Pages

Thursday, November 11, 2010

MAFHUM AL-SIFAH


MAFHUM AL-SIFAH

Pengenalan
Ilmu Usul Fiqh adalah suatu ilmu yang mengkaji tentang kaedah-kaedah umum (kulliy) untuk mengeluarkan hukum-hakam dari dalil-dalil tafsiliyy seperti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabawi. Proses pembinaan hukum ini merupakan objektif asas dalam perbincangan ilmu usul fiqh dan perbincangan dalam ilmu ini juga tidak terhad kepada objektif asas itu sahaja bahkan banyak perkara yang berkaitan dengannya.

        Terdapat beberapa aspek atau pecahan yang akan dibahaskan melalui Ilmu Usul Fiqh ini. Salah satu daripada pecahan ilmu usul fiqh ialah mafhum. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu mafh
um muwafaqah dan mafhum mukhalafah. Aspek yang hendak dibincangkan dalam tugasan ini ialah mafhum al-sifah yang terdapat di dalam mafhum mukhalafah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mafhum ini, kami akan jelaskan di dalam bab yang berikutnya.

Pengertian al-Mafhum
Dari segi bahasa al-Mafhum  bermaksud:
ما يستفاد من اللفظ
Maksudnya: Perkara yang dapat diambil daripada lafaz. (Ismail Mahmud et.al 2006:192 )

Dari segi istilah al-Mafhum  ditakrifkan sebagai:
ما دل عليه اللفظ لا في محل النطق بل في محل السكوت
Maksudnya: Al-Mafhum atau Dilalah al-Mafhum adalah lafaz yang berkaitan dengan hukum terhadap perkara yang tidak disebut. ( Abdul Latif Muda et.al 2001 : 368 )


Pembahagian al-Mafhum
Ulama telah membahagikan Dilalah al-Mafhum kepada dua bahagian iaitu:
1.            Mafhum Muwafaqah
Pengertiannya adalah:
ما يكون مدلول اللفظ في محل السكوت موافقا لمدوله في محل النطق
Maksudnya: Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat diam sama dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan. ( Ismail Mahmud et.al 2006 : 193 )
 
2.            Mafhum Mukhalafah
Pengertiannya adalah:
ما يكون مدلول اللفظ في محل السكوت مخالفا لمدوله في محل النطق
Maksudnya: Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat diam bertentangan dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan. ( Ismail Mahmud et.al 2006 : 193 )

Contohnya Firman Allah Taala:
`tBur öN©9 ôìÏÜtGó¡o öNä3ZÏB »wöqsÛ br& yxÅ6Ztƒ ÏM»oY|ÁósßJø9$# ÏM»oYÏB÷sßJø9$# `ÏJsù $¨B ôMs3n=tB Nä3ãZ»yJ÷ƒr& `ÏiB ãNä3ÏG»uŠtGsù ÏM»oYÏB÷sßJø9$#
Maksudnya: Dan barangsiapa di kalangan kamu tidak mampu mengahwini perempuan-perempuan yang merdeka yang baik serta beriman, maka bolehlah dia berkahwin dengan hamba-hamba kamu yang beriman.( al-Nisa 4 : 25 )

Dalam ayat di atas terdapat perkataan فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ  yang bermaksud hamba-hamba kamu yang beriman. Secara mantuqnya, boleh berkahwin dengan hamba wanita yang beriman. Manakala mafhum pula, tidak boleh berkahwin dengan wanita yang tidak beriman. ( Wahbah Zuhayli 1998 : 362 )


Pembahagian Mafhum Mukhalafah
Mafhum Mukhalafah terbahagi kepada enam iaitu :
1.            Mafhum al-Sifah: Dalalah lafaz yang diikat dengan sesuatu sifat yang bertentangan hukumnya ketika sifat itu tiada. ( Ismail Mahmud et.al 2006 : 203 )
2.            Mafhum al-Shart: Berlakunya hukum yang tersirat terhadap sesuatu yang digantungkan dengan syarat apabila syarat tersebut tidak terdapat padanya.  (Abdul Latif Muda et.al 2001:372 )
3.            Mafhum al-Ghayah: Berlakunya hukum yang dibatasi dengan waktu yang tertentu yang mana berlakunya hukum yang tersirat setelah batasan itu berlalu. (Abdul Latif Muda et.al 2001:373 )
4.            Mafhum al-cAdad: Berlakunya hukum yang tersirat terhadap sesuatu hukum yang dibatasi dengan bilangan ketika bilangan tersebut tidak dipenuhi. ( Abdul Latif Muda et.al 2001:374 )
5.            Mafhum al-Laqab: Menggantungkan atau mengaitkan hukum dengan isim sama ada isim  calam atau isim jenis. ( Ismail Mahmud et.al 2006 : 209 )
6.            Mafhum al-Hasr: Tidak melebihi sesuatu hukum yang berada di luar batasan yang telah ditetap serta berlaku hukum yang tersirat daripada hukum tersebut. (Abdul Latif Muda et.al 2001:377 )


