Pages

Monday, November 8, 2010

MAFHUMAL- GHAYAH


PENGERTIAN AL- MAFHUM

Al- Mafhum ialah makna yang ditunjuk oleh lafaz yang berkaitan dengan hukum terhadap makna yang tidak disebut atau dibicarakan dengan ucapan. Selain itu, mafhum juga bermaksud faham. Faham ialah sesuatu yang difahami (mantuq). (Abdul Kadir Hassan 1977:126)

Mafhum terbahagi kepada dua iaitu:
1)      Mafhum al- Muwafaqah

2)      Mafhum al- Mukhalafah

Terdapat enam jenis Mafhum al- Mukhalafah. Antaranya ialah:

          i.          Mafhum al- Sifah
         ii.         Mafhum al- Shart
        iii.        Mafhum al- Ghayah
         iv.        Mafhum al- cAdad
          v.         Mafhum al- Laqab
         vi.        Mafhum al- Hasr





PENGERTIAN AL- GHAYAH
Dari segi bahasa, al- ghayah bermaksud penghabisan atau kesudahan (Idris al- Marbawi 1990:2/74). Dari segi istilah pula, al- ghayah ialah berlakunya hukum yang disebut ‘sampai’ atau ‘sehingga’ batas waktu tertentu yang berlakunya hukum selepas batasan itu. (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 2001:373)
Al- ghayah mempunyai dua lafaz dalam bahasa cArab iaitu حتى (sehingga) dan إلى (sampai).
Antara contoh- contoh yang menunjukkan al- ghayah ialah:
Firman Allah Taala:
#sŒÎ) óOçFôJè% n<Î) Ío4qn=¢Á9$# (#qè=Å¡øî$$sù öNä3ydqã_ãr öNä3tƒÏ÷ƒr&ur n<Î) È,Ïù#tyJø9$# (#qßs|¡øB$#ur öNä3ÅrâäãÎ/
Maksudnya: apabila kamu hendak sembahyang, maka cucilah muka dan tangan- tangan kamu sampai ke siku..(al- Maidah 5:6)

Dalam ayat ini terdapat dua  إلى. إلى   pertama membawa maksud ‘ke’ yang menjadi topik perbicaraan di sini. Manakala perkataan إلى yang kedua merupakan huruf ghayah. Ayat ini membawa maksud bahawa membasuh tangan sampai ke siku dan boleh melebihinya tetapi tidak boleh kurang daripada had siku kerana terdapat huruf ghayah  yang membawa maksud terdapat batas penghabisan yang telah diperintahkan oleh Allah.(Abdul Kadir Hassan 1977:120)
Contoh yang lain pula yang menunjukkan mafhum al- ghayah ialah:
Firman Allah Tacala:
bÎ*sù $ygs)¯=sÛ Ÿxsù @ÏtrB ¼ã&s! .`ÏB ß÷èt/ 4Ó®Lym yxÅ3Ys? %¹`÷ry ¼çnuŽöxî 3 bÎ*sù $ygs)¯=sÛ Ÿxsù yy$uZã_ ...
Maksudnya: sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain.(al-Baqarah 2:230)

Ayat ini menjelaskan bahawa tegahan mengahwini semula isteri yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga dengan terdapat batas-batas tertentu selepas kedatangan lafaz ghayah حتى. Antaranya ialah sehingga isteri tersebut mengahwini lelaki lain, melakukan persetubuhan dengannya dan bercerai dengan suami keduanya. Sekiranya berlaku perkara tersebut, isteri tersebut boleh mengahwini bekas suami pertamanya semula. (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001:373)

Selain itu, contoh yang ketiga ialah:
Firman Allah Tacala:
 4 (#qè=ä.ur (#qç/uŽõ°$#ur 4Ó®Lym tû¨üt7oKtƒ ãNä3s9 äÝøsƒø:$# âÙuö/F{$# z`ÏB ÅÝøsƒø:$# ÏŠuqóF{$# z`ÏB Ìôfxÿø9$# (
Maksudnya; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. (al-Baqarah 2:187)

