Pages

Tuesday, November 9, 2010

MAFHUM AL-ADAD


PENDAHULUAN


Mafhum al-cAdad merupakan satu daripada cabang mafhum al-mukhalafah. Mafhum al-cAdad bermaksud berlakunya pertentangan terhadap sesuatu hukum yang digantungkan dengan bilangan tertentu bagi jumlah yang kurang atau lebih daripada setiap yang dinyatakan oleh bilangan tersebut. Hakikatnya, mafhum al-mukhalafah merupakan pembahagian daripada bentuk mafhum yang mempunyai dua pembahagian iaitu mafhum al-muwafaqah dan mafhum al-mukhalafah. Mafhum bermaksud apa yang ditunjuki oleh lafaz berkaitan dengan hukum terhadap apa yang tidak disebut atau tidak dibicarakan dalam ucapan.

            Secara jelasnya, mafhum al-cadad ialah setiap yang difahami daripada sesuatu bilangan yang dinyatakan dalam nas. Berdasarkan kaedah ini, terdapat golongan ulama yang menerima mafhum al-cadad sebagai kaedah pengeluaran hukum. Sebaliknya terdapat juga sebahagian ulama yang menolak mafhum al-cadad sebagai sumber pengeluaran hukum. Kedua-dua belah pihak ini mempunyai hujah-hujah yang tersendiri berdasarkan kepada pegangan mereka. Pembuktian juga dapat dilihat berdasarkan kepada dalil atau nas yang dibawa sama ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah.

            Tuntasnya, dengan adanya syarat seperti al-cadad merupakan pembatasan yang dibuat oleh jumhur ulama dalam menggunakan mafhum al-mukhalafah. Oleh yang demikian ini dapat menghindarkan daripada berlakunya kesalahan dalam memahami nas syarak.








                                                                                                  
Pengertian Mafhum Mukhalafah 

Mafhum al-Mukhalafah menurut pengertian istilah ialah makna yang ditunjuk oleh lafaz di tempat yang tidak disebut bertentangan dengan makna yang ditunjuk oleh lafaz pada tempat cakapan.( Amir Syarifudin 2004: 178) 


Syarat beramal dengan Mafhum al-Mukhalafah menurut Jumhur

Menurut jumhur ulama Usul Fiqh ada beberapa syarat dalam menggunakan mafhum al-mukhalafah sebagai hujah atau dalil, diantaranya : (Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 2001: 381)

1)    Batasan atau qayd dalam nas tidak mempunyai sebarang tujuan melainkan untuk membataskan hukum. Sekiranya qayd mempunyai tujuan lain seperti al-targhib iaitu dorongan, al-tarhib atau al-tanfir iaitu menjauhi atau al-tafkhim atau al-imtinan maka keadaan ini tidak boleh digunakan mafhum al-mukhalafah.

2) Mafhum al-Mukhalafah tidak boleh bertentangan dengan dalil mantuq kerana dalil mantuq lebih kuat darinya. Misalnya firman Allah s.w.t :

 $pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNä3øn=tæ ÞÉ$|ÁÉ)ø9$# Îû n=÷Fs)ø9$# ( çtø:$# Ìhçtø:$$Î/ ßö6yèø9$#ur Ïö7yèø9$$Î/ 4Ós\RW{$#ur 4Ós\RW{$$Î/
       Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita.
                                                                                                                                                                                                                                                                                        (Al-Baqarah 2:178)



Mengikut mafhum al-mukhalafah tidak dijatuhi hukuman qisas bagi laki-laki yang membunuh perempuan. Namun, penggunaan mafhum al-mukhalafah pada ayat ini tidak boleh kerana bertentangan dengan mantuq.

Firman Allah :
$oYö;tFx.ur öNÍköŽn=tã !$pkŽÏù ¨br& }§øÿ¨Z9$# ħøÿ¨Z9$$Î/ šú÷üyèø9$#ur Èû÷üyèø9$$Î/ y#RF{$#ur
É#RF{$$Î/ šcèŒW{$#ur ÈbèŒW{$$Î/ £`Åb¡9$#ur Çd`Åb¡9$$Î/ yyrãàfø9$#ur ÒÉ$|ÁÏ% ..

Maksudnya :Dan kami Telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka (pun) ada qisasnya.
                                                                                                       
                  (Al-Maidah 5: 45)


Berdasarkan ayat ini, hukum qisas berlaku umum bagi sesiapa sahaja yang membunuh laki-laki atau perempuan secara sengaja. Dengan demikian, dalam hal ini tidak berlaku mafhum al-mukhalafah.