Bahagian Mafhum Sifah (Bashir al-Mahdi al-Kubaysi 2007:136 )
Mafhum Sifah terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
1.                  Mafhum zaman
Berlakunya hukum yang tersirat terhadap sesuatu hukum yang dibatasi dengan waktu ketika waktu tersebut telah berlalu. Misalnya, Firman Allah Taala:
kptø:$# ֍ßgô©r& ×M»tBqè=÷è¨B
Maksudnya: (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi. (al-Baqarah 2:197)

Ayat di atas menerangkan bahawa ibadah haji hanya boleh dikerjakan pada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Oleh itu, adalah tidak sah mengerjakan haji selain dari bulan-bulan tersebut.

2.                  Mafhum al-Makan
Dalalah lafaz yang diikat dengan sesuatu tempat ( sifat ) yang bertentangan hukumnya ketika tempat itu tiada. Contohnya: saya duduk di hadapan Zaid. Mafhum mukhalafahnya ialah Ali tidak duduk di belakangnya.

3.                  Mafhum al-Hal
Dalalah lafaz yang diikat dengan sesuatu keadaan ( sifat ) yang bertentangan hukumnya ketika keadaan itu tiada atau telah berlalu. Contohya, Firman Allah Taala:
 Ÿwur  ÆèdrçŽÅ³»t7è? óOçFRr&ur tbqàÿÅ3»tã Îû ÏÉf»|¡yJø9$#
Maksudnya: Janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. ( al-Baqarah 2 : 187 )

Ayat di atas menjelaskan bahawa dilarang mencampuri isteri ketika sedang beriktikaf di masjid. Mafhum mukhalafahnya ialah seseorang itu boleh mencampuri isterinya selain waktu iktikaf.

4.                  Mafhum al-Badal
Dalalah lafaz yang diikat dengan sesuatu sifat ( keadaan atau kemampuan seseorang itu ) yang bertentangan hukumnya ketika sifat itu tiada. Contohnya, Firman Allah Taala:
¬!ur n?tã Ĩ$¨Z9$# kÏm ÏMøt7ø9$# Ç`tB tí$sÜtGó$# Ïmøs9Î) WxÎ6y
Maksudnya: Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. (al-Imran 3 : 97 )

Mafhum mukhalafah ayat di atas ialah tidak wajib mengerjakan haji bagi sesiapa yang tidak mampu.


Bentuk - Bentuk Mafhum al-Sifah  (Bashir al-Mahdi al-Kubaysi 2007:135 )
1.            Menyebut nama am kemudian menyebut sifat yang khas. Misalnya :
" في سائمة الغنم الزكاة
Maksudnya: Kambing ternakan yang memakan rumput secara bebas akan dikenakan zakat.  ( riwayat al-Bukhariyy )

Hadith di atas menunjukkan bahawa kambing ternakan yang memakan rumput secara bebas wajib dikenakan zakat.

2.            Kadang-kadang sifah pada sesuatu lafaz mempengaruhi makna sesuatu ayat. Contohnya, kambing yang merumput secara bebas perlulah dikeluarkan zakat. Pada makna yang pertama, maka wajib keluarkan zakat bagi kambing yang makan rumput secara bebas. Manakala makna yang kedua pula, tidak wajib mengeluarkan zakat bagi kambing yang diberi makan.

3.            Hukum sifah pada jenis binatang. Contohnya: “kambing yang merumput perlulah dikeluarkan zakat.” Adakah ia bertentangan dengan penafian zakat yang berkaitan dengan pemakanan kambing sahaja? Atau ia menunjukkan penafian pemakanan bagi binatang seperti lembu dan unta?

Pendapat Jumhur mengatakan penafian ini hanya satu, berdasarkan bukti yang memerlukan kepada sebutan. Maka wajib mengeluarkan zakat dari cara pemakanan kambing sahaja.

Sebahagian ulama bersandar pada pendapat Imam Syafice iaitu sifah pada sesuatu lafaz itu dikaitkan dengan jenis binatang yang lain dan tidak terhad pada kambing sahaja. Ini bermakna bahawa binatang ternakan yang lain seperti kambing, unta, dan lembu adalah wajib dikeluarkan zakat jika ia sabit dengan merumput.

