafaz quru’ bererti suci manakala Imam Hanifah berpendapat bahawa ia bermaksud haid. ( Abdul Qadir Hasan 1971:54)
2. Makna antara sesama afrad kepada satu makna hakiki. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat satu makna hakiki dan tetapi banyak afrad contohnya:
øÎ)ur tA$s% 4ÓyqãB ÿ¾ÏmÏBöqs)Ï9 ¨bÎ) ©!$# ôMä.âßDù't br& (#qçtr2õs? Zots)t/ ( (#þqä9$s% $tRäÏGs?r& #Yrâèd ( tA$s% èqããr& «!$$Î/ ÷br& tbqä.r& z`ÏB úüÎ=Îg»pgø:$# ÇÏÐÈ
Maksudnya:
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)" ( al-Baqarah 2:67)
Berdasarkan ayat di atas al-baqarah adalah makna hakiki iaitu lembu itu sendiri tapi secara afradnya lembu mempunyai banyak warna sama ada kuning, putih atau hitam. Oleh itu kita boleh memilih untuk mengambil lembu yang mempunyai warna apa-apa pun.
3. Mujmal sesama makna majazi pada lafaz. Oleh itu, makna hakiki tidak diperlukan. Tetapi makna majazi mempunyai pelbagai makna dan perlu ditarjihkan melalui tiga sebab iaitu:
a) Salah satu makna majazi tersebut lebih hampir kepada makna majazi. Contohnya:
لا صلاة لمن يقرا بفاتحة الكتاب
Maksudnya :
“Tidak sah solat tanpa membaca al-fatihah (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadith di atas makna majazinya ialah penafian solat atau penafian kesempurnaan. Namun begitu penafian sah itu adalah lebih rajih berbanding penafian kesempurnaan. Oleh itu jumhur ulama telah mengambil penafian sah. Hal ini bermaksud jika seorang mukallaf itu tidak membaca al-Fatihah maka solatnya tidak sah.
b) Salah satu makna majazi lebih nyata dari sudut curf. Contohnya:
رفع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استُكرهوا عليه
Maksudnya:
“Diangkat dosa umatku kerana tidak sengaja atau lupa” ( Ibnu Majah dan Baihaqi)
Berdasarkan hadith di atas, makna majazi mempunyai dua maksud sama ada dosa atau hukum. Manakala maksud hadith ini secara hakiki adakah diangkat dosa atau hukum dengan sebab lupa dan tersalah. Oleh itu perbuatan mukallaf yang makan semasa bulan puasa kerana terlupa adalah dimaafkan. Berdasarkan hadith ini dosalah yang diangkat.
c) Salah satu makna majaz lebih dikehendaki berbanding makna yang lain. Contohnya:
$yJ¯RÎ) tP§ym ãNà6øn=tæ sptGøyJø9$# tP¤$!$#ur zNóss9ur ÍÌYÏø9$# !$tBur ¨@Ïdé& ¾ÏmÎ/ ÎötóÏ9 «!$#
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah (al-Baqarah 2: 173)
Berdasarkan ayat ini, secara hakikinya pengharaman khinzir adalah secara cain iaitu tubuh badan khinzir itu sendiri sama ada bangkai, daging atau darah. Namun dari sudut makna majazi pula menyatakan pengharaman ini adalah dengan memakan, jual atau sentuh. Oleh itu, makna yang lebih dikehendaki berbanding makna lain
adalah pengharaman memakannya.