3) Ikatan yang tidak menunjukkan terhadap sesuatu kebiasaan umum iaitu sesuatu yang biasa berlaku. Apabila mantuq menjelaskan hukum yang biasa berlaku maka mafhum al-mukhalafah tidak dapat digunakan terhadap nas. contohnya firman Allah :

ãNà6ç6Í´¯»t/uur ÓÉL»©9$# Îû Nà2Íqàfãm `ÏiB ãNä3ͬ!$|¡ÎpS ÓÉL»©9$# OçFù=yzyŠ £`ÎgÎ/
bÎ*sù öN©9 (#qçRqä3s? OçFù=yzyŠ  ÆÎgÎ/ Ÿxsù yy$oYã_ öNà6øn=tæ                
..
     Maksudnya :Anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang Telah kamu    campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan).
                                                                                                          
          (Al-Nisa 4 : 23)



4) Kiranya qayd atau batasan disebutkan secara berasingan atau rangkaian dengan 
   sesuatu yang lain, mafhum al-mukhalafah tidak menjadi hujah.


Jenis-jenis Mafhum

Dalam mafhum al-mukhalafah, terdapat beberapa jenis Mafhum, antaranya: ( Abu al-Hasan cAtiyyah Muscad al-cAkawi 188 :293)

1)      Mafhum al-Laqab- Mengaitkan hukum dengan isim samada isim calam atau isim jenis

2)      Mafhum al-Sifah- Dalalah lafaz yang diikat dengan sesuatu sifat yang manafikan hukum ketika sifat itu tiada.

3)      Mafhum al-Syarat- Dalalah lafaz yang hukumnya bergantung kepada syarat yang menafikan hukum dengan ternafi syarat.

4)      Mafhum al-Ghayah- Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan ghayah yang mensabitkan hukum yang berlawanan selepas ghayah.

5) Mafhum al-Mukhalafah - Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan bilangan yang menafikan hukum selain daripada bilangan tersebut.

Setelah menerangkan mengenai mafhum al-mukhalafah secara umumnya, di bawah ini kami akan menerangkan dan menghuraikan secara terperinci dan lebih fokus berkaitan dengan mafhum al- cadad.





Mafhum al-cAdad

Pengertian Mafhum al - cAdad

Mafhum al-cAdad ialah dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan bilangan yang menafikan hukum selain daripada bilangan tersebut. ( Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 2001 :374 ). Misalnya:

            1) Firman Allah yang berbunyi :

èpuÏR#¨9$#              ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_
            Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
            tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan.

                                                                                                                            ( al- Nur: 24:2)

Ayat di atas menetapkan bahawa hukuman sebatan sebanyak seratus kali kepada penzina dengan tidak boleh dikurangkan atau melebihi hukuman tersebut. Hukum ini berdasarkan kepada mafhum al-mukhalafah iaitu sesuatu hukuman telah ditetapkan kadarnya dengan tidak boleh dikurang atau ditambah. Secara mafhum al-cadad, bilangan yang telah ditetapkan sebagai hukuman kepada penzina adalah seratus kali sebatan tanpa dikurangkan atau melebihkan.
( Wahbah al-Zuhaili 2003: 173)

2) Firman Allah yang lain :

tûïÏ%©!$#ur tbqãBötƒ ÏM»oY|ÁósßJø9$# §NèO óOs9 (#qè?ù'tƒ Ïpyèt/ör'Î/ uä!#ypkà­ óOèdrßÎ=ô_$$sù tûüÏZ»uKrO Zot$ù#y_                 
           Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada     perempuan
           yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak     membawakan empat orang  
           saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat.

                                                                                                                              (Al-Nur: 24:4)

Berdasarkan ayat di atas, hukuman bagi orang yang menuduh wanita yang bermaruah melakukan zina, sementara si penuduh tidak mampu menghadirkan empat orang saksi akan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali tanpa boleh dikurangkan dan melebihkannya.  Secara mafhum al-cadad, jumlah sebatan yang dikenakan adalah 80 kali.(Yusuf b. Hassan 2000: 378)

            3) Firman Allah juga :
4                                           `yJsù öN©9 ôÅgs ãP$uÅÁsù ÏpsW»n=rO 5Q$­ƒr&
            Maksudnya: Tetapi jika ia tidak menemukan  (binatang kurban) atau tidak  mampu,   
            maka ia wajib berpuasa tiga hari.      
                                                                                          
                                                                                                                  ( al-Baqarah:2: 196)


Mafhum al-cAdad yang boleh didapati berdasarkan ayat di atas ialah bilangan hari untuk berpuasa sekiranya tidak menemui binatang kurban iaitu tidak boleh kurang atau lebih daripada tiga hari. ( Masdar Helmy 1996: 269 )


