Definisi Hadith Ahad
Pengertian ahad secara etimologi berasal dari kata “ahad” atau “Wahid” bererti satu. Maka khabar ahad (خبر احد) atau khabar wahid (خبر واحد) adalah suatu berita (khabar) yang disampaikan oleh satu orang sahaja.(Muhammad as-Sabbagh:21)
Dari segi istilah, hadith ahad ditakrifkan sebagai hadith yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi yang jumlahnya tidak mencapai darjat mutawatir di samping tiada keseimbangan jumlah perawi dalam peringkat sahabat,tabicin dan tabic tabicin.
Menurut ilmu Mustalah al-Hadith, hadith ahad ialah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi sahaja khasnya di peringkat pertama iaitu peringkat para Sahabat. (Hafiz Firdaus Abdullah 2004: 169) Selain itu, ia juga membawa maksud hadith yang terbatas jalan-jalan riwayatnya dan tidak sampai kepada peringkat hadith mutawatir atau bilangan perawi hadith ahad tidak sampai kepada bilangan perawi hadith mutawatir.(Abd. Latif Muda 1997 : 87) Hal ini berbeza dengan hadith mutawatir yang mana ia adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah para perawi yang melebihi empat orang sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya.
Al-Qasimiyy mentakrifkan hadith ahad sebagai hadith yang tidak mencapai darjat mutawatir sama ada dari segi perawinya seorang atau ramai. Manakala Muhammad Abu Zahrah mentakrifkan hadith ahad sebagai hadith yang diriwayatkan seorang perawi,dua atau ramai daripada Rasulullah tetapi tidak mencapai syarat hadith mashhur. Ini adalah kerana beliau membahagikan hadith kepada tiga kategori iaitu hadith mutawatir, mashhur dan ahad. Sementara itu, Ibn Hajar pula berpendapat bahawa hadith ahad adalah hadith yang tidak memenuhi syarat hadith mutawatir. (Abd. Latif Muda 1997 : 88)
Pembahagian Hadith Ahad
Hadith ahad boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu Hadith mashhur, Hadith caziz dan Hadith gharib. Namun, sebahagian ulama membahagikan hadith ahad kepada dua iaitu mashhur dan ghair mashhur.
Hadith Mashhur
Hadith mashhur dari segi bahasa ialah yang termashhur atau terkenal. Manakala, dari segi istilah ialah hadith yang diriwayatkan oleh tiga atau lebih perawi dalam setiap tabaqatnya namun belum mencapai darjat mutawatir daripada peringkat Sahabat hingga ke peringkat tabic tabicin.(Asmawi Haji Ehsan 2003:132) Sebagai contoh, hadith Rasulullah SAW :
عن عروة قال حج علينا عبد الله ابن عمر و فسمعته يقول سمعت النبي يقول ٳن الله لا ينزع العلم بعد أن أعطاهموه انتزاعا ولكن ينتزعه منهم مع قبض العلماء.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan sekaligus, tetapi Allah mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama.” (Riwayat Bukhari)
Hadith mashhur terbahagi kepada dua jenis iaitu mashhur mutlaq dan mashhur muqayyad. Mashhur mutlaq ialah hadith yang mashhur di kalangan ulama hadith dan juga selain daripada mereka seperti ulama usul, fiqh dan orang awam manakala hadith mashhur muqayyad ialah hadith yang mashhur di kalangan ulama hadith sahaja. Sementara itu, hadith ghair mashhur pula terbahagi kepada hadith caziz dan hadith gharib.
Hadith cAziz
Hadith cAziz pula dari segi bahasa bermaksud sedikit dan jarang-jarang, kuat atau gagah. Dari segi istilah pula hadith caziz ditakrifkan sebagai hadith yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada satu peringkat dan kemudiannya diriwayatkan oleh ramai perawi. (Asmawi Haji Ehsan 2003:140) Sebagai contoh, hadith Rasulullah SAW:
لاَ يُوءْمِنُ أَحَدَكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أجمعين
(رواه البخاري والمسلم)
Maksudnya : “ Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu melainkan aku dikasihinya lebih daripada mengasihi dirinya, orang tuanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.”
Hadith Gharib
Hadith Gharib dari segi bahasa membawa maksud tunggal, ganjil atau pelik. Manakala dari segi istilah ialah hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dalam setiap atau mana-mana tabaqatnya.(Asmawi Haji Ehsan 2003:140) Sebagai contoh, hadith Rasulullah SAW:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلمٍ إنما الأعمال بالنيّات وإنما لكل امري ما نوى.
Maksudnya: “ Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan setiap orang itu bergantung kepada perkara yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari Muslim)
Hadith-hadith di atas iaitu mashhur, caziz dan gharib boleh diamalkan dan berhujah dengannya, tetapi mestilah hadith yang sahih dan hasan sahaja. Jika ia daif atau mauduc, maka tidak boleh beramal dengannya.
Hukum Beramal dengan Hadith Ahad
Jumhur ulama, sama ada dari kalangan sahabat atau tabicin serta para ulama terkemudian sama ada dari kalangan ahli hadith, ahli fiqh ataupun ahli usul berpendapat bahawa hadith ahad yang berada di bawah kategori hadith sahih serta memenuhi ketentuan maqbul (diterima) dapat dijadikan hujah dan wajib beramal dengannya. Namun begitu, tidak jatuh kufur bagi sesiapa yang menolaknya. Kewajipan beramal dengannya didasarkan atas kewajipan syarcie, bukan atas dasar cakli (akal). (Muhammad Jamal ad-Din al-Qasami: 147-148)
Namun, menurut pandangan ahli Muhaqqiqin, hadith ahad hanya wajib diamalkan dalam bab-bab ibadah,kifarah dan hudud sahaja, tetapi tidak dalam bab akidah kerana bab aqidah memerlukan dalil-dalil yang qatciy (pasti).
Dalam hal ini, para Sahabat dan orang-orang sesudahnya yang terdiri daripada para tabicin dan generasi Salaf umat ini, sama ada yang menyatakan bahawa hadith ahad itu menunjukkan ilmu yang yakin ataupun yang menunjukkan zann (keraguan), maka mereka telah berijma iaitu wajib mengamalkan hadith ahad. Rentetan itu, tidak ada pihak yang berselisih pendapat dalam kalangan mereka kecuali kelompok yang tidak diambil kira, seperti sebahagian Muctazilah dan Rafidhah.
Menurut Al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah : "Kewajiban mengamalkan hadith ahad itu adalah pendapat seluruh tabicin dan para fuqaha sesudahnya di seluruh negeri hingga kini. Tidak ada keterangan yang sampai kepada kami berkenaan adanya salah seorang daripada mereka yang menentangnya atau menyalahinya."
Kriteria Hadith Ahad
Kriteria yang disebutkan oleh Imam al-Shaficiy rahimahullah merupakan kriteria yang dibuat oleh para ulama ahli hadith, iaitu :
1.Sanadnya bersambung, iaitu tidak putus (muttasil)
2. Para perawinya adil.
3. Perawinya dabit (tepat dan sempurna hafalannya).
4. Selamat dari shudhudh. Yang dimaksudkan dengan shudhudh adalah riwayatnya bertentangan dengan riwayat orang lain yang lebih thiqah darinya.
5. Selamat dari cacat yang menjadikan thiqah dan terpelihara.
1.Sanadnya bersambung, iaitu tidak putus (muttasil)
2. Para perawinya adil.
3. Perawinya dabit (tepat dan sempurna hafalannya).
4. Selamat dari shudhudh. Yang dimaksudkan dengan shudhudh adalah riwayatnya bertentangan dengan riwayat orang lain yang lebih thiqah darinya.
5. Selamat dari cacat yang menjadikan thiqah dan terpelihara.
Selain itu, terdapat beberapa lagi ciri tertentu hadith ahad iaitu:
1. Mempunyai jalan-jalan riwayat yang berhubung hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
2. Sanadnya tidak sampai tahap mutawatir. (al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:4-8)
3. Sanadnya diriwayat menerusi berbagai peringkat perawi,ada perawi yang thiqah, perawi yang kurang thiqah dan ada yang perawinya diterima dengan syarat-syarat tertentu serta ada perawinya yang ditolak riwayatnya.
4. Jumlah perawinya tidak mencapai jumlah perawi hadith mutawatir. Ada yang mengatakan jumlahnya tidak melebihi sepuluh orang perawi dalam satu tabaqah,dan ada yang mengatakan 100 perawi dan sebagainya iaitu tidak sampai kepada bilangan hadith mutawatir.
5. Jalan-jalan riwayatnya adalah terbatas. Ia berlawanan dengan jalan riwayat hadith mutawatir iaitu ia diriwayatkan oleh perawi yang ramai dengan jalan riwayat yang banyak. Hadith ahad melalui proses periwayatan yang terhad dengan bilangan sanad yang sedikit . Hadith ahad dibahagikan mengikut kategorinya sedangkan mutawatir semuanya sama tanpa dihadkan kepada sahih, hasan dan daif.
6. Jika disesetengah tabaqah sampai ke bilangan mutawatir dan setengahnya tidak, ia juga dipanggil hadith ahad.
Kedudukan Hadith Ahad Zaman Awal Islam Hingga Kini
Zaman Rasulullah S.A.W
Pada zaman Rasulullah SAW, ajaran Islam sama ada dalam bidang akidah mahupun hukum disampaikan kepada umat secara berseorangan dan berkumpulan.
Oleh kerana itu, kita mendapati ajaran Islam pada zaman Rasulullah SAW disampaikan oleh para sahabat secara perseorangan atau berkumpulan dan tidak beramai-ramai dalam jumlah yang besar. Masyarakat mendengar ajaran tersebut tanpa mempersoalkan jumlah sahabat yang menyampaikannya. Oleh itu, tidak timbul persoalan ahad atau mutawatir.
Zaman Sahabat
Para Sahabat radhiallahu canhum berusaha keras menyampaikan ajaran Islam ke pelbagai wilayah baru. Mereka bergerak secara bersendirian dan berkumpulan namun tidak dalam jumlah yang besar. Orang ramai, iaitu generasi tabicin beriktikad dan beramal dengan setiap hadith yang sahih daripada Rasulullah SAW tanpa bertanya sama ada ia disampaikan secara ahad atau mutawatir.
Zaman Para Imam Empat Mazhab
Apabila beriktikad dalam perkara-perkara akidah, jelas menunjukkan bahawa para imam mazhab yang empat menjadikan hadith yang sahih sebagai dalil tanpa membezakan sama ada ia bersifat ahad atau mutawatir. Al-Imam al-Shaficiy rahimahullah (204H) pernah ditanya oleh Sacid bin Asad berkenaan hadith umat Islam melihat Allah pada Hari Akhirat, beliau menjawab:
"Wahai Ibn Asad, putuskanlah ke atas aku baik semasa aku masih hidup atau sudah mati bahawa apa sahaja hadith yang sahih daripada Rasulullah shallallahu calaihi wassalam maka ia menjadi pendapat (pegangan) aku sekalipun ia tidak sampai kepada aku." [ Riwayat al-Imam al-Baihaqi (458H) ]
"Wahai Ibn Asad, putuskanlah ke atas aku baik semasa aku masih hidup atau sudah mati bahawa apa sahaja hadith yang sahih daripada Rasulullah shallallahu calaihi wassalam maka ia menjadi pendapat (pegangan) aku sekalipun ia tidak sampai kepada aku." [ Riwayat al-Imam al-Baihaqi (458H) ]
Perkara di atas menunjukkan bahawa al-Imam al-Shaficiy tidak mensyaratkan bahawa hadith itu perlu bersifat mutawatir, tetapi yang disyaratkan hanyalah ianya memiliki sanad yang sahih. Manhaj yang seumpama juga dipegang oleh al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H). Diriwayatkan daripada beliau: "Kami menetapkan bahawasanya azab kubur (benar) wujud, ianya tidak mustahil dan kami menetapkan bahawa soal Munkar dan Nakir adalah hak seperti yang datang (diriwayatkan) oleh hadith-hadith."(Muhammad bin Abd al-Rahman 1996:504)
Al-Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah (597H) meriwayatkan daripada Mushaddad bin Musarhad al-Basri bahawa al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H) berkata:
"(Timbangan) al-Mizan adalah benar, (titian) al-Sirat adalah benar, beriman kepada (telaga) al-Haud dan al-Syafacat adalah benar, demikian juga beriman kepada al-cArsy dan al-Kursi dan beriman kepada malaikat maut bahawa ia mencabut roh dan kemudian dikembalikan roh kepada jasad. Juga beriman dengan peniupan sangkakala dan keluarnya dajjal ke atas umatnya dan turunnya cIsa ibn Maryam lalu dibunuhnya (dajjal tersebut)."
"(Timbangan) al-Mizan adalah benar, (titian) al-Sirat adalah benar, beriman kepada (telaga) al-Haud dan al-Syafacat adalah benar, demikian juga beriman kepada al-cArsy dan al-Kursi dan beriman kepada malaikat maut bahawa ia mencabut roh dan kemudian dikembalikan roh kepada jasad. Juga beriman dengan peniupan sangkakala dan keluarnya dajjal ke atas umatnya dan turunnya cIsa ibn Maryam lalu dibunuhnya (dajjal tersebut)."
Jelas bahawa sebahagian daripada perkara-perkara aqidah yang ditetapkan oleh al-Imam Ahmad di atas hanya disebut oleh hadith yang bersifat ahad namun berdarjat sahih.
Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) dan tokoh-tokoh lain yang sezaman dengan para imam mazhab yang empat juga mengamalkan manhaj yang sama. Al-Walid bin Muslim rahimahullah (194H) berkata: "Aku bertanya kepada Sufyan al-Thawri (160H), Malik bin Anas (179H), cAbd al-Rahman al-Auzaciyy (157H) dan al-Laith bin Sacad (174H) berkenaan hadith - hadith melihat Allah (pada Hari Akhirat) dan yang seumpamanya. Mereka berkata: Kami beriman kepadanya dengan membiarkan ia sebagaimana ia datang tanpa menafsirkanya." [Riwayat al-Imam Ibn Mandah (395H) dalam Asmac Allah cAzza wa Jalla wa Shifatihi cala al-Ittifaq wa al-Tafarrud] ('Ali bin Muhammad bin Nashr 2002:3/115)
Zaman Para Ilmuan Mutakhir
Selepas zaman imam empat mazhab, mereka membahagikan hadith kepada mutawatir dan ahad. Mereka bersepakat bahawa kandungan hadith mutawatir itu tidak dapat disangkal kebenarannya manakala terhadap hadith ahad, mereka berbeza pendapat sama ada ia bersifat pasti atau sangkaan semata-mata.
Namun begitu, perbezaan ini hanya berlaku apabila hadith ahad tersebut berdiri dengan sendirinya. Apabila hadith ahad tersebut memiliki pembuktian (qarinah) atau sudah terkenal dan menjadi amalan orang ramai, maka ia menghasilkan ilmu yang pasti tanpa wujudnya perbezaan pendapat.
Para ahli usul masa kini juga berpegang kepada hadith ahad dan menjadikannya sebagai dalil yang qatciy. Perbincangan sama ada hadith ahad menghasilkan ilmu qatciy atau zann hanyalah merupakan perbincangan teori semata-mata, sedangkan secara praktikalnya semua hadith ahad diamalkan sebagai satu sumber yang qatciy.
Kehujahan Hadith Ahad
Terdapat perbicaraan tentang kedudukan hadith ahad sama ada ia dapat dijadikan dalil yang qatciy dalam syaricat Islam. Hal ini kerana apabila sesebuah hadith itu diriwayatkan oleh seorang atau dua sahaja, akan wujud kemungkinan berlaku kesilapan. Kemungkinan ini menyebabkan hadith ahad di sisi sebahagian tokoh tidak dapat dijadikan dalil qatciy melainkan zann (samar-samar) sahaja.
Golongan yang Menerima Hadith Ahad
Para ulama telah bersepakat menerima hadith ahad sebagai hujah atau sumber hukum jika ia memenuhi syarat-syarat penerimaannya, tetapi mereka tidak bersepakat mengenai syarat-syarat penerimaan sebagai sumber hukum.
Para ulama mazhab feqah telah sepakat mengatakan bahawa hadith ahad adalah hujah dan wajib beramal dengannya tetapi mereka tidak sepakat mengenai syarat-syarat menerima dan wajib beramal dengannya. Para ulama Zahiri berpendapat tidak boleh diterima dan tidak wajib beramal dengannya.
Mazhab Al-Shafici menerima dengan beberapa syarat. Diantaranya ialah diirsalkan oleh pembesar-pembesar ulamac Tabicin seperti Sacid bin Musib serta diteguhkan dengan sandaran hadith-hadith lain atau dengan pendapat sahabat atau pendapat kebanyakan ulamac.
Mazhab Ahmad bin Hanbal menerimanya dan wajib beramal dengannya apabila tidak ada hadith yang bersambung sanad didalam bab berkenaan. Imam Malik mensyaratkan bagi penerimaan hadith ahad selain daripada sah sanadnya, hadith ahad tersebut mestilah tidak menyalahi dengan amalan penduduk Madinah.
Sebahagian tokoh yang lain pula membahagikan hadith Ahad kepada subjek yang dibawanya. Hadith ahad diterima sebagai dalil qathciy jika ia membahaskan subjek fiqh, mualamat, kehidupan dan sebagainya. Akan tetapi jika ia membahaskan subjek akidah, ia hanya diterima sebagai dalil dzann. Tokoh-tokoh yang membicarakan hal ini secara umumnya terbahagi kepada dua kelompok.
Kelompok yang pertama terdiri ialah daripada kalangan Ahl al- Hadith. Mereka menerima hadith ahad sebagai dalil qatciy. Dalam hal ini, Ahl al- hadith berpegang kepada hujah iaitu faktor kemungkinan berlakunya kesilapan dalam periwayatan seorang atau dua perawi disifatkan berdasarkan kaedah semakan sanad dan status para perawi hadith (al-Jarh wa al-Tacdil). Apabila seorang perawi bebas daripada sebarang kekurangan atau kecacatan, maka sekaligus dia juga bebas daripada kemungkinan berbuat silap.
Antara perkara yang diperhatikan oleh Ahl al- hadith dalam menilai seorang perawi ialah bertaqwa dengan ketaqwaan yang teguh lagi tinggi, memelihara maruah dan tidak melakukan kesalahan seperti maksiat dan bidcah (cAdl). Selain itu, seorang perawi juga hendaklah berkemampuan untuk memelihara dan menyampaikan hadith yang mereka terima secara benar pada bila-bila sahaja diminta untuk berbuat demikian (Dabit). Sifat-sifat ini menjamin seseorang perawi itu tidak akan menyampaikan sesuatu hadith melainkan dia benar-benar yakin bahawa ia berasal daripada Rasulullah SAW secara lengkap lagi sempurna.
Disamping itu, setiap hadith Rasulullah SAW menjadi hujah ke atas umat Islam tanpa mengira sama ada baginda menyampaikannya kepada seorang, dua orang atau ramai orang. Seandainya baginda SAW mengetahui bahawa sabdanya tidak mampu diriwayatkan secara benar oleh seorang sahaja, baginda tidak akan menyampaikan apa-apa ajaran Islam melainkan dalam suasana orang ramai seperti khutbah. Demikian hujah-hujah Ahl al- hadith.
Pun begitu, pembahagian hadith kepada ahad, mutawatir dan sebagainya sebagai dalil syaricat tidak berasal daripada para tokoh Ahl al- hadith generasi Salaf. Di sisi mereka, pembahagian hadith hanya dari sudut sanad dan matan, yang mana ia dibahagikan kepada sahih, hasan, dacif dan sebagainya. Setiap hadith yang sahih menjadi dalil syaricat tanpa membezakannya sama ada ahad atau Mutawatir, akidah atau bukan akidah.
Sementara itu, kelompok yang kedua pula ialah Ahl al-Usul, Kalam, Fiqh dan sebagainya yang selain daripada Ahl al- hadith. Mereka berpendapat bahawa hadith Ahad merupakan dalil zann dalam syaricat Islam, kecuali dalam perkara berikut :
1. Apabila hadith ahad tersebut berperanan sebagai penjelas kepada satu subjek yang asas atau pokoknya telah ditetapkan dalam al-Qurcan dan/atau al-Sunnah yang mutawatir. Maka dalam kes seperti ini hadith ahad diterima sebagai dalil penjelas yang qatciy. Sebagai contoh, azab kubur ialah subjek yang asasnya telah ditetapkan oleh al-Qurcan. Hadith-hadith yang ada dalam subjek ini hanya berperanan menjelaskan bagaimana rupa azab kubur tersebut.
2. Apabila hadith ahad tersebut membahas satu subjek yang bersamanya terdapat beberapa hadith lain yang membahaskan mengenainya juga. Jika kesemua hadith-hadith yang membahas subjek tersebut merupakan hadith ahad, apabila menghimpun kesemuanya, maka akan terhasillah satu dalil yang menduduki taraf mutawatir. Sebagai contoh, juga hadith - hadith berkenaan azab kubur. Terdapat begitu banyak hadith yang membahaskan mengenainya sehingga walaupun kesemuanya merupakan hadith ahad, himpunannya mengarahkan kepada kedudukan mutawatir.
3. Apabila hadith ahad tersebut menjadi sumber iktikad dan/atau amalan oleh orang ramai dari kalangan generasi Salaf, maka ia juga menjadi dalil syaricat kerana tindakan sejumlah generasi Salaf yang beriktikad dan/atau beramal dengannya menjadi bukti hadith tersebut sebenarnya mutawatir, hanya periwayatan yang tercatat dalam kitab hadith yang bersifat ahad. Contohnya ialah waktu solat, cara solat, tatacara haji dan sebagainya.
4. Apabila hadith ahad tersebut memiliki beberapa petunjuk lain (qarinah) daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mendukung atau membenarkannya, maka ia juga diterima sebagai satu dalil qatciy. Contohnya ialah hadith sahih daripada Ibn cAbbas radhiallahu canh yang menerangkan Rasulullah SAW menjamakkan solat di Madinah kerana hujan. Hadith ini (menjamakkan solat tanpa musafir) diriwayatkan oleh Ibn cAbbas seorang sahaja. Akan tetapi ia didukungi dan dibenarkan oleh beberapa petunjuk lain daripada al-Quran dan al-Sunnah yang menetapkan kemudahan kepada umat Islam apabila menghadapi kesukaran.
Imam al-Syafie tidak membezakan antara hadith ahad atau mutawatir, dan hadith tentang akidah atau amaliyah. Namun yang dibincangkan hanyalah mengenai kesahihan sesuatu hadith.
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-cAsqalani berkata: “Sesungguhnya sudah terkenal perbuatan (amalan dan penerimaan) para sahabat dan tabicin yang berlandaskan hadith ahad tanpa penolakan. Maka telah sepakat mereka untuk menerima hadith ahad”.
Terdapat begitu banyak dalil yang menunjukkan wajib menerima hadith ahad, antaranya ialah Rasulullah SAW mengutus hanya seorang sahaja delegasi kepada para raja di setiap wilayah (jajahan). Begitu juga kepada para penguasa negara. Manusia kembali kepada mereka dalam segala hal, sama ada dalam persoalan hukum atau keyakinan. Sebagai contoh, Rasulullah mengutus:
1 - Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah ke negara Najran.
1 - Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah ke negara Najran.
عن خذيفة ان النبي قال لأهل نجران لأبعثن اليكم رجلا امينا حق امين فاستشرف لها اصحاب النبي فبعث ابا عبيدة.
Maksudnya: Dari Huzaifah r.a bahawa Nabi SAW mengatakan kepada orang-orang Najran: “Nanti aku akan mengutus seorang lelaki yang dipercayai dan sungguh dipercayai. lalu sahabat-sahabat Nabi SAW melihat untuk mengetahui siapa orangnya. Nabi mengirim Abu Ubaidah.
2 - Mu’az bin Jabal ke negara Yaman.
عن ابن عباس يقول لما بعث النبي معاذا نحو اليمن قال له انك تقدم على قوم من اهل الكتاب فليكن اول ما تدعوهم الى ان يوحدوا الله تعالى فاذا عرفوا ذلك فأخبرهم ان الله فرض عليهم خمس صلوات فى يومهم وليلتهم فاذا صلوا فاخبرهم ان الله افترض عليهم زكاة فى أموالهم تؤخذ من غنيهم فترد على فقيرهم فاذا اقروا بذالك فخذ منهم وتوق كرائم اموال الناس.
Maksudnya: Dari Ibn Abas r.a katanya: ketika Nabi SAW mengutus Muaz ke negeri Yaman, beliau mengatakan kepadanya. “Sesungguhya engkau akan datang kepada kaum ahli kitab. Maka hendaklah mereka engkau panggil terlebih dahulu, supaya mereka mengakui keesaan Allah. Apabila mereka telah mengetahui (mengakui) hal itu, ceritakanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka sembahyang lima kali dalam sehari semalam. Setelah mereka mengerjakan sembahyang, beritakanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka membayar zakat harta, diambil dari orang yan g kaya diantara mereka, diberikan kepada orang miskin. Setelah mereka mengakui hal itu, ambillah dari mereka dan jauhilah mengambil harta yang berharga kepunyaan orang banyak.
3 - Dahiyah al-Kalbi dengan membawa surat kepada pembesar Basrah.
وقال ابن عباس بعث النبي دحية الكلبي بكتابه الى عظيم بصرى ان يد فعه الى قيصر.
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Nabi SAW mengutus Dahiyah al-Kalbi membawa surat beliau kepada pembesar negeri Busra untuk disampaikan kepada Kaisar (Raja Romawi).
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar rahimahullah, ia berkata: Ketika manusia ada di Quba melaksanakan solat Subuh, ada orang yang datang kepada mereka, dia berkata sesungguhnya telah diturunkan kepada Rasulullah SAW al-Qurcan pada waktu malam dan baginda diperintahkan untuk menghadap Kacabah, maka mereka menghadap Kacabah dan wajah mereka sebelumnya menghadap ke Syam, kemudian beralih ke Kac abah. (Sahih al-Bukhari: 13/232)
Menurut Ibnu Qayyim, hadith ahad mempunyai kaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah iaitu terdapat kesesuaian terhadap ketentuan yang terdapat di dalam al-Qurcan. Selain itu, hadith ahad juga merupakan mubayyin atau penjelas terhadap apa yang dimaksudkan atau dikehendaki oleh al-Quran. Tambahan pula, hadith adalah menetapkan hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran. Menurut beliau lagi, ianya merupakan ketentuan yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW sendiri yang wajib ditaati bersesuaian dengan firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 79.
ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن نفسك وأرسلنك للناس رسولا وكفى بالله شهيدا.
Maksudnya: Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpamu itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi rasul kepada (seluruh) manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.
Terdapat banyak masalah yang tiada ketetapan hukum didalam al-Quran tetapi dijelaskan menerusi hadith ahad. Sebagai contoh, larangan berpuasa bagi wanita yang haid, hak waris bagi datuk dan nenek, hak pilih bagi seorang wanita hamba apabila dimerdekakan, ciddah bagi wanita yang cerai mati dan lain-lain lagi.
Pada zaman awal Islam, apabila sesebuah hadith itu memiliki sanad yang sahih, umat Islam generasi awal beriktikad dan beramal kepadanya dalam semua urusan termasuk aqidah, tanpa mengira sama ada hadith tersebut ahad atau mutawattir.
Namun, para ilmuan terkemudian berbeza pendapat sama ada hadith ahad dapat menghasilkan ilmu yang pasti atau sangkaan. Walau bagaimanapun jika hadith ahad tersebut memiliki pembuktian atau sudah menjadi iktikad serta amalan orang ramai, maka perbezaan ini tidak wujud lagi.
Golongan yang Menolak Hadith Ahad
Selain itu, para Sahabat pula tidak menerima hadith ahad kecuali setelah mereka yakin dan percaya bahawa ia adalah benar-benar hadith daripada Rasulullah S.A.W, dan mereka mempunyai cara-cara yang berlainan untuk memastikan bahawa hadith ahad itu adalah sahih.
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Umar Bin Al-Khatab tidak menerima hadith ahad kecuali terdapat dua orang saksi yang mendengar hadith tersebut daripada Rasulullah S.A.W. Ibnu Shahab meriwayatkan daripada Qubaisoh bin Zucaib bahawa seorang nenek mengadap Saidina Abu Bakar untuk menuntut pusaka, kata Abu Bakar, “ Saya tidak dapati di dalam Al-Quran sesuatu untuk engkau dan tidak pula saya mengetahui Rasulullah S.A.W menjelaskan sesuatu untuk engkau.” Kemudian Abu Bakar bertanya kepada orang ramai, lalu bangun Al-Mughirah bin Shucbah seraya berkata, “ Saya mendengar Rasulullah S.A.W memberi kepada nenek 1/6,” kemudian Abu Bakar bertanya, “Adakah orang lain yang bersama-sama bersama engkau?” kemudian Muhammad bin Maslamah memberi kesaksian ke atas apa yang diperkatakan oleh Al-Mughirah, kemudian Saidina Abu Bakar terus melaksanakannya.(Hasan Haji Ahmad 2002, 217)
Saidina Umar bin Al-Khatab telah bertindak sebagaimana tindakan Abu Bakar, Al-Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Abi Sacid Al-Khadri bahawa ia berkata,
كنت جالسا في مجليس من مجالس الأنصار فجأه موسى الأشعري فزعا, فقالوا ما أفزعك؟ قال أمرنى عمر أن اتيه, فأتيته فاستأذنت فلم يؤذن لي, فرجعت, فقال لى- مامنعك ان تأتينافقلت اني أتيت فسلمت على بابك ثلاثا فلم تردوا علي فرجعت وقد قال رسول الله (ص) اذا استأذن احدكم ثلاثا فلم يؤذن له فليرجع. قال عمر: لتأتني على هذا بالبينة فقالو: لا يقوم الا أصغر القوم فقام أبو سعيد فشهدله فقال عمر انى لم أتهمك ولكنه الحديث عن رسول الله (ص).
Maksudnya : Aku duduk di dalam salah satu majlis Ansar kemudian datang Abu Musa Al-Asycari dalam keadaan takut, maka kata mereka itu (para hadirin dalam majlis tersebut) “apakah yang menakutkan engkau?” maka jawabnya, “ Umar menyuruh saya datang berjumpanya, lalu saya pun terus pergi kepadanya maka saya memohon izin tetapi tidak diizinkan kepada saya (aku memberi salam kepadanya tetapi ia tidak menjawabnya ) kemudian saya pun terus pulang. Kemudian beliau bertanya kepada saya, “apakah yang menghalangkan engkau datang berjumpa dengan saya?” maka saya jawab : “saya telah datang dan memberi salam di pintu rumah engkau sebanyak tiga kali tetapi engkau tidak menjawab, kemudian saya pun pulang dan sesungguhnya Rasulullah bersabda – apabila salah seorang dari kamu meminta izin sebanyak tiga kali kemudian tidak diizinkan baginya hendaklah ia pulang – kata Saidina Umar : “ Hendaklah engkau kemukakan kepada aku saksi keatas ini. Maka berkata mereka itu - tidak tidak akan bangun untuk menjadi saksi melainkan orang yang paling kecil di kalangan kaum - lalu bangun Abu Sacid menyaksi baginya. Kemudian Umar berkata : “ Sesungguhnya aku tidak prasangka engkau, tetapi ia hadith dari Rasulullah S.A.W.( Hasan Haji Ahmad 2002:218)
Saidina Ali Karamallahu Wajhah tidak akan menerima hadith ahad kecuali setelah perawinya bersumpah bahawasa dia mendengar daripada Rasulullah S.A.W. Ini ditegaskan oleh beliau dengan katanya :
كنت اذا سمعت من رسول الله (ص) حديثا نفعنى, الله بما شأ منه, واذا حدثنى غيره حلفته فاذا حلف صدقته.
Maksudnya : Apabila aku mendengar daripada Rasulullah S.A.W sendiri sebuah hadith nescaya Allah memberi manfaat kepadaku dengan apa yang ia kehendaki daripadanya, dan apabila mencerita sebuah hadith kepadaku oleh orang lain nescaya aku meminta ia bersumpah, maka apabila ia bersumpah, maka aku membenarkannya.
Ada di antara kalangan Sahabat menolak hadith ahad kerana lemah kepercayaannya terhadap perawinya. Saidina Ali menolak hadith Macqal bin Sinanil Ashjaci ketika berkata ia (Macqal) kepada Ibnu Mascud yang mana ia telah menghukum bagi perempuan yang mati suami sebelum berlaku persetubuhan dan tidak disebut isi kahwin di dalam akad nikah, bagi perempuan itu mas kahwin mahar mithil. “ Engkau telah menghukum padanya dengan hukuman Rasulullah pada Barwac bin Wasiq al-Ashjaciyyah.”
Ibn Mascud merasa gembira yang tidak pernah dirasai sebelumnya setelah mendengar hadith macqal itu kerana pendapatnya itu sama dengan sunnah Rasulullah SAW , tetapi Saidina Ali tidak menerima hadith itu kerana tidak percaya kepada perawinya dan menghukum ke atas perempuan tersebut dengan tidak mendapat sesuatu dari mas kahwin kerana di qiyas perceraian dengan sebab mati ke atas perceraian dengan sebab talak sebelum berlaku persetubuhan dan berkata, “ kami tidak meninggal kitab tuhan kami kerana perkataan orang Badwi yang selalu buang air kecil berdiri.”
Ada di antara kalangan sahabat yang menolak hadith ahad kerana diketahui bahawa ia dimansukhkan dan ada pula yang menolaknya kerana bertentangan ia dengan dalil yang lebih kuat darinya mengikut pandangannya. Penolakan sahabat terhadap hadith - hadith ahad tersebut bukanlah kerana ia tidak boleh dijadikan hujah, tetapi kerana ada perkara-perkara yang menghendaki demikian disebabkan ada pertentangan dengan dalil lain yang lebih kuat atau tidak mencukupi syarat untuk menerima pada pandangan mereka. (Wahbah al-Zuhaili:255-257).
Para Ulamac hanafi mengenakan tiga syarat bagi penerimaan hadith ahad
bahawa orang yang meriwayatkan hadith ahad tidak melakukan perbuatan yang berlawanan dengan apa yang diriwayatkan olehnya. Jika sekiranya ia melakukan sesuatu yang menyalahi apa yang telah diriwayatkan olehnya, maka yang diambil kira ialah amalannya kerana perawi tidak akan menyalahi apa yang ia meriwayatkannya daripada Rasulullah SAW kecuali apabila ada dalil disisinya yang memansuhkannya. Kerana inilah ulama Hanafi menolak hadith - hadith ahad yang tidak memenuhi syarat ini. Di antaranya ialah hadith Abu Hurairah berkaitan samak jilatan anjing. Mereka menolak hadith tersebut kerana ia menyalahi apa dipraktikkan oleh Abu Hurairah sendiri kerana beliau hanya membasuh jilatan anjing sebanyak tiga kali sahaja dan memberi fatwa sedemikian, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Dar Qatni, maka mereka menganggap fatwanya itu dalil yang menunjukkan bahawa hadith itu dimansukhkan.
Ternyata tajuk hadith ahad itu bukan mengenai perkara yang banyak berlaku dikalangan orang ramai dan mereka perlu kepada mengetahui hukumnya, jika sekiranya tajuk hadith itu mengenai perkara tersebut maka sudah tentu ia diceritakan dengan secara masyhur atau mutawatir. Oleh yang demikian apabila timbul hadith ahad yang bertajuk ini maka ia menunjuk tidak sabitnya dari Rasulullah SAW.
Kerana itulah ulama Hanafi menolak hadith ahad yang tidak memenuhi syarat kedua ini. Diantaranya ialah hadith Abi Hurairah bahawa nabi SAW mengangkat dua tangannya ketika rukuk dan ketika mengangkat kepala darinya. Mereka menolak hadith ini kerana mengangkat dua tangan ketika rukuk dan mengangkat kepala darinya merupakan perkara-perkara yang banyak berlaku dan orang ramai perlu mengetahui hukumnya. Jika sekiranya hadith itu benar-benar sabit daripada Rasulullah SAW, maka sudah tentu dipindahkannya oleh bilangan yang ramai.
Tidak menyalahi hadith ahad akan qiyas dan prinsip-prinsip syarac jika orang yang meriwayatkan hadith ahad itu tidak faqih. Syarat ini telah dijelaskan oleh kebanyakan ulama usul fiqah dan mereka menyatakan icllah atau sebab dikenakan syarat ini dengan bahawa meriwayat hadith dengan makna adalah terkenal dikalangan orang-orang yang meriwayat. Oleh sebab itu, jika orang yang meriwayat itu tidak faqih, maka kemungkinan akan hilang sesuatu dari makna hadith yang dibina hukum keatasnya. Antara orang yang meriwayat hadith yang tidak alim dalam ilmu fiqah pada pandangan ulama Hanafi ialah Abu Hurairah, Salman Al-Farisi, dan Anas bin Malik.
Kerana inilah ulama Hanafi telah menolak hadith - hadith ahad yang tidak memenuhi syarat seperti hadith Abu Hurairah berhubung dengan Al-Musorrah iaitu binatang yang tidak diperah susunya beberapa hari supaya kelihatan banyak susunya. Ulama Hanafi menolak hadith ini kerana ia bertentangan dengan qiyas atau prinsip syarac dan perawinya Abu Hurairah tidak faqih.
Pertentangan hadith ini dengan prinsip syarac adalah disebabkan pertama ia bertentangan dengan kaedah dhaman atau ganti iaitu bahawasanya adalah ganti dengan benda yang seumpama baginya dan digantikan dengan nilai bagi benda yang tiada seumpamanya atau yang bernilai. Sebagai contoh, buah tamar dinisbahkan kepada susu. Ia tidak sama dari segi bentuk mahupun nilai.
Kedua, ia bertentangan dengan hasil setimpal dengan jaminan, yang bermaksud menjadikan hasil daripada benda itu milik mereka yang mana jaminan benda itu terletak dibawah tanggungannya. Mengikut kaedah ini, susu yang diperah itu adalah milik pembeli secara percuma kerana ia merupakan jaminan bagi unta mahupun kambing. Oleh sebab itu, perintah pembeli memulangkan segantang tamar sebagai ganti susu yang diperah adalah bertentangan dengan kaedah al-Kharaj bil-Dhomaan. (Abdul Karim Zaydan:172-175)
Ulama Hanafi turut berpendapat bahawa pembeli Al-Musorrah tidak boleh mengembalikannya kepada penjual dengan sebab tasrih iaitu tinggal perah susu beberapa masa supaya binatang itu mempunyai banyak susu dan tidak wajib mengembalikan segantang tamar kecuali Zafar berpendapat bahawa pembelinya diberi pilihan diantara segantang tamar atau gandum. Manakala Abu Yusuf pula mengharuskan membayar nilai susu.(Al-Syaukani:5/329)
Syarat yang ketiga ini ialah pendapat Isa bin Abban iaitu salah seorang ahli fiqah Hanafi yang terdahulu dan murid kepada Muhammad bin Al-Hasan. Pendapat yang muktanad dikalangan ulamac Hanafi ialah mengutamakan hadith ahad. Jika ia menyalahi qiyas, sama ada yang meriwayat itu faqih atau tidak. Namun, Abu Hurairah adalah faqih. Abu Hanifah sendiri telah mengakui keilmuannya dalam fiqah kerana ia telah berpegang dengan hadith Abu Hurairah berkenaan dengan batal puasa.
Abu Hanifah berkata jika tidak terdapat riwayat hadith berkaitan batal puasa tersebut, nescaya dia akan berpegang kepada qiyas. Hal ini bermaksud Abu Hanifah akan menghukum batal puasa ke atas mereka yang makan dan minum dengan terlupa kerana berdasarkan qiyas yang mengkehendaki batal puasa dengan makan atau minum walaupun terlupa kerana ketinggalan rukunnya. Ini menunjukkan secara jelas bahawa syarat ketiga ini tidak diambil kira oleh mereka. Oleh itu, para ulamac Hanafi tidak berpegang dengan hadith Abi Hurairah mengenai Al-Musorrah itu adalah disebabkan perkara-perkara lain seperti tidak sampai hadith kepada mereka melalui sanad yang mereka tidak mempercayainya. (Zakiyuddin Shacaban:35)
Pendapat yang mengatakan bahawa hadith ahad tidak boleh dijadikan dasar dalam perkara akidah, ianya merupakan pendapat bid’ah dan tidak ada dasarnya dalam agama kerana ulama al-Salaf al-Soleh tidak pernah mengatakan demikian. Sekiranya terdapat dalil qat’iy yang menunjukkan bahawa hadith ahad itu tidak layak untuk diamalkan dalam permasalahan akidah, sudah tentu hal tersebut sudah dijelaskan oleh para sahabat dan ulama salaf.
Contoh Hadith Ahad Dalam Persoalan Akidah
1- Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu calaihi wa Salam yang melebihi semua nabi-nabi seperti syafaat yang besar di akhirat dan syafaat terhadap umatnya yang melakukan dosa besar.
2 - Semua mukjizat selain al-Quran.
3 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.
4 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.
5 - Himpitan kubur terhadap mayat.
6 – Jambatan (titian al-Sirat), telaga dan timbangan amal.
7 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.
8 - Keistimewaan Nabi Shallallahu calaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.
9 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.
10 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.
11 - Percaya kepada hadith sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.
12 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.
2 - Semua mukjizat selain al-Quran.
3 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.
4 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.
5 - Himpitan kubur terhadap mayat.
6 – Jambatan (titian al-Sirat), telaga dan timbangan amal.
7 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.
8 - Keistimewaan Nabi Shallallahu calaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.
9 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.
10 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.
11 - Percaya kepada hadith sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.
12 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.
KESIMPULAN
Tuntasnya, perbezaan pendapat tentang kedudukan hadith ahad dalam kalangan ilmuan mutakhir hanyalah bersifat perbincangan secara teori namun dari sudut praktikalnya mereka semua beriktikad dan beramal dengannya. Hal ini kerana di sisi ahli ilmu yang luas serta dalam ilmu pengetahuannya, tidak ada hadith ahad yang berdiri dengan sendirinya melainkan semuanya memiliki pembuktian disamping menjadi pegangan umat Islam Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah seluruhnya.
RUJUKAN
Al-Quran.
Abdul Karim Zaydan. 2001. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Resalah Publishers.
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Al-Hafnawi, Muhammad Ibrahim.1991. Dirasat Usuliyyah li al-Sunnah al-Nabawiyah. Mansurah: Dar-alwafac.
Al-Bukhary. 1997. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari.4 Jilid. Klang: Klang Book Centre.
Muhammad al-Sabbagh.tth.al- Hadith al-Nabawi Mustalahatuh Balagatuh Ulumuh. [10.10.2010].
Fauzi Deraman . 2008.Autoriti Hadith dan Penjelasannya. Kuala Lumpur.Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad Soleh bin Haji Ahmad. 2002. Usul Fiqh dan Qawacid Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
DISEDIAKAN OLEH :
Mariatul Kibtiah Binti Md Yusof
Nazihatul Akmal Binti Muda
Noraini Binti Said
nama penulis takde ke
ReplyDeletetukar la theme dia, susah nak baca
ReplyDelete