Pages

Monday, November 22, 2010

al - Quran

by:
NOR  ‘AIN BINTI MOHAMMAD THOHIR ( 131852 )
NUR SYAFIQA BINTI ROJALI ( A132845 )
UMMU SAFIA BINTI ABD MALEK  ( A132850 )



PENDAHULUAN
Al-Quran  merupakan  kalam  Allah  yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya keimanan. Ia tertulis di mana-mana lembaran bahawa al-Quran juga merupakan sumber rujukan yang utama bagi menentukan hukum fiqh Islam.
            Kitab suci al-Quran atau kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda SAW ini, melalui malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun, penurunannya  adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu, yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat.
            Ingin ditegaskan juga di sini bahawa selain al-Quran, as-Sunnah turut menjadi pegangan seluruh umat Islam di dunia ini sebagai dua sumber utama perundangan Islam. Oleh itu,  wajib bagi umat Islam menerima kedua-duanya tanpa menolak salah satu daripadanya kerana kedua-duanya adalah sumber rujukan yang menjadi penunjuk arah dalam kehidupan. Firman  Allah :
               
Maksudnya :

"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul  (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmat (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata".

  Demikianlah, al-Quran merupakan sumber utama hukum namun ayat-ayatnya tidaklah menjelaskan semua jenis masalah kecil dan tidaklah menerangkan semua hukum serta  menyatakan nas mengenainya. Disebabkan itu, selain al-Quran, terdapat juga sumber-sumber lain yang disepakati boleh digunakan untuk mengistinbat hukum.
             Oleh itu, di dalam kertas pengkajian ini akan menumpukan dan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai al-Quran sebagai sumber hukum Islam yang pertama daripada segi kehujahannya, kedudukannya, kemukjizatannya dan dalalahnya.

PENGERTIAN AL-QURAN
Di kalangan para ulama sendiri terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian al-Quran baik dari segi bahasa mahupun istilah.
  Imam al-Shafi’i misalnya berpendapat bahawa al-Quran bukan berasal daripada mana-mana kata-kata, dan bukan pula ditulis dengan huruf  hamzah. Lafaz tersebut sudah lazim digunakan dalam pengertian kalam Allah (firman Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (http://www.dianz corner.com).

            Sementara Al-Farra’ berpendapat bahawa lafaz al-Quran berasal daripada kata qara’in jamak daripada kata qarinah yang bermaksud kaitan, kerana apabila dilihat dari segi makna dan isi kandungannya, ayat-ayat al-Quran itu sendiri saling berkaitan antara ayat sebelumnya dan ayat selepasnya(http://www.dianz corner.com).

            Seterusnya, al-Ash’ari dan para pengikutnya pula berpendapat bahawa lafaz al-Quran diambil daripada kata akar qarn yang membawa maksud menggabungkan sesuatu, kerana surah-surah dan ayat-ayat di dalam al-Quran digabungkan dan saling berkaitan (http://www.dianz corner.com).

            Secara umumnya, al-Quran turut ditakrifkan sebagai kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab, bertujuan untuk melemahkan golongan yang menentangnya, ditulis dalam bentuk mashaf, yang diturunkan secara mutawatir, membacanya adalah ibadat dan dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas (Mohd Soleh b Haji Ahmad. 1998:156).

Selain daripada definisi-definisi di atas, ada juga sebahagian ulama yang mentakrifkan al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, dalam bahasa Arab, yang penukilannya disampaikan secara mutawatir, daripada satu generasi kepada satu generasi hingga sampai sekarang ini. Penukilan al-Quran dilakukan oleh para Sahabat dengan menghafalnya dan menyampaikan kepada Sahabat yang lain setelah mereka melalui sanad yang mutawatir. Dengan demikian kesahihan dan keaslian al-Quran terpelihara sepanjang masa serta tidak akan pernah berubah. (Zahir, Muhammad Abu Al-Nur 1991:20). Hal ini dibenarkan oleh Allah dalam firman-Nya :

$¯RÎ) ß`øtwU $uZø9¨tR tø.Ïe%!$# $¯RÎ)ur ¼çms9 tbqÝàÏÿ»ptm: ÇÒÈ  
Maksudnya :

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya (al-Hijr 15:9).

            Daripada takrif-takrif di atas dapat disimpulkan beberapa ciri-ciri khusus al-Quran :

1.         Al-Quran merupakan kalam Allah Taala. Setiap ayatnya saling berkaitan dan mempunyai kesesuaian balaghah yang mengagumkan. Sehingga ia tidak mampu ditandingi oleh sekalian manusia, lebih-lebih lagi kerana kemampuan manusia yang terbatas (al-Zuhayliyy, 1986:421).  

