MAFHŪM AL-ḤAṢR
1.0 DEFINISI
1.1 Definisi Mafhūm
Mafhūm ertinya faham iaitu sesuatu ketentuan yang difahami daripada kata-kata tersurat (manṭūq). (Abdul Kadir Hassan 1977 : 126)
1.2 Definisi al-Ḥaṣr
Definisi al-Ḥaṣr boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah.
- Al-Ḥaṣr dari segi bahasa : Batasan, seerti dengan القصر yang kedua-duanya memberi makna yang sama dari sudut bahasa. (Abdul Kadir Hassan 1977 : 126)
- Al-Ḥaṣr dari segi istilah :
- Setiap yang difahami daripada suatu susunan yang terbatas melalui penggunaan perkataan انما atau إلا dan yang seumpamanya.
- Al-Ḥaṣr dalam ilmu balaghah ialah membataskan صفة atas موصوف. Contohnya pada ayat
( لا سيف ﺇلا ذو الفقار ولا فتى إلا علي ) yang bermaksud “Tidak ada pedang kecuali Zulfakar dan tidak ada lelaki kecuali Ali”. Disifatkan pedang itu kepada Zulfakar dan disifatkan lelaki itu kepada Ali.
- Perbincangan Mafhūm al-Ḥaṣr yang berkaitan dengan al-Qaṣr merangkumi القصر dan الاستثناء.
1.3 Definisi Mafhūm Al-Ḥaṣr
Kefahaman dalam memahami lafaz yang menunjukkan kepada pembatasan iaitu perkataan إنما , بل , إلا dan seumpamanya pada lafaz manṭūq (Bashir 2007 : 194)
2.0 Mafhūm al-Ḥaṣr dari segi penggunaannya
Ulama usul telah membezakan Mafhum al-Ḥaṣr dari segi penggunaannya. Ia merangkumi penggunaan lafaz (إلا), (إنما), dan (بل).
2.1 Penggunaan (إلا) (Muhammad Redha al-Muzaffar 1966 : 127)
(إﻻ) wujud dalam tiga keadaan iaitu :
a) Sifat dengan makna ghayr
Adapun إلا الوصفية )) ia suatu perletakan sifat sebelum perkataan (إﻻ). Ia termasuk dalam Mafhūm al-Sifah. Oleh yang demikian, boleh dikatakan di sini bahawa penggunaan (إلا) menerangkan tentang sifat. Sebagai contoh: ( في ذمتي لزيد عشرة دراهم إلا درهم) yang bermaksud ‘Maka tanggunganku pada Zaid sepuluh dirham bukan satu dirham’. Melalui contoh ini, perkataan عشرة dijadikan sebagai sifat. Ini menjelaskan bahawa tanggungan dalam ayat ini sempurna dengan sifat sepuluh dirham itu bukannya satu dirham.
b) Pengecualian (Muhammad Redha al-Muzaffar 1966 : 127)
Adapun إلا sebagai (إلا الاستثنائية ) di sini lafaz dalālahnya sudah tentu termasuk dalam kategori mafhūm. Secara asasnya, ( الاستثنائية ) ialah mengeluarkan sesuatu daripada hukum yang sebelumnya apabila terdapat salah satu penggunaan huruf-huruf ( الاستثنائية). Contoh-contoh huruf (الاستثنائية) ialah (إلا), (غير), (سوى), (ليس) dan sebagainya. Contohnya dalam surah al-An’am ayat 145:
@è% Hw ßÉ`r& Îû !$tB zÓÇrré& ¥n<Î) $·B§ptèC 4n?tã 5OÏã$sÛ ÿ¼çmßJyèôÜt HwÎ) br& cqä3t ºptGøtB ÷rr& $YBy %·nqàÿó¡¨B ÷rr& zNóss9 9Í\Åz ¼çm¯RÎ*sù ê[ô_Í ÷rr& $¸)ó¡Ïù ¨@Ïdé& ÎötóÏ9 «!$# ¾ÏmÎ/ 4 Ç`yJsù §äÜôÊ$# uöxî 8ø$t/ wur 7$tã ¨bÎ*sù /u Öqàÿxî ÒOÏm§ ÇÊÍÎÈ
Maksudnya: …Katakan!Tidak aku dapati dalam apa yang diwahyukan kepadaku bagi seseorang yang makan makanan kecuali makanan itu berupa bangkai atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana daging babi itu keji, atau binatang sembelihan yang diserukan kepada selain daripada Allah s.w.t.
Melalui ayat ini, makanan yang haram dimakan ialah bangkai, darah yang mengalir, daging babi, dan binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah s.w.t. Selain daripada empat ini maka halal bagi manusia untuk memakannya.
c) Al-Ḥaṣr sebagai pembatas selepas penafian
Contohnya لاصلاة ٳلا بطهور)) yang bermaksud ‘Tidak sah solat melainkan dengan bersuci’. Melalui contoh ini, jelas bahawa seseorang itu tidak sah mendirikan solat melainkan setelah bersuci. Justeru itu, penggunaan (ٳلا) pada hakikatnya termasuk dalam satu bahagian daripada pengecualian.
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keraguan pada penggunaan ٳلا)) sama ada ia dari jenis pengecualian atau sifat, maka di situ perlu dilihat pada konteks ayat. Misalnya pada ayat في ذمتي لزيد عشرة دراهم ٳلا درهم ) ليس ) . Ayat ini mengandungi dua maksud iaitu samada ‘Sepuluh dirham bukan satu dirham’ atau ‘Sepuluh dirham kecuali satu dirham’. Namun, penggunaan asal huruf ٳلا)) lebih menjurus kepada jenis pengecualian. Justeru itu, tanggungan yang harus dibayar oleh Zaid ialah sembilan dirham berdasarkan pengecualian satu dirham daripada sepuluh dirham. (Muhammad Redha al-Muzaffar 1966 : 127)
2.2 Penggunaan (إنما) (Muhammad Redha al-Muzaffar 1966 : 127)
Adapun apabila digunakan (إنما) dalam konteks ayat ia jelas menerangkan al-Ḥaṣr sama seperti penggunaan kalimah (إلا). Contohnya sabda Nabi s.a.w iaitu :
إنما أمرت بالوضوء إذا قمت إلى الصلاة)) yang bermaksud ‘Hanya aku diperintahkan berwuduk apabila aku hendak mendirikan solat’.
Dalam ayat ini, penggunaan lafaz (إنما) membataskan sahnya solat itu dengan mengambil wuduk. Berdasarkan hadis tersebut dapat difahami bahawa perintah wuduk itu hanya (terbatas atau tertentu) ketika ingin mendirikan solat sahaja, bukan untuk perkara yang lain.
2.3 Penggunaan )بل) (Muhammad Redha al-Muzaffar 1966 : 128)
(بل) wujud dalam 3 keadaan iaitu :
a) Dalālah yang berfungsi sebagai pembetulan kepada sesuatu yang tersilap atau terlupa.
b) Dalālah yang menguatkan dan memperincikannya. Misalnya (زيد عالم بل شاعر) yang bermaksud ‘Zaid seorang pengajar bahkan dia juga seorang penyair’. Melalui contoh ini diketahui dengan jelas bahawa Zaid bukan sahaja seorang pengajar tetapi dia juga pandai bersyair. Dalālah ini tidak termasuk dalam kategori al-Ḥaṣr.
c) Dalālah yang mengandungi tegahan dan terbatal pada pensabitan awalnya. Contohnya dalam surah al-Mu’minun ayat 70 ( أم يقولون به جنة , بل جاءهم بالحق ( yang bermaksud ‘Atau mereka berkata, “orang itu (Muhammad) gila” padahal, dia telah datang membawa kebenaran kepada mereka.’ Di dalam ayat ini perkataan بل telah membatalkan pensabitan awal ayat yang mereka mengatakan Nabi Muhammad itu gila. Ini bererti Nabi datang kepada kaum mereka dengan membawa kebenaran. Oleh yang demikian, ayat ini mengandungi al-Ḥaṣr dan ia dalam kategori mafhūm. (Muhammad Redha al-Muzaffar 1966 : 128)
Selain itu, terdapat juga dalālah yang mendahulukan بهمفعول daripada فاعل. Misalnya dalam surah al-Fatihah ayat kelima iaitu ) نعبد واياك نستعين اياك ) yang bermaksud ‘Hanya Engkau kami sembah dan hanya Engkau kami memohon pertolongan.’.
3.0 Perbahasan ulama berkaitan al-Ḥaṣr (al-Āmidῑ 1914 : 144)
Ulama usul telah berselisih pendapat pada perkataan (إنما ) dalam mengeluarkan hukum. Sebagai contoh dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
a) ﺇنما الشفعة فيما لم يقسم
b) وﺇنما الأعمال بالنيات
c) وﺇنما الربا في النسيئة
d) وﺇنما الولاء لمن اعتق
Persoalannya adakah ia mengandungi al-Ḥaṣr atau tidak?
a) Pendapat yang menyokong Mafhūm al-Ḥaṣr sebagai hujah ialah Qādhῑ Abu Bakar, Imam al-Ghazali, al-Hirāsi, dan sekumpulan fuqaha yang lain. Hujah itu jelas maksudnya sebagai pengeluaran hukum berdasarkan Mafhūm al-Ḥaṣr ini. Contohnya وﺇنما الأعمال بالنيات yang bermaksud “Setiap amalan itu beserta dengan niat”. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. akan mengukur setiap amalan itu berdasarkan niat hambaNya. Niat itu adalah pembatasan bagi suatu amalan sama ada ianya dikira atau tidak. Contoh kedua adalah berdasarkan penggunaan ﺇلا dalam konteks ayatلا إله إلا الله yang bermaksud “Tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t.” Ulama mensabitkan (membataskan) sifat satu itu hanya pada Allah s.w.t dan menafikan tidak ada Tuhan selain daripada Allah s.w.t.
b) Ulama Mazhab Hanafi menyangkal kehujahan perkataan إنما yang menunjukkan pada Mafhūm Al-Ḥaṣr. Hal ini merujuk kepada perkataan إنما dalam ayat وﺇنما الربا في النسيئة . Dalam ayat ini, pengharaman riba itu tidak terbatas kepada jenis النسيئة sahaja tetapi ia merangkumi semua jenis riba. Oleh yang demikian tidak ada al-Ḥaṣr pada ayat ini.
KESIMPULAN
Mafhūm al-Ḥaṣr merupakan salah satu daripada cabang Mafhūm al-Mukhalafah. Ianya menunjukkan pembatasan dalam sesuatu ayat. Dari segi penggunaannya, ulama telah berselisih pendapat terhadap penggunaan kalimah (إلا), (إنما), dan (بل) di dalam sesuatu ayat. Dalam mengaplikasikan al-Ḥaṣr , terdapat di mana keadaan kalimah ini yang tidak membawa maksud pembatasan tetapi penggunaannya lebih kepada penguatan ayat sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ayat itu berunsur tegahan, maka penggunaan kalimah al-Ḥaṣr adalah untuk menguatkan maksud tegahan tersebut. Bagi membezakan antara mantuq dan mafhum, ulama telah melihat kepada dalalah yang digunakan. Jadi penulis bersepakat menyatakan bahawa mafhūm al-Ḥaṣr suatu metode yang membantu dalam pengistinbatan hukum di dalam Usul Fiqh.
RUJUKAN
Al-Quran.
Abdul Kadir Hasan. 1977. Usul Al-Fiqh. Kelantan : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Al-Āmidῑ, Sayf al-Din Abi al-Hasan. 1914. al-Iḥkām Fῑ Usūl al-Aḥkām. Cet. Ke-3. 4 juz. Tpt : Ttp.
Al-Kabῑsῑ, Bashir Mahdi. 2007. Mafāhῑm al-Alfaῑz wa Dalālātūha ‘Inda al- Usūliyyῑn. Kuala Lumpur : Dār al-Kitāb al-‘Illmiyyah.
Muhammad Redha al-Muzaffar. 1966. Usul al-Fiqh. Tpt : Kuliah al-Fiqh an-Najaf al-Asyraf.
HABIBATUL MUDABBARAH BINTI MOHD LUTPI A131343
AZREEN BINTI KAMARUDIN A131391
NURUL AQIDAH BINTI TAJUL ARIFIN A131582
No comments:
Post a Comment