Ayat di atas menjelaskan hukum harus makan dan minum pada waktu malam puasa Ramadhan sehingga terbit fajar. (Nur al-Din Mukhtar al- Khadimi 2005:384). Justeru itu, mafhumnya haram makan dan minum selepas terbit fajar. Di dalam ayat ini, terdapat lafaz ghayah حتى yang menjadi batas penghabisan hukum tersebut. Sebelum kedatangan lafaz ghayah, makan dan minum adalah harus tetapi selepas kedatangan lafaz ghayah, hukumnya bertukar menjadi haram kerana terdapat batas yang telah diperintahkan oleh Allah.
KEHUJAHAN
Berkaitan dengan kehujahan mafhum al- ghayah, terdapat perselisihan antara ahli- ahli usul fiqh. Sebahagian daripada mereka menerima dan sebahagian yang lain menolak kehujahan mafhum al- ghayah.
Pendapat pertama:
Menurut pendapat majoriti ulama Fiqh dan ulama Mutakalimin, harus menetapkan hukum berdasarkan mafhum al- ghayah. (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 2001:374).
Pandangan mereka berasaskan kepada dua dalil:
          i.          Penggunaan gaya bahasa ketika mengungkapkan sesuatu tujuan. Sekiranya digunakan dalam ayat pertanyaan, gaya bahasa ayat tersebut kelihatan hodoh, kasar dan tidak sesuai. Berbeza dengan gaya bahasa yang digunakan sekiranya terdapat lafaz al- ghayah. Hal ini demikian kerana, gaya bahasa mafhum al-ghayah  lebih lembut bunyinya dan lebih sesuai digunakan berbanding gaya bahasa pertanyaan. Misalnya apabila dikatakan “ jangan beri Zaid satu dirham pun sehinggalah dia bangun.” Gaya bahasa ini lebih lunak didengar berbanding jika dikatakan “jika Zaid bangun, mahukah aku berikan dia satu dirham?” . Perbezaan ini terjadi kerana sesuatu lafaz itu mengandungi mafhum.(Bashir Mahdi al-Kabisi 2007:158)

         ii.         Ghayah bermaksud penghabisan. Penghabisan sesuatu ialah tempat ia berhenti. Sekiranya makna ghayah tidak digunapakai dan dikehendaki, maka tiadalah nilai bagi sesuatu ayat tersebut. Contohnya dalam ayat  4   @øŠ©9$#n<Î)( tP$uÅ_Á9$#  È#qJÏ?r&OèO. Sekiranya lafaz ghayah tidak berperanan, maka ayat di atas tidak memberi apa- apa makna dan boleh berbuka puasa tanpa mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu apabila terbenamnya matahari. Jadi, mafhum al- ghayah diterima untuk menetapkan batas penghabisan bagi berbuka puasa.(Bashir Mahdi al-Kabisi 2007:157)


Pendapat kedua:
Menurut pendapat ulama mazhab Hanafi dan sebahagian ulama Mutakalimin pula tidak harus mengambil mafhum al- ghayah dalam menetapkan hukum syarak. Dengan kata lain, golongan ini menolak mafhum al- ghayah sebagai hujah. (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 2001:374).
Pandangan mereka ini bersandarkan dalil- dalil berikut:
                                  i.          Terdapat juga hukum bagi ayat al- Quran sebelum lafaz ghayah sama dengan hukum selepasnya. Contohnya,
Ÿwur (#qç/tø)s? tA$tB ÉOŠÏKuŠø9$# žwÎ) ÓÉL©9$$Î/ }Ïd ß`|¡ômr& 4Ó®Lym x÷è=ö7tƒ ¼çn£ä©r&
Maksudnya:“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa serta layak menguruskan hartanya dengan sendiri..”(al- Maidah 6:152)

Haram mengambil harta anak yatim sebelum baligh. Sekiranya menerima pakai lafaz ghayah dalam ayat ini, maka boleh mengambil harta anak yatim selepas dia baligh. Kesimpulannya, haram mengambil harta anak yatim sebelum dan selepas dia baligh. (Bashir Mahdi al-Kabisi 2007:159)

                                 ii.         Sekiranya diikat hukum dengan ghayah, hukum selepas daripada ghayah tidak akan terlepas daripada tiga andaian. (Nur al- Din Mukhtar al- Khadimi 2005:227)

a)      Ia disebut secara jelas. Namun hal ini tidak berlaku.
b)      Ia tidak menunjukkan kepada penafian hukum selepas ghayah. Jika ini berlaku maka ghayah sudah tentu tidak berperanan untuk mengeluarkan hukum.
c)      Ia diberitahu melalui cara yang lain sedangkan asalnya memang tiada.
Oleh yang demikian, peranan ghayah yang menunjukkan hukum selepas ghayah tersebut berbeza dengan sebelumnya tidak berlaku. Justeru mafhum al- ghayah bukan sebagai hujah.
KESIMPULAN

Mafhum al- ghayah merupakan salah satu daripada cabang mafhum al- mukhalafah. Mafhum al- ghayah dapat dibezakan melalui lafaz حتى (sehingga) dan إلى (sampai) sekiranya dibandingkan dengan mafhum- mafhum yang lain. Terdapat golongan ulama yang menerima dan menolak kehujahan al- ghayah berdasarkan kepada pendapat masing- masing seperti yang telah dibincangkan di atas.
RUJUKAN

Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali@ Mat Zin.2001. Perbahasan Usul al- Ahkam. Kuala        Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdul Kadir Hassan. 1977. Usul Fiqh. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Al- Khabisi, Bashir Mahdi. 2007. Mafahim al- Alfaz wa Dalalatuha. Beirut: Dar al- Kutub       al- cIlmiyyah.

Al- Khadimi, Nur al- Din Mukhtar. 2005. Taclim cIlmu al- Usul. Lubnan: Maktabah al-            cAbikan.

Al- Marbawi, Sheikh Haji Muhammad Idris Abdul Rauf. 1990. Kamus Idris al- Marbawi.       Kuala Lumpur: Darul Fikir.

No comments:

Post a Comment