Kehujahan Mafhum al-cAdad

Terdapat perselisihan ulama berkaitan kehujahan mafhum al-cadad iaitu:

        i.            Golongan yang menyokong mafhum al-cadad dijadikan sebagai hujah adalah Imam Malik, Imam al-Shafici, dan Imam Ahmad, Imam Daud. Selain daripada itu terdapat juga hujah-hujah daripada persepakatan ulamac Mazhab Maliki dan Hanbali serta sebahagian cUlama Mazhab Syafici.

      ii.            Walaupun terdapat sebahagian ulama yang menerima mafhum al-cadad ini, namun begitu terdapat juga sebahagian ulama yang menolak penggunaan mafhum al-cadad sebagai sumber pengeluaran hukum. Antara ulama yang menolak penggunaan mafhum al-cadad ialah  Imamiyah, Muctazilah, Ashacirah,sebahagian besar ulama Hanafiah dan Ibn Daud. Sebahagian besar culama Syaficiyyah juga menafikan penggunaan mafhum al-cadad  iaitu Imam al-Amidi, Imam al-Baidawi, Imam Al-Nawawi .

             Kehujahan mafhum al-cadad:                                     

èpuÏR#¨9$#              ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_
            Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
            tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan.
                                                                                                                           ( al- Nur: 24:2)

Sesungguhnya nas ini menghadkan hukuman sebatan dan mafhum al-mukhalafahnya tidak boleh kurang atau melebihi 100 kali sebatan. Ulama usul telah berselisih pendapat dalam perkara ini, terdapat sebahagian daripada ulama yang mennyokong dan terdapat sebahagiannya lagi menerimanya sebagai hujah. Dalam konteks ini tidak semestinya bilangan yang di atas dan di bawahnya itu adalah mafhum al-mukhalafah kerana pada salah satunya adalah Mafhum al-Muwafaqah.

Mafhum al-cAdad berbeza dengan mafhum yang lain kerana mafhum al-cadad boleh dipecahkan iaitu boleh menjadi lebih ataupun boleh menjadi kurang, tetapi tidak semestinya sesuatu jumlah yang telah ditetapkan boleh menjadi lebih atau kurang. Inilah yang menjadi titik perselisihan dalam mafhum al-cadad. Adakala ia boleh menjadi lebih iaitu yang dikenali sebagai mafhum al-Muwafaqah dan adakalanya ia boleh menjadi kurang iaitu yang dikenali sebagai mafhum al-mukhalafah.         

Sebagai contoh sabda nabi s.a.w :

                                                                      إذا بلغ الماء قلتين لم يحمل الخبث         
 Maksudnya: “ Jika sampai dua kolah maka tidak membawa kepada air mutanajjis”

Menurut hadis ini kuantiti air sebanyak dua kolah tidak membawa kepada air mutanajjis. Sekiranya dua kolah tidak menjadikan air tersebut air mutanajjis, apatah lagi tiga kolah yang semestinya tidak  membawa kepada air mutanajjis. Namun begitu, sekiranya kuantiti air kurang daripada dua kolah ia akan menjadi air mutanajjis.  Keadaan ini menunjukkan kepada dua hukum mafhum iaitu Mafhum al-Muwafaqah iaitu lebih dari dua kolah dan mafhum al-mukhalafah kurang dari dua kolah . Hal ini kerana, ayat tersebut membawa maksud  kuantiti air yang banyak.  (Basyir Mahdi al-Kabisi 2007: 137)


Dalil Yang Menyokong Mafhum al-cAdad Dijadikan Sebagai Hujah.

Sebagaimana yang diketahui mafhum al-cadad dalam menetapkan hukum adalah berdasarkan bilangan yang disebut dalam nas al-Quran dan hadith sahaja, tanpa dikurangkan atau melebihkan. Mereka yang menyokong mafhum al-cadad mendatangkan beberapa contoh dalil dalam menguatkan hujah mereka. Antaranya sebagaimana Firman Allah s.w.t :

öÏÿøótGó$# öNçlm; ÷rr& Ÿw öÏÿøótGó¡n@ öNçlm; bÎ) öÏÿøótGó¡n@ öNçlm; tûüÏèö7y Zo§sD `n=sù tÏÿøótƒ ª!$# öNçlm; 4 y7Ï9ºsŒ öNåk¨Xr'Î/ (#rãxÿŸ2 «!$$Î/ ¾Ï&Î!qßuur 3 ª!$#ur Ÿw Ïöku tPöqs)ø9$# tûüÉ)Å¡»xÿø9$# ÇÑÉÈ                           