2.         Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab seperti yang diterangkan dalam al-Quran itu sendiri. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

tAttR ÏmÎ/ ßyr9$# ßûüÏBF{$# ÇÊÒÌÈ   4n?tã y7Î7ù=s% tbqä3tGÏ9 z`ÏB tûïÍÉZßJø9$# ÇÊÒÍÈ   Ab$|¡Î=Î/ <cÎ1ttã &ûüÎ7B ÇÊÒÎÈ
Maksudnya :

Ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata (al-Syu’ara’ 26:193-195).

3.         Makna al-Quran dan lafaznya dibawa turun dari sisi Allah. Ini membezakannya daripada hadis-hadis yang keluar daripada Rasulullah SAW sama ada hadis Qudsi atau hadis Nabawi, kerana hadis-hadis tersebut adalah ilham daripada Allah, tetapi lafaznya daripada Rasulullah SAW sendiri.

4.         Al-Quran dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara mutawatir. Pemindahan secara mutawatir ini memberi makna keyakinan tentang kesahihan dan ketulenan al-Quran, ia tidak mengalami sebarang perubahan, kerana itu tidak ada keraguan bahawa semua nasnya adalah daripada Allah.

5.         Al-Quran adalah mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Allah mencabar bangsa Arab keseluruhannya supaya mencipta satu surah yang boleh menyamai al-Quran, namun mereka tidak mampu. Maka ia adalah satu hujah ke atas mereka (bangsa Arab) yang mendakwa bahawa wahyu (al-Quran) yang disampaikan Rasulullah SAW adalah rekaan Baginda semata-mata. Firman Allah yang berbunyi :

@è% ÈûÈõ©9 ÏMyèyJtGô_$# ߧRM}$# `Éfø9$#ur #n?tã br& (#qè?ù'tƒ È@÷VÏJÎ/ #x»yd Èb#uäöà)ø9$# Ÿw tbqè?ù'tƒ ¾Ï&Î#÷WÏJÎ/ öqs9ur                 šc%x. öNåkÝÕ÷èt/ <Ù÷èt7Ï9 #ZŽÎgsß ÇÑÑÈ  
Maksudnya :

Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan  mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri (al-Isra’ 17:88).


6.         Membaca al-Quran itu diberi pahala oleh Allah S.W.T, sama ada bacaan itu berasal
            daripada hafalan sendiri mahupun dibaca langsung daripada mushaf al-Quran.

            “Siapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia akan mendapat satu kebaikan,
             satu kebaikan itu bernilai sepuluh kali. Saya tidak akan mengatakan alif lam mim itu
             satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (hadith riwayat
             al-Tirmidzi dan al-Hakim dari ‘Abdullah ibn Mas’ud) (H. Nasrun Haroen, 2000:23).

KEHUJAHAN AL-QURAN  

Para ulama bersepakat bahawa al-Quran adalah hujah ke atas setiap umat Islam dan ia merupakan sumber utama hukum Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Hukum-hukumnya wajib dipatuhi dan tidak harus membelakangi al-Quran dengan berpegang kepada dalil-dalil lain, melainkan al-Quran tidak menyatakan hukum khusus tentang sesuatu masalah. Seorang mujtahid juga tidak dibenarkan menjadikan dalil lain sebagai hujah sebelum membahas dan meneliti ayat-ayat di dalam al-Quran.






            Terdapat beberapa hujah yang dikemukakan oleh ulama usul fiqh berkenaan kewajipan berhujah dengan al-Quran, antaranya ialah :



1.                  Kehujahan al-Quran itu terletak pada kebenaran isinya yang tiada keraguan padanya. Dalam erti kata lain, al-Quran itu benar-benar datang daripada Allah (Abd al-Wahhab Khallaf.1990:24). Terdapat banyak ayat yang menyatakan bahawa al-Quran itu datangnya daripada Allah S.W.T, antaranya :

 $O!9# ÇÊÈ   ª!$# Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd yÛø9$# ãPqs)ø9$# ÇËÈ   tA¨tR šøn=tã |=»tGÅ3ø9$# Èd,ysø9$$Î/ $]%Ïd|ÁãB $yJÏj9     tû÷üt/   Ïm÷ƒytƒ tAtRr&ur sp1uöq­G9$# Ÿ@ÅgUM}$#ur ÇÌÈ  



           Maksudnya :                                             

Alif, Laam, Miim, Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap        hidup, Yang  kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.  Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan  mengandungi kebenaran, Yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan   dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil (ali-Imran 3:3).


2.                  Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, diketahui juga ia diturunkan secara mutawatir, dan ini memberi keyakinan bahawa al-Quran itu benar-benar datang
daripada Allah S.W.T melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW, yang dikenali sebagai orang yang paling dipercayai kerana sentiasa berkata benar. Ia juga diturunkan bertujuan menzahirkan kebenaran bahawa Nabi Muhammad SAW itu benar-benar utusan Allah yang diutuskan untuk menyampaikan wahyu Allah (al-Quran).

3.         Syariat yang dibawa oleh al-Quran itu melengkapi dan menyeluruh untuk semua insan,
setiap masa, tempat, dan ia tidak dikhususkan kepada bangsa Arab sahaja, malah untuk semua  keturunan di seluruh pelosok alam. Al-Quran bersifat sederhana, rasional, dan praktis. Ajarannya melahirkan kesatuan antara kebendaan dan keharmonian, keduniaan dan keakhiratan, kejasmanian dan kejiwaan. Ia juga memelihara kepentingan individu dan masyarakat secara serentak dan juga berbentuk kesejagatan. Dalam erti kata lain,
 al-Quran merupakan kitab yang lengkap, benar, tepat dan sempurna dan ia merangkumi konsep  al-Din di atas muka bumi ini (Mustafa Haji Daud 1997:21.).

4.         Al-Quran diturunkan ketika bangsa Arab berada pada zaman kemuncak, kegemilangan serta kemajuan bahasa, baik dengan kemunculan sasterawan, pemidato penyair dan juga pujangga. Penurunan al-Quran mengagumkan dan mempesonakan mereka dengan keindahan gaya bahasa dan balaghahnya serta susunan lafaz al-Quran itu sendiri.

            Balaghah  di dalam al-Quran juga bersesuaian dengan pertuturan atau bahasa itu dengan hal, keadaan, tempat, masa dan orang yang mendengarnya. Bahasa al-Quran itu senada untuk semua insan, keadaan, tempat dan tidak terlepas dari pengaruh emosi. Contohnya, orang yang sedang marah apabila mendengar bacaan al-Quran akan tenang jiwanya, manakala orang sedih pula akan terlerai kesedihannya. Contohnya, Umar bin al-Khattab mendapat berita bahawa adik  perempuannya dan suaminya  memeluk Islam, dengan perasaan marah beliau terus pergi bersemuka dengan mereka namun apabila terdengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh adik perempuannya, beliau kagum dan terus memeluk Islam.
5.         Al-Quran mengandungi 114 surah yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Ayatnya pula mengandungi lebih 60000 ayat di dalamnya. Al-Quran mengandungi peristiwa dan kisah yang telah berlaku di zaman lampau sebelum kelahiran nabi Muhammad SAW. Peristiwa tersebut benar-benar berlaku dan bukan metos atau dongeng. Contohnya, cerita berkaitan Ashab al-Kahfi iaitu tentang pemuda-pemuda beriman yang lari daripada Raja yang zalim untuk  menyelamatkan  iman mereka serta bersembunyi di dalam gua. Mereka ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun mengikut kiraan Masehi dan selama 309 tahun mengikut tahun Hijrah (Rosmawati Ali @Mat Zin 1997:36). Buktinya cerita ini termaktub di dalam al-Quran, yang berbunyi:

(#qèWÎ6s9ur Îû óOÎgÏÿôgx. y]»n=rO 7ps($ÏB šúüÏZÅ (#rߊ#yŠø$#ur $Yèó¡Î@ ÇËÎÈ
Maksudnya:

Dan mereka telah tinggal dalam gua mereka:tiga ratus tahun(dengan kiraan Ahli Kitab)  dan Sembilan lagi(dengan kiraan kamu) (al-Kahf 18:25).


6.         Selain itu, isi kandungan al-Quran  mempunyai hubung kait antara satu ayat atau surah dengan yang lain dan tiada percanggahan yang berlaku sedikit pun sama ada dari aspek berita, pengajaran, dan setiap yang terkandung di dalamnya. Dalam al-Quran juga menceritakan peristiwa yang akan berlaku dan peristiwa yang dinyatakan itu memang benar-benar berlaku. Misalnya berita di dalam surah ar-Rum, menceritakan bangsa Rom akan dikalahkan oleh bangsa Parsi, namun mereka akan memperolehi kemenangan semula dalam beberapa tahun kemudiannya. Firman Allah :
                                                                                                                           
ÏMt7Î=äñ ãPr9$# ÇËÈ þÎû oT÷Šr& ÇÚöF{$# Nèdur -ÆÏiB Ï÷èt/ óOÎgÎ6n=yñ šcqç7Î=øóuy ÇÌÈ Îû ÆìôÒÎ/ šúüÏZÅ 3 ¬! ãøBF{$# `ÏB ã@ö6s% .`ÏBur ß÷èt/ 4 7ͳtBöqtƒur ßytøÿtƒ šcqãZÏB÷sßJø9$# ÇÍÈ




Maksudnya:                           

Orang-orang Rom telah dikalahkan di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika itu berlakunya( kemenangan Rom) itu, orang- orang yang beriman akan bergembira (al-Rum 30:2-4).


7.         Di samping itu, Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai rasul utusan Allah pernah mewujudkan asas untuk mencabar kaum musyrikin yang sering mendakwa bahawa wahyu (al-Quran) yang disampaikan Baginda adalah rekaan semata-mata. Baginda menyatakan bahawa agama selain daripada Islam adalah terbatal, membodohkan akal dan hanya angan-angan kaum Quraisy seperti amalan penyembahan berhala. Hal ini bagi mencabar mereka mengemukakan hujah yang menunjukkan bahawa agama mereka adalah agama yang disyariatkan, dan ternyata mereka tidak mampu mengemukakan hujah. Hal ini menunjukkan bahawa al-Quran itu adalah benar-benar daripada Allah dan ia dijadikan hujah dalam menyatakan bahawa agama yang sah di sisinya adalah agama Islam (Wahbah al-Zuhayliyy 1986:13).


KEUNGGULAN  DAN  I’JAZ  AL-QURAN

Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan oleh Allah S.W.T. ke atas bumi ini. Kemukjizatan al-Quran dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Antaranya :

1.         Lafaz yang fasih, ungkapan yang penuh balaghah dan menyentuh perasaan. Allah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat terbesar nabi Muhammad SAW yang lengkap dengan sastera kerana masyarakat Arab pada ketika itu pakar dalam bidang puisi, prosa dan sastera. Maka, penurunan al-Quran mengagumkan mereka dan sekaligus melemahkan mereka dan semua ahli bijak pandai dalam lapangan sastera di kalangan mereka (Rosmawati Ali @Mat Zin 1997:35). Malah mereka gagal membawa walaupun satu ayat yang dapat menandingi keindahan bahasa  al-Quran.

Bahasa al-Quran bukan prosa dan juga puisi tetapi perkataannya tersusun indah dan ia terlepas dari prinsip atau syarat-syarat puisi dan prosa. Maka, dengan sebab itulah terdapat sesetengah  sasterawan tidak beriman dan menuduh al-Quran itu sebagai karya sihir, dusta dan bikinan  nujum. Dakwaan mereka tidak tepat malah dinafikan oleh al-Quran (Mustafa Haji Daud 1997:22). Firmannya:

$tBur uqèd ÉAöqs)Î/ 9Ïã$x© 4 WxÎ=s% $¨B tbqãZÏB÷sè? ÇÍÊÈ Ÿwur ÉAöqs)Î/ 9`Ïd%x. 4 WxÎ=s% $¨B tbrã©.xs? ÇÍËÈ
Maksudnya:

“Bukanlah dia perkataan penyair, sedikit sekali kamu mempercayainya. Dan bukan juga perkataan tukang tenung, sedikit sekali kamu perhatikan” (al-Haqqah 69:41-42).


2.         Penemuan kajian ilmiah yang menepati dan tidak bercanggah dengan maksud ayat-ayat al-Quran. Sejak zaman Rasulullah SAW sehinggalah sekarang pelbagai perkembangan dan penemuan baru telah berlaku dalam bidang ilmiah yang dicapai oleh manusia, sama ada yang diusahakan oleh umat Islam sendiri  mahupun yang bukan Islam. Malah, tidak ada satu pun penemuan-penemuan itu yang terlepas dari jangkaun atau perbicaraan al-Quran. Hal ini membuktikan bahawa al-Quran itu mukjizat dan sumber perundangan yang unggul (Mustafa Haji Daud 1997:26).

Antara perkembangan  dan penemuan ilmiah yang pernah dicipta oleh manusia  yang telah terlebih dahulu dibicarakan di dalam al-Quran ialah bumi  ini dibuktikan oleh pakar sains sebagai salah satu daripada planet yang berjuta-juta jumlahnya. Sedangkan hal ini telah dibincangkan oleh al-Quran terlebih dahulu. Firman Allah:

ª!$# Ï%©!$# t,n=y{ yìö6y ;Nºuq»oÿxœ z`ÏBur ÇÚöF{$# £`ßgn=÷WÏB ãA¨t\tGtƒ âöDF{$# £`åks]÷t/ (#þqçHs>÷ètFÏ9 ¨br& ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ÖƒÏs% ¨br&ur ©!$# ôs% xÞ%tnr& Èe@ä3Î/ >äóÓx« $RHø>Ïã ÇÊËÈ  
Maksudnya:

“Allah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi, Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi sesuatu” (al-Talaq 65:12).

óOs9urr& ttƒ tûïÏ%©!$# (#ÿrãxÿx. ¨br& ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur $tFtR%Ÿ2 $Z)ø?u $yJßg»oYø)tFxÿsù ( $oYù=yèy_ur z`ÏB Ïä!$yJø9$# ¨@ä. >äóÓx« @cÓyr ( Ÿxsùr& tbqãZÏB÷sムÇÌÉÈ
Maksudnya:

“Dan apakah orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua -duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya, Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tiada juga beriman” (al-Anbiya’ 21:30).

Penyelidikan sains juga mendapati bahawa planet bumi dan planet lain semuanya tidak mengeluarkan cahaya, dan cahaya yang dikeluarkan seperti bulan itu merupakan pantulan sinaran matahari yang terang-benderang (Mustatafa Haji Daud 1997:26-29). Hal ini dibuktikan oleh Allah dalam ayat:
Ÿ@yèy_ur tyJs)ø9$# £`ÍkŽÏù #YqçR Ÿ@yèy_ur }§ôJ¤±9$# %[`#uŽÅ  ÇÊÏÈ




Maksudnya:

“Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita yang terang-menerang”  (Nuh 71:16).


3.         Di samping itu, isi kandungannya tidak bertentangan dengan hakikat. Ia meliputi segala ilmu pengetahuan, baik ilmu keduniaan mahupun akhirat serta ia bersesuaian dengan semua tempat, masa, dan keadaan. Semua khazanah ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam al-Quran benar dan tepat. Contohnya, ahli sains dan falak sebelum Islam khususnya Aristotle mengatakan matahari sentiasa berada tetap di tempatnya dan tidak beredar, planet-planet lain yang bergerak dan beredar mengelilinya. Pendapat dan kajian itu adalah tidak benar. Al-Quran telah menjelaskan matahari juga beredar dan tidak tetap. Firman Allah:
ߧôJ¤±9$#ur ÌøgrB 9hs)tGó¡ßJÏ9 $yg©9 4 y7Ï9ºsŒ ãƒÏø)s? ̓Íyèø9$# ÉOŠÎ=yèø9$# ÇÌÑÈ
Maksudnya:

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu  adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui (Yasin 36:38).


4.         Al-Quran juga merupakan mukjizat dari segi kejiwaan atau nafsiyyah. Hal ini kerana keupayaan dan kejayaannya  menguasai jiwa manusia untuk menyampaikan risalah aqidah, syariat, dan akhlak. Setiap ajaran yang hendak disampaikan, al-Quran berupaya mempengaruhi dan menguasai jiwa umat Islam sehingga dengan senang hati, insaf dan sedar menerima segala ajaran yang terkandung di dalamnya(Mustafa Haji Daud 1997:32-33).

Contohnya dalam soal akidah,  al-Quran cuba mempengaruhi jiwa umat Islam dengan membuktikan bahawa kewujudan, keesaan dan kebesaran Allah S.W.T itu benar. Sebelum manusia mencapai tahap penerimaan ajaran akidah yang terkandung di dalam al-Quran, mereka dikehendaki meneliti, merenung, dan berfikir tentang kejadian alam dan diri mereka sendiri. Maka, akan tercetus keinsafan, kesedaran dan keimanan terhadap kewujudan, keesaan dan kebesaran Allah. Hal ini dapat dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

Ÿxsùr& tbrãÝàYtƒ n<Î) È@Î/M}$# y#øŸ2 ôMs)Î=äz ÇÊÐÈ n<Î)ur Ïä!$uK¡¡9$# y#øŸ2 ôMyèÏùâ ÇÊÑÈ n<Î)ur ÉA$t6Ågø:$# y#øx. ôMt6ÅÁçR ÇÊÒÈ n<Î)ur ÇÚöF{$# y#øx. ôMysÏÜß ÇËÉÈ
Maksudnya:
                                                                                                                                 
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit,          bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?  Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? ” (al-Ghasyiyah 88:17-20).




HUKUM-HUKUM DALAM AL-QURAN

Kitab suci al-Quran bukan hanya merupakan satu-satunya sumber perlembagaan umat Islam bahkan secara hakikinya merupakan kitab hidayah dan panduan hidup yang sempurna bagi seluruh umat manusia. Oleh itu, bagi mengembangkan segala potensi kehidupan manusia, al-Quran telah membekalkan tiga dasar hukum yang terpenting agar setiap individu mengimani, menangani dan berpandu dengannnya (Abdullah Hj. Ishak 1997:53). Hukum-hukum tersebut adalah mengenai : 



Iktiqad

Iktiqad bermaksud segala sesuatu yang menjadi keyakinan selain daripada amalannya seperti keyakinan wujudnya Allah dan keyakinan tentang pengutusan para Rasul. Ia adalah kepercayaan yang tersemat atau tersimpul kuat di dalam hati yang  tidak dicemari oleh keraguan sedikitpun sehingga sukar untuk dileraikan(Mustafa Haji Daud 1997:82). Antaranya, pertama, ia berkaitan keimanan kepada Allah :

ö@è% uqèd ª!$# îymr& ÇÊÈ ª!$# ßyJ¢Á9$# ÇËÈ öNs9 ô$Î#tƒ öNs9ur ôs9qムÇÌÈ öNs9ur `ä3tƒ ¼ã&©! #·qàÿà2 7ymr& ÇÍÈ
Maksudnya:

“Katakanlah(Wahai Muhammad)(tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa.Allah menjadi tumpuan   sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu jawapan yang setara dengan-Nya” (al-Ikhlas 112:1-4).


Hal ini dapat difahami bahawa Allah itu Esa dan kepada-Nya juga tempat  untuk kita sebagai makhluk ciptaan- Nya meminta keampunan dan segala hajat yang dihajati serta sifat Allah itu bersifat Maha Pengampun bagi orang yang ikhlas ingin bertaubat pada- Nya.

Selain itu, iktiqad kepada para Rasul juga merupakan salah satu daripada yang terdapat pada hukum-hukum al-Quran dan merupakan  rukun iman yang keempat. Al-Quran ada menyenaraikan 25 Rasul dan Nabi yang wajib diketahui oleh setiap muslim.Ini berdasarkan ayat yang berbunyi:

Wxßâur ôs% öNßg»oYóÁ|Ás% šøn=tã `ÏB ã@ö6s% Wxßâur öN©9 öNßgóÁÝÁø)tR šøn=tã 4 zN¯=x.ur ª!$# 4ÓyqãB $VJŠÎ=ò6s? ÇÊÏÍÈ

Maksudnya:


“Dan (Kami Telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak kami kisahkan tentang mereka kepadamu” (an-Nisa’ 4:54).


Ayat di atas menerangkan bahawa Allah telah mengutuskan rasul- rasul- Nya kepada umat manusia supaya dapat membimbing ke jalan yang benar  yang diredhai Allah dan kita sebagai manusia wajib beriman dengan para rasul yang telah diutuskan  sebanyak 25 rasul dan beberapa rasul yang lain selain 25 rasul itu yang tidak diceritakan pada kita dengan jelas(Mustafa Haji Daud 1997:99).

Akhlak

Akhlak juga merupakan salah satu bentuk hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Ia berperanan penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Allah Taala menjelaskan bahawa kebaikan akhlak yang diperjuangkan oleh al-Quran merupakan salah satu daripada ciri-ciri kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Hal ini dijelaskan dalam ayat:

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qãèŸ2ö$# (#rßàfó$#ur (#rßç6ôã$#ur öNä3­/u (#qè=yèøù$#ur uŽöyø9$# öNà6¯=yès9 šcqßsÎ=øÿè? ) ÇÐÐÈ
Maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan”.

Ayat di atas menerangkan akhlak memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian seseorang individu  sebagaimana al Quran menjelaskan bahawa dengan menuruti segala perintah Allah dan membuat segala kebajikan di dunia mahupun di akhirat nescaya kehidupan kita akan tenang serta diredai oleh Nya.

            Antara lain, terdapat penerangan berkaitan akhlak yang mulia dan terpuji sebagai panduan dalam pembinaan sesebuah tamadun Islam. Di antara akhlak terpuji yang mendapat tempat pertama ialah ikhlas(Mustafa Haji Daud 1997:138). Ini menjadi kunci segala perbuatan  manusia sama ada dalam ibadat khusus atau  ibadat umum. Hal ini dijelaskan dalam ayat:

ö@è% ¨bÎ) ÎAŸx|¹ Å5Ý¡èSur y$uøtxCur ÎA$yJtBur ¬! Éb>u tûüÏHs>»yèø9$# ÇÊÏËÈ Ÿw y7ƒÎŽŸ° ¼çms9 ( y7Ï9ºxÎ/ur ßNöÏBé& O$tRr&ur ãA¨rr& tûüÏHÍ>ó¡çRùQ$#
Maksudnya:

 “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan Aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".                                                                                         (al-An’am 6:162-163).

Ayat di atas menjelaskan akhlak yang mulia dan terpuji sebagai panduan dalam pembinaan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dalam mencapainya, seseorang itu harus menunaikan segala suruhan yang telah di tetapkan dan tidak menyekutukan- Nya demi memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.






Amali (perbuatan Mukallaf)

Hukum-hukum berbentuk amali banyak dibincangkan  dalam usul fiqh yang melibatkan ibadah, iaitu berkaitan hubungan antara hamba dengan Tuhan dan muamalat, iaitu berkaitan hubungan sesama hamba dengan hamba. Antara contohnya:


Ibadah

Antaranya, solat yang merupakan salah satu unsur hukum amali yang terdapat di dalam al-Quran. Dari sudut sejarahnya, solat merupakan ibadah yang pertama yang telah diperintahkan oleh Allah(Mustafa Haji Daud 1997:118). Hal ini dijelaskan dalam ayat:

!$uZ­/§ þÎoTÎ) àMZs3ór& `ÏB ÓÉL­ƒÍhèŒ >Š#uqÎ/ ÎŽöxî ÏŒ ?íöy yYÏã y7ÏF÷t/ ÇP§ysßJø9$# $uZ­/u (#qßJÉ)ãÏ9 no4qn=¢Á9$# ö@yèô_$$sù ZoyÏ«øùr& šÆÏiB Ĩ$¨Z9$# üÈqöksE öNÍköŽs9Î) Nßgø%ãö$#ur z`ÏiB ÏNºtyJ¨W9$# óOßg¯=yès9 tbrãä3ô±o ÇÌÐÈ
Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Aku Telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezikilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur” (Ibrahim 14:37).
                                                                
            Seterusnya, zakat berfungsi sebagai salah satu ujian untuk menilai tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang muslim terhadap Allah. Dari segi kerohanian, ia dapat menghapuskan sifat bakhil, bongkak, sombong, riak dan cintakan kebendaan. Maka zakat diwajibkan oleh Allah menerusi ayat:

õè{ ô`ÏB öNÏlÎ;ºuqøBr& Zps%y|¹ öNèdãÎdgsÜè? NÍkŽÏj.tè?ur $pkÍ5 Èe@|¹ur öNÎgøn=tæ ( ¨bÎ) y7s?4qn=|¹ Ö`s3y öNçl°; 3 ª!$#ur ììÏJy íOŠÎ=tæ ÇÊÉÌÈ
Maksudnya:         

 “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”
(at-Taubah 9:103).

Zakat merupakan sebahagian daripada cara untuk membersihkan jiwa dan memberi ketenangan kepada seseorang individu dengan mengeluarkan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan misalnya golongan fakir dan miskin. Hal ini dapat mengikis sifat bakhil dalam diri seseorang kepada sifat yang pemurah dan baik hati pada masyarakat.

Muamalat

Hakikat diri manusia yang lemah itu menjadikan manusia memerlukan pertolongan orang lain. Dalam hal ini, al-Quran mengalakkan setiap anggota masyarakat itu sentiasa memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Tolong-menolong yang diwajibkan oleh al-Quran ialah dalam hal kebaikan, kebajikan dan mencegah kemungkaran(Mustafa Haji Daud 1997:128). Hal ini dijelaskan dalam ayat:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#q=ÏtéB uŽÈµ¯»yèx© «!$# Ÿwur tök¤9$# tP#tptø:$# Ÿwur yôolù;$# Ÿwur yÍ´¯»n=s)ø9$# Iwur tûüÏiB!#uä |MøŠt7ø9$# tP#tptø:$# tbqäótGö6tƒ WxôÒsù `ÏiB öNÍkÍh5§ $ZRºuqôÊÍur 4 #sŒÎ)ur ÷Läêù=n=ym (#rߊ$sÜô¹$$sù 4 Ÿwur öNä3¨ZtBÌøgs ãb$t«oYx© BQöqs% br& öNà2r|¹ Ç`tã ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tptø:$# br& (#rßtG÷ès? ¢ (#qçRur$yès?ur n?tã ÎhŽÉ9ø9$# 3uqø)­G9$#ur ( Ÿwur (#qçRur$yès? n?tã ÉOøOM}$# Èbºurôãèø9$#ur 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ( ¨bÎ) ©!$# ߃Ïx© É>$s)Ïèø9$#


Maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah , dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram , jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya , dan binatang-binatang qalaa-id , dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya  dan apabila kamu Telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu. dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum Karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya” (al-Ma’idah 5:2).

Menerusi ayat di atas, dapat difahami bahawa manusia memerlukan kepada pertolongan orang lain. Dalam hal ini, al-Quran mengalakkan setiap anggota masyarakat itu sentiasa memberi pertolongan kepada masyarakat sekeliling dan  menghalang kemungkaran  serta sentiasa taat pada Tuhan yang  Esa.
           

                                 




DALALAH  AL QURAN

Al-Quran diyakini sabitnya tanpa sebarang keraguan kerana sampainya kepada kita secara mutawatir dan ia meyakinkan kita tentang kesahihan al-Quran yang dipindah kepada kita.  Namun, merujuk kepada hukum (dalalatuh ‘ala al-ahkam),  kadangkala ia disabitkan secara yakin (qat’iyy) dan kadangkal secara zanniyy. Ini disebabkan oleh lafaz-lafaz yang ada pada al-Quran. Jadi, pensabitan al-Quran adalah qat’iyy,  namun dalalah ( hujah berasaskan dalil) al-Quran itu boleh jadi qat’iyy atau zanniyy(Rosmawati Ali@Mat Zain 1997:60).

Qat’iyy al-dalalah
Makna yang difahami daripada sesuatu lafaz hanya satu @ tiada kebarangkalian makna yang lain, yang boleh difahami daripada lafaz tersebut. Ini bermaksud, perkataan tersebut di dalam al-Quran itu hanya mempunyai satu makna sahaja, dan tidak terdapat beberapa makna yang lain. Nescaya penunjukannya kepada makna atau hukum itu adalah secara yakin (qat’iyy).

Contoh firman Allah,

                          




Maksudnya:

“Orang yang melakukan zina sama ada perempuan atau lelaki, hendaklah kamu sebatkan setiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan”.

            Penunjukan lafaz  kepada maknanya iaitu seratus, adalah merupakan penunjukan yang diyakini kerana ia tidak menunjukan kepada selain daripada seratus. Oleh yang demikian, para ulama’ bersepakat mengenai hukumnya.

Zanniyy al-dalalah

Sekiranya perkataan yang disebut di dalamnya memungkinkan ia ditafsir kepada beberapa makna yang berlainan, nescaya penunjukannya kepada makna atau hukum adalah secara zanniyy.

            Contohnya, seperti lafaz قروء’ di dalam firman Allah Taala :

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَء
Maksudnya:

“Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru' “.

            Lafaz قروء berkemungkinan membawa makna bersuci atau makna haid kerana ia diperuntukkan kepada tiap-tiap satu daripada keduanya melaluiالاشتراك اللفظي. Oleh yang demikian, maka penunjukan lafaz قروء kepada salah satu daripada keduanya secara tertentu adalah secara zanniyy. Ini menimbulkan perselisihan ulama’ mengenai hukumnya, adakah ia tiga kali bersih, atau tiga kali haid (Ali Hasbullah 1964:20).

Daripada contoh di atas dapatlah difahami bahawa dalil nas yang dikelompokkan kepada zanniyy al-dalalah membuka ruang untuk terjadinya perbezaan pendapat di kalangan mujtahid di dalam pengistinbatan hukum, sehingga menghasilkan hukum yang berbeza.

KESIMPULAN

Daripada penjelasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa al-Quran mempunyai kedudukan paling tinggi di dalam pengistinbatan hukum Islam, sehinggalah Ia disepakati semua ulama’ sebagai sumber utama hukum Islam.

Penjelasan di atas juga menunjukkan bahawa al-Quran adalah sumber hukum yang pertama dalam ajaran Islam. Adapun sumber-sumber yang lain merupakan pelengkap dan cabang daripada al-Quran, kerana pada dasarnya sumber-sumber lain itu akan kembali kepada al-Quran.

Bahkan seluruh mazhab dalam Islam turut bersepakat bahawa al-Quran adalah sumber hukum yang paling utama, dengan kata lain, al-Quran menduduki tempat yang pertama dari tertib sumber-sumber hukum dalam berhujjah. Al-Quran dipandang sebagai sumber hukum yang utama dari sumber-sumber yang ada dan tidak boleh berpindah kepada sumber yang lain kecuali apabila tidak ditemukan penjelasan di dalamnya





                                            


RUJUKAN
                                                                                                           
Al-Quran

Abdullah Hj. Ishak. 1997. Sumber Perundangan Islam dan Tanggungjawab Muslim.
 Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Abd al-Wahhab Khallaf 1990. Cetakan ke 7. Ilmu Usul Fiqh, Kairo: Maktabah al-Da’wah al-Islamiyyah.

H. Nasron Haroen. 2000. Cetakan Pertama Jilid Dua. Usul Fiqh 1. Jakarta: Logos

Mohd Soleh B. Haji Ahmad. 1998. Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Salam
                                           
Mustafa Haji Daud. 1997. Al-Quran Sumber Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia dan Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Rosmawati Ali @Mat Zin. 1997. Pengantar  Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Salam

Ali, Hasbullah. 1383H/1964M. Usul al-Tasyri’ al-Islami. Mesir: Dar al-Maa’rif.

Al- Zuhayli, Wahbah. 1406H/1986M. Usul al-Fiqh al-Islamiyy. Damsyik : Dar al-Fikr.

Zahir, Muhammad Abu al-Nur. 1991 Usul al-Fiqh. Qaherah : Maktabah al-Azhariyah li-al-Turath Dar al-Ta’rif

url:http://www.dianz corner.com. (Membahas Ilmu-ilmu al-Qur’an, (terj.) Pustaka Firdaus dari judul asli Mabahits fi Ulum al-Qur’an, Jakarta : Pustaka Firdaus, 1991, Cet. II)

 



 

No comments:

Post a Comment