MUBAYYAN
DEFINISI
Al-Mubayyan pada bahasa mempunyai pelbagai maksud antaranya, ialah :
1. Dari perkataan bayan yang bererti menjelaskan atau menerangkan. ( Kamus al-Khalil 2006 : 62 )
2. Huraian, menerangkan atau pengakuan ( Idris Marbawi 1990 : 73 )
3. المظهر والموضح yang bermaksud yang dinyatakan dan yang dijelaskan. (Amir Sacid Al-Zaibari 1997 : 165 )
Manakala dari sudut istilah pula ulama mempunyai pelbagai pendapat antaranya :
1. Lafaz yang maknanya sudah jelas, tidak perlu kepada keterangan lain. ( Amir Sacid Al-Zaibari 1997 : 165 )
2. Lafaz yang sulit difahami maksudnya kecuali melalui penjelasan dari mutakallim ( orang yang mengucapkan ). ( Wahbah Al-Zuhaili 2001 : 340 )
3. Lafaz yang dilalahnya tidak jelas. ( Jalaluddin Abd al- Rahman 2003 : 12 )
4. Suatu lafaz yang dilalahnya telah jelas dengan memperhatikan maknanya. ( Amir Syarifuddin 2004 : 165 )
PEMBAHAGIAN AL-MUBAYYAN
Al-Mubayyan terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. al-Wadih bi nafsih ( الواضح بنفسه )
Al-Wadih bi nafsih ialah lafaz yang jelas maknanya sejak awal penggunaan sehingga tidak memerlukan penjelasan daripada lafaz yang lain. Kejelasan lafaz ini diketahui melalui pendekatan bahasa, ( Amir Syarifuddin 2004 : 163 ). Ia dapat dilihat melalui firman Allah :
3 ÒOÎ=tæ äóÓx« @à6Î/ !$#ur3
Maksudnya :
“ Dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” ( al-Baqarah 2 : 282 )
Makna yang terkandung dalam ayat ini dapat diketahui dengan mudah iaitu berpandukan kepada penggunaan bahasanya.
Selain itu, kejelasan lafaz dapat diketahui dengan menggunakan akal, seperti firman Allah iaitu :
È sptös)ø9$#È@t«óur
Maksudnya :
“ Dan bertanyalah kepada penduduk negeri (Mesir) ” ( Yusuf 12 : 82 )
Apabila diperhatikan dari aspek bahasa, ayat ini memerintahkan untuk bertanya kepada kampung. Hal ini tentu tidak logik kerana akal dapat memahami bahawa yang diperintahkan sebenarnya bertanya kepada penduduk kampung yang tinggal di kampung tersebut. ( Amir Sacid al-Zaibari 1997: 69 )
2. al-Wadih bi ghairih ( الواضح بغيره )
Al-Wādih bi ghairih membawa maksud sesuatu yang memerlukan kepada gabungan faktor lain untuk memahami maksud sebenar sesuatu lafaz ( Muhammad Adib bin Samsudin 2010 ). Pembahagian ini dapat dilihat melalui firman Allah iaitu :
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاة
Maksudnya :
Dan dirikan solat dan tunaikanlah zakat (al-Baqarah 2:83)
Lafaz الصلوة dalam ayat di atas merupakan lafaz mujmal iaitu Allah memerintahkan umatNya mendirikan solat namun tidak dijelaskan cara-cara solat. Rasulullah telah melakukannya dan Sahabat telah memerhatikannya seperti mana sabda Baginda saw:
صلو كما رأيتموني أصلىّ
Maksudnya :
Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat (Riwayat Malik bin Al-Huwarith).
Oleh yang demikian dapatlah difahami bahawa solat merupakan perintah Allah ke atas setiap muslim dan perintah itu adalah mesti dipatuhi. Namun Allah tidak menjelaskan secara terperinci tentang cara-cara untuk menunaikan solat. Dengan itu, perbuatan Rasulullah itu sendiri telah menjelaskan akan perlakuan solat itu secara terperinci dan ini membolehkan manusia memahami akan maksud solat itu iaitu bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam
( Muhammad Adib bin Samsudin 2010 ).
BENTUK-BENTUK AL-MUBAYYIN
Al-Mubayyan ialah sesuatu yang jelas dengan dirinya sendiri atau dengan sesuatu yang lain. Untuk menjelaskan sesuatu yang lain itu atau untuk memahami maksud sebenar itu disebut sebagai al-Mubayyin. Terdapat 3 bentuk al-Mubayyin yang menjelaskan ayat Al-Quran yang mujmal. Antaranya : ( Muhammad Adib bin Samsudin 2010 )
1) Penjelasan melalui firman Allah S.W.T:
øÎ)ur tA$s% 4ÓyqãB ÿ¾ÏmÏBöqs)Ï9 ¨bÎ) ©!$# ôMä.âßDù't br& (#qçtr2õs? Zots)t/ ( (#þqä9$s% $tRäÏGs?r& #Yrâèd ( tA$s% èqããr& «!$$Î/ ÷br& tbqä.r& z`ÏB úüÎ=Îg»pgø:$# ÇÏÐÈ
Maksudnya:
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". mereka berkata: "Adakah
engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)" (al-Baqarah2: 67).
Lafaz البقرة dalam ayat ini adalah berbentuk mujmal iaitu sama ada berwarna kuning, coklat atau hitam. Dalam ayat ini telah menerangkan tentang suruhan menyembelih lembu tetapi tidak menentukan jenis lembu yang mana harus disembelih. Namun ayat Quran yang mujmal ini telah dijelaskan dengan menyatakan bahawa lembu yang harus disembelih ialah lembu yang berwarna kuning terang kerana warna itu tidak elok dipandang. Ini berdasarkan firman Allah :
(#qä9$s% äí÷$# $oYs9 /u ûÎiüt6ã $oY©9 $tB $ygçRöqs9 4 tA$s% ¼çm¯RÎ) ãAqà)t $pk¨XÎ) ×ots)t/ âä!#tøÿ|¹ ÓìÏ%$sù $ygçRöq©9 Ý¡s? úïÌÏ໨Z9$# ÇÏÒÈ
Maksudnya:
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya" (al-Baqarah 2:69)
2) Penjelasan melalui perkataan Nabi Muhammad s.a.w.
Melalui perkataan Nabi juga boleh menjelaskan ayat al-Quran yang mujmal iaitu:
(#qè?#uäur ¼çm¤)ym uQöqt ¾ÍnÏ$|Áym (
Maksudnya:
Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya. (Al-Anc am 2 : 141)
Ayat al-Quran ini berbentuk mujmal melalui lafaz حقه . Dalam ayat ini tidak diterangkan dengan jelas tentang berapa hak yang perlu ditunaikan untuk mengeluarkan zakat terhadap tanaman. Oleh itu perkataan Nabi menjelaskan lagi ayat Quran ini melalui hadith Nabi. Sabda Baginda:
فيما سقتْ السمأ والعيون أو كان عثريا العشر وما سقِيَ بالنضح نصف العشْرِ
Maksudnya :
Tanaman yang disirami oleh air hujan atau mata air atau menyerap air sendiri melalui akarnya, zakatnya 1/10, manakala tanaman yang tumbuh dengan disiram tenaga menggunakan (kos), zakatnya 1/20. ( Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini telah menjelaskan tanaman yag disirami oleh air hujan atau mata air perlu dikeluarkan zakat sebanyak 1/10 sahaja. Manakala yang tidak disirami air dan menggunakan tenaga, zakatnya 1/20.
3) Penjelasan melalui perbuatan Nabi Muhammad s.a.w.
Ayat al-Quran yang mujmal boleh dijelaskan juga melalui perbuatan Nabi. Ayat al-Quran mujmal tersebut ialah:
(#qßJÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨9$# (#qãèx.ö$#ur yìtB tûüÏèÏ.º§9$# ÇÍÌÈ
Maksud:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah 2:43)
Ayat Quran berbentuk mujmal melalui lafaz الصلوة . Ayat ini hanya menerangkan tentang suruhan untuk mendirikan sembahyang tetapi tidak diterangkan seperti cara untuk melaksanakannya. Oleh itu semua ini dapat dijelaskan melalui perbuatan Nabi:
صلوا كما رايتموني اصلي
Maksudnya:
Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku sembahyang.( Riwayat Malik b Al-Huwarith)
Hadith ini menjelaskan kepada kita cara hendak melaksanakan sembahyang ialah seperti yang dilaksanakan oleh Baginda s.a.w.
MENDAHULUKAN MUBAYYIN PERKATAAN ATAU PERBUATAN
Jika berlakunya percanggahan antara penjelasan sesuatu ayat yang mujmal melalui perkataan dan perbuatan Nabi, salah satu dari keduanya perlulah didahulukan. Ini dapat diketahui melalui dua bentuk iaitu dari sudut dalālah yang sama dan dari sudut kedua iaitu dalālah yang berbeza.
1)Dalalah sama.
Apabila berlakunya percanggahan antara perkataan dan perbuatan Nabi dalam dalālah yang sama, penjelasan yang datang dahulu adalah dinamakan mubayyin manakala penjelasan yang datang kemudian pula dinamakan mu'akkid iaitu yang menguatkan penjelasan yang datang dahulu.
Namun jika tidak dapat dikenalpasti penjelasan yang mana yang datang dahulu dan yang terkemudian antara perbuatan Nabi dan perkataan Nabi, haruslah dibuat andaian ke atas kedua-duanya yang mana salah satu darinya perlu dianggap datang dahulu dan selainnya adalah datang kemudian ( Muhammad Adib bin Samsudin 2009 ) .
2) Dalālah berbeza
Dan apabila berlakunya percanggahan antara perkataan dan perbuatan Nabi dalam dalālah yang berbeza, penjelasan melalui perkataan Nabi akan diutamakan sama ada ia datang dahulu atau datang kemudian. Ini adalah bertepatan dengan pendapat Jumhur selain Mazhab Hanafi. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa penjelasan melalui perbuatan Nabi haruslah didahulukan kerana beranggapan bahawa setiap yang dikatakan oleh Nabi tidak semestinya diperakui kerana kadang-kala Rasulullah terlupa akan apa yang diperkatakan. Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah sudah tentulah diperakui kerana ia sendiri telah dilakukan oleh Rasulullah ( Muhammad Adib bin Samsudin 2009 ).
Percanggahan penjelasan makna ini dapat dilihat dalam Haji Qiran. Haji Qiran ialah haji yang ditunaikan haji dan umrah secara serentak. Seperti yang kita ketahui bahawa tawaf dan saci merupakan rukun bagi kedua-dua haji dan umrah (Muhammad Zaini bin Yahya 2004: 180 ). Oleh itu di sini berlakunya percanggahan antara penjelasan melalui perbuatan dan perkataan Nabi di mana bagi menunaikan Haji Qiran adakah perlu menunaikan satu tawaf dan satu sa'i atau dua tawaf dan dua sa'i? Penjelasan tentang Haji Qiran melalui perkataan Nabi dapat dilihat melalui sabda Nabi:
من أحرم بالحج والعمرة جميعا كفاه طواف واحد, ولم يحل حتى يقضى حجته ويحل منهما جميعا
Maksudnya :
Percanggahan penjelasan makna ini dapat dilihat dalam Haji Qiran. Haji Qiran ialah haji yang ditunaikan haji dan umrah secara serentak. Seperti yang kita ketahui bahawa tawaf dan saci merupakan rukun bagi kedua-dua haji dan umrah (Muhammad Zaini bin Yahya 2004: 180 ). Oleh itu di sini berlakunya percanggahan antara penjelasan melalui perbuatan dan perkataan Nabi di mana bagi menunaikan Haji Qiran adakah perlu menunaikan satu tawaf dan satu sa'i atau dua tawaf dan dua sa'i? Penjelasan tentang Haji Qiran melalui perkataan Nabi dapat dilihat melalui sabda Nabi:
من أحرم بالحج والعمرة جميعا كفاه طواف واحد, ولم يحل حتى يقضى حجته ويحل منهما جميعا
Maksudnya :
Sesiapa yang berniat haji dan umrah sekali memadai memadai satu tawaf dan tidak halal baginya sehingga selesai hajinya dan halal bagi kedua-duanya sekali. (Riwayat Abu Hurairah).
Manakala penjelasan tentang Haji Qiran melalui perbuatan Nabi dapat dilihat melalui sabda Baginda:
وقد روِيَ عَنْ النَبِيِّ صَلَّى الله عليهِ وسلَّم : أَنَّه طاف طوافين, وسعى سعيين
Maksudnya :
Dan sesungguhnya aku melihat Nabi s.a.w : sesungguhnya dia tawaf dengan dua
tawaf, dan saci dengan dua saci. ( Riwayat Abu Hurairah ).
Apabila melihat kedua-dua hadith Baginda ini dapat dikenalpasti bahawa antara kedua-duanya telah berlaku percanggahan. Jika dilihat melalui penjelasan dari perkataan Baginda, Nabi telah mengatakan bahawa Haji Qiran itu adalah memadai ditunaikan satu tawaf dan satu saci. Namun melalui perbuatan Baginda adalah sebaliknya apabila Baginda sendiri telah menunaikan Haji Qiran dengan dua tawaf dan dua saci. Di sini terdapat perbezaan pendapat antara Jumhur dan Mazhab Hanafi. Bagi pandangan Jumhur, Haji Qiran dibuat dengan satu tawaf dan satu saci. Hal ini kerana dari segi perbuatan yang dilakukan kadang-kadang berlainan daripada perkataan. Berbeza dengan pendapat Mazhab Hanafi, yang berpandangan perlu dilakukan dua tawaf dan dua saci iaitu perbuatan yang perlu diambil kira dahulu.
Oleh yang demikian, perkataan Nabi adalah didahulukan sebagai mubayyin iaitu yang menjelaskan manakala perbuatan Nabi adalah sebagai mu'akkid iaitu yang menguatkan kata-kata oleh Nabi. Sekiranya tidak diketahui, boleh diandaikan bahawa satu mubayyin dan satu mu’akkid kerana kedua-dua adalah sama ( Muhammad Adib bin Samsudin 2009 ).
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah kita simpulkan bahawa mujmal adalah perkataan atau susunan perkataan yang maksudnya samar dari segi perkataan itu sendiri yang tidak dapat dijelaskan kecuali dengan keterangan dari pengkajian sendiri sehingga perkataan ini tidak dapat dijelaskan dengan akal, tetapi dengan memahami daripada pengkajian sendiri.Manakala, mubayyan adalah perkataan yang sudah dapat dijelaskan dengan tidak memerlukan penjelasan lagi. Selain itu, hukum mengamalkan lafaz yang masih mujmal adalah tawaqquf (tidak dapat diamalkan selagi belum jelas maksudnya).Namun begitu, bayan merupakan lafaz yang difahami sebagai memberi makna yang jelas kepada hukum syarak.
RUJUKAN
Al-Quran
Abdul Karim Zaidan. 2009. Al-Wajiz Fil Usul Al-Fiqh. Beirut, Lebanon: Resalah Publisher.
Amir Said Az-Zaibari.1997. Kiat Menjadi Pakar Fiqh. Jakarta: Zikrul Hakim.
Amir Syarifudin. 2004. Usul Fiqh dan Kaidah-Kaidah Ushulliyyah. Jakarta Timur: Zikrul Hakim.
Abdul Qadir Bin Hassan. 1971. Usul Fiqh. Jakarta: Al-Muslimun.
Abdul Qadir Bin Hasan.1977. Usul Fiqh. Jakarta: Bina Ilmu.
Abdul Wahab Khallaf. 1996. Ilmu Ushuhul Fiqh. Jakarta: Bina Ilmu.
Muhamad Abu Zuhayr. 1995. Usul Al-Fiqh. Mesir: Universiti al-Azhar.
Muhammad Adib Samsudin. 2009: usulfiqh.blogspot.com/2009/…/al-mujmal-al-mubayyan.
Muhamad Idris Marbawi. 1990. Kamus Idris al-Marbawi. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Yusuf Syukri Farhat. 2009. Mucjam al-Tullab. Beirut: DKI.
DISEDIAKAN OLEH:
TUAN ZUL AJMA TUAN AHMAD
SITI SARAH ROHAIDI
UMMI KHALSUM MUHAMAD
No comments:
Post a Comment