Maksudnya: (orang-orang manufik itu) sama sahaja Engkau meminta ampun untuk mereka atau Engkau tidak meminta ampun bagi mereka. jika Engkau (Wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; Yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik.                                                                                             
      (At- Tawbah 9:80)

Berdasarkan nas al-Quran di atas, Rasulullah memohon kepada Allah s.w.t. agar memberi keampunan kepada golongan Munafik. Namun begitu, Allah telah mengatakan bahawa Dia tidak akan mengampunkan walaupun Nabi s.a.w memohon sebanyak 70 kali. Berdasarkan kefahaman Nabi s.a.w, Allah hanya tidak akan mengampunkan dosa orang munafik sekiranya baginda memohon sebanyak  70 kali sahaja. Maka baginda mengandaikan bahawa sekiranya lebih daripada 70 kali pasti Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. Perbuatan Nabi memohon keampunan kepada Allah  lebih daripada 70 kali adalah menunjukkan kepada bentuk mafhum al-mukhalafah.


Selain itu sebagaimana firman Allah s.w.t:

èpuÏR#¨9$#              ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_
            Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
            tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan.
                                                                                                                           (An- Nur: 24:2)

Berdasarkan kepada dalil al-Quran diatas, Allah s.w.t memberi hukuman kepada sesiapa yang melakukan zina akan dikenakan sebatan sebanyak 100 kali sebatan. Maka jumhur telah bersepakat bahawa hukuman tersebut tidak boleh dikurangkan atau melebihi sepertimana yang telah ditetapkan .


Dalil Yang Tidak Menyokong Mafhum al-cAdad Dijadikan Sebagai Hujah.

Memandangkan mafhum al-cadad ini berbentuk kewujudan hukum hanya dilaksanakan berdasarkan kepada bilangan yang dinyatakan sahaja telah menyebabkan segelintir ulama Mujtahid menolak penggunaan mafhum al-cadad  dengan memberikan beberapa contoh dalil.

Antaranya  sabda Rasulullah s.a.w:

عن عائشة قالت، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خمس فواسق يقتلن في الحرام الفأرة والعقرب والغراب والحديا والكلب العقور (حسن صحيح)

Maksudnya: “Lima fawasiq (binatang yang boleh membinasakan) dibunuh ia pada waktu haram (dalam ihram atau di tanah haram), iaitu burung helang, tikus, anjing liar, ular dan kala jengking”  (Hasan Shahih) (Riwayat al-Tirmidzi)
                                                                                                                    
Berdasarkan Hadith di atas Rasulullah membenarkan orang yang sedang berihram membunuh binatang (الفواسق) iaitu burung helang, tikus, anjing liar, ular dan kala jengking kerana binatang-binatang tersebut mendatangkan kebinasaan dan bahaya kepada manusia. Mereka telah meletakkan serigala juga boleh dibunuh.

 Mengikut mafhum al-cadad, binatang yang membinasakan (الفواسق) yang boleh dibunuh secara halal dan haram hanyalah lima jenis binatang yang disebutkan sahaja. Sekiranya terdapat binatang lain yang juga membahayakan dan membinasakan tetapi tidak disebut dalam kalangan lima jenis binatang yang terkandung dalam hadis tersebut maka tidak boleh dibunuh.
           
            Namun Imam al-Thawri dan Imam al-Shafici berpendapat segala binatang yang membahayakan dan membinasakan hendaklah dibunuh selagi ia tidak bertentangan dengan nas syarak walaupun ianya tidak disebut dalam lima kategori binatang tersebut. Oleh yang demikian,  serigala boleh dibunuh ketika dalam ihram kerana ia merupakan binatang yang membinasakan. (Muhammad Idris al-Marbawi 2006 : 129)


Contoh kedua merupakan hadis Hasan Sahih iaitu:

عن أبي بكرة أن النبي صلى الله عليه وسلم خطب ثم نزل فدعا بكبشين فذبحهما.  (حسن صحيح)

Maksudnya: “ Daripada Abi Bakrah, bahawasanya Nabi s.a.w berkhutbah kemudian turun baginda, maka menyeru ia dengan dua kibas lalu disembelih baginda kedua-duanya ” (Hasan Sahih).