Kehujahan Mafhum al-Sifah.
Ulama usul berselisih pendapat bahawa mafhum sifah boleh digunakan sebagai kaedah dalam pengambilan hukum di dalam sesuatu lafaz. Dalam hal ini, terdapat dua pandangan Ulama usul iaitu: ( Isa Zahran 1995 : 21 )
1.            Jumhur ulama bersetuju bahawa mafhum sifah merupakan hujah.
2.            Jumhur hanafi dan sebahagian Syafice pula berpendapat mafhum sifah bukanlah satu hujah.  

Hujah Golongan yang Menerima Mafhum al-Sifah
Menurut pendapat Jumhur ulama, Mafhum Sifah boleh dijadikan hujah. Ulama madhhab Syafice, Maliki dan majoriti ulama Hanbali menggunakan Mafhum Sifah sebagai salah satu kaedah pengambilan hukum. Oleh itu, Jumhur ulama menggunakan Mafhum Sifah berdasarkan hujah dan dalil berikut iaitu:

Pertama: Sesuatu sifah yang disebutkan di dalam nas al-Quran dan al-Sunnah adalah bersesuaian dengan logik akal dan tidak mungkin disebutkan tanpa ada sesuatu sebab. Jika tidak berlaku demikian, sudah tentu lafaz yang ada sesuatu sifat menjadi sia-sia sahaja.
Kedua : Berdasarkan dalil daripada hadith Nabi s.a.w. iaitu :
في سائمة الغنم الزكاة
Maksudnya: Kambing ternakan yang memakan rumput secara bebas akan dikenakan zakat.           ( riwayat al-Bukhariyy )

Hadith di atas menunjukkan bahawa kambing ternakan yang memakan rumput secara bebas wajib dikenakan zakat. Ini disokong oleh hadith baginda yang berikutnya:
في سائمة الغنم اذا بلغت أربعين شاة شاة
Maksudnya : Binatang yang digembalakan ( di tempat umum ) wajib dikenakan zakat iaitu setiap 40 ekor kambing dikenakan zakat seekor kambing. ( riwayat Malik )

Hadith di atas menjelaskan dengan menetapkan binatang yang digembalakan di tempat umum wajib dikenakan zakat. Mafhum mukhalafah yang dapat difahami sebagaimana yang disepakati oleh Jumhur ulama ialah binatang yang tidak dipelihara di tempat umum tidak diwajibkan zakat. (Abdul Latif Muda et.al 2001:380 )

Ketiga : Ulama Fiqh bersepakat bahawa seseorang lelaki tidak sah mengahwini wanita hamba jika dia mampu mengahwini wanita merdeka. Namun jika dia tidak mampu mengahwini wanita merdeka, dia diharuskan untuk mengahwini wanita hamba. Hal itu berdasarkan firman Allah iaitu :
`tBur öN©9 ôìÏÜtGó¡o öNä3ZÏB »wöqsÛ br& yxÅ6Ztƒ ÏM»oY|ÁósßJø9$# ÏM»oYÏB÷sßJø9$# `ÏJsù $¨B ôMs3n=tB Nä3ãZ»yJ÷ƒr& `ÏiB ãNä3ÏG»uŠtGsù ÏM»oYÏB÷sßJø9$#
Maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. ( al-Nisa’ 4 : 25 )

Ayat di atas menunjukkan bahawa seseorang lelaki boleh mengahwini hamba wanita yang beriman. ’Beriman’ itu adalah sifat di dalam ayat ini. Mafhum mukhalafah pada ayat ini ialah seseorang itu tidak boleh mengahwini hamba-hamba wanita yang tidak beriman. ( Abu Zuhrah 1958 : 142 )

Oleh itu, apabila tidak digunakan Mafhum mukhalafah, sudah tentu wanita hamba sama sekali tidak dapat dikahwini dalam apa jua bentuk dan keadaan. Antara lain juga, kerana tidak ada hal-hal yang menyebabkan hukum haram untuk mengahwini wanita hamba. Ini berdasarkan firman Allah yang lain iaitu:
 ¨@Ïmé&ur Nä3s9 $¨B uä!#uur öNà6Ï9ºsŒ
Maksudnya : Dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu. ( al-Nisa’ 4 : 24 )


Hujah Golongan yang Menolak Mafhum al-Sifah (Abdul Latif Muda et.al 2001:380)
Menurut pendapat Abu Hanifah, majoriti ulama madhhab Hanafi dan sebahagian Syafice, tidak ada satu pun Mafhum mukhalafah termasuklah  yang boleh dijadikan dalil dan hujah. Mereka tidak memasukkan mafhum sifah dalam kategori pentafsiran nas al-Quran dan al-Sunnah. Ini berdasarkan hujah mereka iaitu:

Sebahagian besar sifat-sifat yang membatasi dalam nas al-Quran dan al-Sunnah bukanlah untuk membatasi hukum, namun sekadar dorongan atau peringatan. Sebagaimana firman Allah yang berkaitan mahram atau wanita yang haram dikahwini iaitu : ( al-Nisa’ 4 : 23 )
àM»yg¨Bé&ur öNä3ͬ!$|¡ÎS ãNà6ç6Í´¯»t/uur ÓÉL»©9$# Îû Nà2Íqàfãm `ÏiB ãNä3ͬ!$|¡ÎpS ÓÉL»©9$# OçFù=yzyŠ £`ÎgÎ/   bÎ*sù  öN©9 (#qçRqä3s? OçFù=yzyŠ  ÆÎgÎ/ Ÿxsù yy$oYã_ öNà6øn=tæ
Maksudnya : Dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi kalau kamu belum mencampuri mereka ( isteri kamu ) itu dan kamu telahpun menceraikan mereka, maka tidaklah salah kamu mengahwini anak tiri tersebut.

            Ayat di atas mempunyai dua sifat iaitu : Sifat Pertama : Anak tiri itu berada di bawah jagaan suami. Sifat Kedua : Ibu anak tiri itu telah disetubuhi suami.
           
Oleh itu, ayat di atas dapat difahami menurut Mafhum mukhalafah apabila sifat yang membatasi itu tiada, suami halal mengahwini anak tirinya. Namun begitu, al-Quran menjelaskan halal untuk seseorang suami mengahwini anak tirinya dalam ayat berikutnya sebagaimana firman Allah iaitu : ( al-Nisa’ 4 : 23 )
bÎ*sù öN©9 (#qçRqä3s? OçFù=yzyŠ  ÆÎgÎ/ Ÿxsù yy$oYã_ öNà6øn=tæ
Maksudnya : tetapi kalau kamu belum mencampuri mereka ( isteri kamu ) itu dan kamu telahpun menceraikan mereka, maka tidaklah salah kamu mengahwini anak tiri tersebut.

            Sifat pertama yang disebut dalam ayat di atas iaitu anak tiri itu ada dalam pemeliharaan suami tidak mungkin dikahwini dengan menggunakan Mafhum mukhalafah iaitu apabila anak tiri itu tidak ada dalam pemeliharaan suami, dia halal untuk dikahwini oleh suami. Ini kerana ayat ini bukanlah untuk membatasi hukum. Namun ayat ini adalah semata-mata bertujuan supaya suami tidak boleh mengahwini anak tirinya yang dijaga olehnya.
 
KESIMPULAN
Setelah dibuat kajian, secara keseluruhannya mafhum sifah dapat disimpulkan sebagai lafaz yang menunjukkan kepada hukum yang berkait dengan sifah sekiranya ketiadaan hukum dengan ketiadaan sifah. Ini bermakna sekiranya tidak wujud sifah maka tidak wujud hukum. Oleh itu, terdapat perselisihan di antara para fuqaha dalam penerimaan terhadap mafhum sifah ini. Ada yang menerima mafhum sifah sebagai hujah dan ada yang menolak mafhum sifah sebagai hujah dalam mengistinbat sesuatu hukum.

RUJUKAN

Al-Quran

Al-Kubaysi Bashir al-Mahdi, 2007, Mafahim al-Alfaz Wadalalatuha cind al-Usuliyyin, Lebanon : Dar al-Kotob al-Ilmiyyah.

Al-Zuhayli, Wahbah. 1998. Usul al-Fiqh al-Islamiyyah. Damsyik : Dar al-Fikri.

Amir Syarifudin, 2004, Ushul Fiqh Metode Mengkaji dan Memahami Hukum Islam secara Komprehensif, Jakarta Timur : Zikrul Hakim.

Hasan, 1974, Usul al-Fiqh, Kelantan : Pustaka Aman Press.

Isa Zahran, 1995, al-Muntahab fi Usul al-Fiqh, Kaherah : Kuliyyah Syarciah wa al-Qanun.

Ismail Mahmud. 2006. Usul fiqh. Bangi: Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Kembangan.

Muhammad Abu Zuhrah, 1958, Usul Fiqh, Kaherah : Dar al-Fikr al-Arabiyy.

 
DISEDIAKAN OLEH :
SHARIFAH MADIHAH BT SYED ALWI ( A 134768 )
NOORHAZIERAH BT SANIF ( A 134763 )
WAN FATIMAH ZAHRAA BINTI WAN SHAHRUDDIN ( A 131430 )

No comments:

Post a Comment