Hadis diatas menceritakan tentang ibadah aqiqah yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w ke atas cucu lelaki baginda. Berdasarkan hadis ini, aqiqah bagi seorang kanak-kanak lelaki ialah 2 ekor kibas. Oleh itu, berdasarkan kepada bilangan yang terkandung dalam nas tersebut menunjukkan bahawa mestilah disembelih 2 ekor kibas bagi menunaikan ibadah aqiqah kanak-kanak lelaki. (Muhammad Idris al-Marbawi 2006 : 63)


 Berdasarkan mantuq nas tersebut, dapat difahami bahawa aqiqah bagi kanak-kanak lelaki adalah 2 ekor kibas. Hal ini bertepatan dengan konteks mafhum al-cadad  yang menetapkan sesuatu hukum berdasarkan bilangan yang dinyatakan dalam nas. Namun begitu sebahagian daripada ulama tidak menerima mafhum al-cadad sebagai hujah. Hal ini berdasarkan kepada perbuatan Nabi s.a.w yang menunaikan aqiqah bagi kanak-kanak lelaki dengan hanya seekor kambing. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa tidak semestinya aqiqah bagi seorang kanak-kanak lelaki mestilah 2 ekor kibas, malah sah aqiqah seorang kanak-kanak lelaki walaupun hanya ditunaikan dengan seekor kibas. 

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu ‘Isa, katanya:

                          عن علي بن أبي طالب قال: عق رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الحسن بشاة

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Amirul mu’minin baginda Saiyidina Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, katanya: Telah ber’aqiqah Rasulullah s.a.w daripada Hasan dengan seekor kibas (kambing).   

Berdasarkan hadis tersebut menunjukkan bahawa aqiqah bagi kanak-kanak lelaki boleh dilakukan dengan hanya seekor kibas. Hal ini sekaligus mengukuhkan lagi pendapat ulama yang menolak mafhum al-cadad bahawa kaedah ini tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pengeluaran hukum. (Muhammad Idrus al-Marbawi 2006 : 64)



 PENUTUP


Kesimpulannya, mafhum al-cadad adalah salah satu medium yang digunakan dalam menetapkan hukum Fiqah tetapi ia khusus kepada bilangan dalam nas al-Quran atau al-Hadis. Sesuatu hukum tidak boleh dikurangkan atau dilebihkan daripada apa yang telah disebut melalui lafaz mantuqnya.  Sebagai contoh hukum sebatan bagi penzina yang telah ditetapkan oleh Islam adalah adalah 100 kali sebatan. Jadi selain daripada bilangan tersebut adalah ternafi. Hal ini sejajar dengan pandangan dan pendapat ulama yang menerima mafhum al-cadad sebagai kaedah hukum. Pada pandangan mereka hukum hanya dilaksanakan berdasarkan bilangan yang telah dinyatakan dalam nas.

            Namun begitu terdapat juga para ulama yang menolak kaedah ini dijadikan sebagai salah satu daripada kaedah pengeluaran hukum. Golongan ini juga mempunyai hujah yang tersendiri sebagai pengukuh kepada pendapat mereka. Hal ini dapat dilihat berdasarkan contoh yang dinyatakan sebelum ini yang membuktikan bahawa kaedah mafhum al-cadad tersebut tidak diterima oleh mereka.

            Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa kaedah mafhum al-cadad ini telah digunakan oleh jumhur ulama bagi mengelakkan daripada berlakunya kesalahan dalam memahami nas.






RUJUKAN


al-Quran

Abd Latif Muda &  Rosmawati Ali @ Mat Zin. Jun 2001. Perbahasan Usul al-Ahkam. Selangor: Pustaka Salam Sdn Bhd.

al-cAkawi Abu al-Hasan cAtiyyah Muscad. 1407H. al-Jami c li al-Ahkam wa Usul
         al-Fiqh. al-Azhar: Dar al-Fadilah.

Amir Syarifudin. 2004. Ushul Fiqh: Metode Memahami Dan Mengkaji Hukum Islam Secara Komprehensif. Jakarta: Zikrul.

al-Kabisi Bashir Mahdi.2007. Mafahim al-Alfaz wa Dilalatuha cinda al-Usuliyyin. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Masdar Helmy. 1996. Ilmu Usul Fiqh. Bandung: Gema Risalah Press.

Muhammad Idris al-Marbawi. 2006.Syarah Mukhtasar Shahih al-Tirmidzi. Bahagian Haji. Kuala Lumpur: Pustaka al-Hidayah.

Yusuf b Hassan b Ahmad. 2000. Sharh Ghayah al-Usul ila cIlm al-Usul. Beirut: Dar al-Bashir al-Islamiyyah.

al-Zuhaili Wahbah. 1424H. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Damsyik: Dar al-Fikr.



 
DISEDIAKAN OLEH:

Halimatus Sa’diah Bt Yusoff         A132363
Nor Akhilah Bt Abdul Rahman    A131326
Siti Salwa Bt Borhan                     A132173
                         Nurulhannan Bt Daim                   A135428




4 comments: