Dalam kitab suci al-Quran, terdapat banyak kaedah bersifat bahasa yang berkaitan dengan usul al-ahkam dan lafaz metodologinya. Ia berkaitan dengan lafaz-lafaz nas serta sudut kedudukan atau keadaannya terhadap makna. Dalam bab ini juga, kita akan membincangkan mengenai dua bentuk lafaz yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Kedua bentuk ini mempunyai perbezaan dari segi dalalahnya. Melalui bab ini, diperkenalkan dengan dua istilah tersebut iaitu istilah al-‘am dan al-khas. Antara lain, ia merupakan perbahasan lafaz yang ditinjau dari sudut cakupan terhadap lafaznya iaitu al-‘am dan al-khas dan merupakan salah satu kaedah pengambilan hukum.
Al-‘Am ialah lafaz yang datang dalam bentuk umum yang merangkumi semua afrad yang terdapat di dalam sesuatu lafaz. Al-Khas pula ialah lafaz khusus yang diperuntukkan untuk makna-makna tertentu yang khusus. Sebahagian dari lafaz-lafaz al-‘am ini dikhususkan maknanya dengan lafaz-lafaz al-khas. Proses ini dinamakan takhsis. Namun, tidak semua lafaz al-‘am boleh ditakhsiskan dengan lafaz al-khas.
Maksud kaedah pengambilan hukum di sini ialah kaedah pengambilan hukum daripada dalil syarak. Sumber-sumber hukum syarak yang asasi iaitu al-Quran dan hadis dibawa ke dalam lafaz yang pelbagai. Maka, untuk mengeluarkan hukum mestilah memahami dengan betul setiap lafaznya sama ada dari segi ‘am, khas, mushtarak atau sebagainya.
PENGERTIAN AL-‘AM
Al-‘Am adalah lafaz yang diperuntukkan sebanyak sekali, dan hanya dengan sekali peruntukan menunjukkan kepada beberapa perkara yang banyak dan tidak ada batasan secara meliputi kesemua maknanya yang sesuai baginya.(Muhammad Salih 1993:45)
Al-Raziyy juga mentakrifkan al-‘am sebagai lafaz yang meliputi keseluruhan makna yang sesuai dengannya berdasarkan satu peruntukan. (Fakhrudin Muhammad bin Umar al-Raziyy 1992:309)
" اللفظ المستغرق لجميع ما يصلح بحسب وضع واحد "
Perkataan المستغرق - ‘yang meliputi’ dimasukkan ke dalam takrif ini untuk mengeluarkan lafaz dalam bentuk jamak yang nakirah dari pengertian al-‘am. Apabila dikatakan جأني طلاب – ‘pelajar-pelajar datang kepada aku’, ia tidak bermaksud semua pelajar datang kepada. Ia juga digunakan untuk mengeluarkan lafaz yang mutlaq seperti الرجل kerana ia tidak meliputi semua lelaki.(Hassan bin Haji Ahmad 1998:426/427 )
Perkataanما يصلح - ‘yang bersesuaian’, untuk membezakannya dengan perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam pengertian sesuatu lafaz. Umpamanya perkataan أولاد زيد - ‘anak-anak Zayd’ tidak meliputi anak-anak orang lain. Namun ia tidak mengeluarkan perkataan tersebut daripada kategori al-a’m kerana anak-anak orang lain memang tidak sesuai dengan pengertian أولاد زيد(Hassan bin Haji Ahmad 1998:426/427 )
Perkataan بوضع واحد–‘dengan sekali peruntukan’ialah membezakan lafaz al-‘am daripada lafaz al-mushtarak المشترك ) ) kerana ia diperuntukkan kepada beberapa makna dengan beberapa peruntukan seperti perkataan " العين "(Hassan bin Haji Ahmad 1998:426/427 )
LAFAZ-LAFAZ AL-‘AM
Al-Am mempunyai banyak sighah yang diperuntukkan untuknya, antaranya adalah seperti berikut :(Hassan bin Haji Ahmad 1998:429)
(a)Lafaz-lafaz jamak seperti lafaz " كل "dan" جميع ".
Begitu juga dengan lafaz " معشر " "عامة ", " كافة ", " معاشر "dan seumpamanya.
Lafaz " كل "dan “" جميع kedua-duanya memberi faedah umum perkara yang disandar kepadanya. Contohnya firman Allah Ta’ala :
@ä. ¤ÍöD$# $oÿÏ3 |=|¡x. ×ûüÏdu ÇËÊÈ
( al-Tur : 52 :21)
Maksudnya : “ Setiap manusia terikat dengan amalan yang dikerjakannya. ”
Dan seperti dikatakan كرمه جميع من يأتيني أ maksudnya, kesemua mereka yang datang kepada saya hendaklah engkau memuliakannya.Ini membawa maksud secara umum iaitu setiap yang datang harus dimuliakan dan tidak dikecualikan seorang pun daripada mereka.
(b)Jamak yang dima’rifahkan dengan" ال الإستغراقية"
Firman Allah Ta’ala :
* ßNºt$Î!ºuqø9$#ur z`÷èÅÊöã £`èdy»s9÷rr& Èû÷,s!öqym Èû÷ün=ÏB%x. ( ô`yJÏ9 y#ur& br& ¨LÉêã sptã$|ʧ9$# 4
( al-Baqarah 2 : 233)
Maksudnya : “ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu
Dan firman Allah Ta’ala :
àM»s)¯=sÜßJø9$#ur ÆóÁ/utIt £`ÎgÅ¡àÿRr'Î/ spsW»n=rO &äÿrãè% 4
( al-Baqarah 2 : 228)
Maksudnya : “ Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahannya diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)"
Lafaz" الوالدات "dan" المطلقات "kedua-duanya adalah jamak yang dima’rifahkan denganالإستغراقية. Oleh itu, setiap ibu dan isteri harus mematuhi hukum syarak yang ditaklifkan ke atas mereka secara umum. Begitu juga, ibu wajib menyusukan anak mereka selama dua tahun penuh dan setiap isteri yang diceraikan wajib menahan diri(dari berkahwin) selama tiga kali (suci/haid)
(c)Jamak yang dima’rifahkan dengan idafah
Firman Allah Ta’ala :
õè{ ô`ÏB öNÏlÎ;ºuqøBr& Zps%y|¹ öNèdãÎdgsÜè?
( al-Taubah 9 : 103)
Maksudnya : “ Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah(zakat) ”
Dan firman Allah Ta’ala :
ÞOä3Ϲqã ª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& ( Ìx.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4
(al-Nisa’ 4 : 11)
Maksudnya : “ Allah perintahkan kamu mengenai pembahagian pusaka untuk anak-anak kamu iaitu bahagian seseorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan ”
Lafaz" أموالهم "dan" أولادكم" kedua-duanya adalah jamak yang dima’rifahkan dengan idafah.
(d)Lafaz mufrad yang dima’rifahkan dengan ال الإستغراقية
Firman Allah Ta’ala :
ÎóÇyèø9$#ur ÇÊÈ ¨bÎ) z`»|¡SM}$# Å"s9 Aô£äz ÇËÈwÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# (#öq|¹#uqs?ur Èd,ysø9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur Îö9¢Á9$$Î/ ÇÌÈ
(Al-‘Asr 103 : 1-3)
Maksudnya : “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Lafaz al-Insan adalah ‘am kerana ia mufrad yang dima’rifahkan dengan ال الإستغراقية . Namun begitu, walaupun lafaz tersebut dalam bentuk mufrad tetapi ia menunjukkan secara umum iaitu semua manusia berada dalam kerugian.
(e) lafaz mufrad yang dima’rifahkankan dengan Idafah
Firman Allah Ta’ala :
bÎ)ur (#rãès? |MyJ÷èÏR «!$#
(Ibrahim 14 : 34)
Maksudnya : “ Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya ”.
Antara contoh yang lain ialah melalui sabda Rasullah pula yang berbunyi :
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “ Ia ( laut ) suci airnya, halal bangkainya.
Lafazنعمة الله" ," ماؤه" dan "ميتته" ketiga-tiganya ‘am kerana ia mufrad dima’rifahkankan dengan idafah.
(f)Ism-ism Mawsulah
Firman Allah Ta’ala :
¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqè=à2ù't tAºuqøBr& 4yJ»tGuø9$# $¸Jù=àß $yJ¯RÎ) tbqè=à2ù't Îû öNÎgÏRqäÜç/ #Y$tR ( cöqn=óÁuyur #ZÏèy ÇÊÉÈ
(al-Nisa’ 4 : 10)
Maksudnya ; “ Sesungguhnya orang-orang yang makan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”
Lafaz الذين ‘am kerana ia merupakan isim mausul.
Firman Allah Ta’ala ;
¨@Ïmé&ur Nä3s9 $¨B uä!#uur öNà6Ï9ºs
(al-Nisa’ 4 : 24)
Maksudnya : “ Dan halalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu ”
Lafaz ما adalah ‘am kerana ia adalah isim Mausul.
(g)Ism-ism Istifham
Firman Allah Ta’ala :
`¨B #s Ï%©!$# ÞÚÌø)ã ©!$# $·Êös% $YZ|¡ym
(al-Baqarah 2 : 245)
Maksudnya : “ Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik ? ”
Lafaz" من ذا" adalah ‘am kerana ia isim Istifham.
Firman Allah Ta’ala :
4ÓtLtB çóÇnS «!$# 3
( al-Baqarah 2 : 214)
Maksudnya : “ Bilakah pertolongan Allah ?”
Lafaz" متى " adalah ‘am kerana ia Isim Istifham.
(h)Isim-isim Shart
Firman Allah Ta’ala :
`yJsù yÍky ãNä3YÏB tök¤¶9$# çmôJÝÁuù=sù (
(al-Baqarah 2 : 197)
Maksudnya: oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu
Lafaz" من " adalah ‘am kerana ia adalah isim Shart.
* Firman Allah Ta’ala :
$tBur (#qè=yèøÿs? ô`ÏB 9öyz çmôJn=÷èt ª!$# 3
(al-Baqarah 2 : 197)
Maksudnya : “ Dan apa-apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui Allah ”
Lafaz" ما" adalah ‘am kerana ia adalah Isim Shart.
* Firman Allah Ta’ala :
$yJoY÷r& (#qçRqä3s? ãN3.Íôã ÝVöqyJø9$# öqs9ur ÷LäêZä. Îû 8lrãç/ ;oy§t±B 3
(al-Nisa’ 4 : 78)
Maksudnya : “ Di mana-mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh ”
Lafaz" أينما" adalah a’m kerana ia adalah Isim Shart.
(i)Nakirah yang datang dalam bentuk Nafi atau Nahi
* Sabda Rasullah S.A.W :
لا وصية لوارث
Maksudnya : “ Tidak sah wasiat kepada waris ”
* Firman Allah Ta’ala :
wur Èe@|Áè? #n?tã 7tnr& Nåk÷]ÏiB |N$¨B #Yt/r&
(al-Taubah 9 : 84)
Maksudnya : “ Dan janganlah kamu sembahyangkan seorang pun yang mati dari kalangan mereka (orang-orang munafiq) itu selamanya.
Lafaz أحد adalah ‘am kerana ia nakirah yang datang dalam bentuk nahi (larangan). Oleh itu Allah melarang setiap seorang daripada orang islam menyembahyangkan jenazah mereka yang dari golongan munafik. Lafaz لا وصية juga adalah ‘am dalam bentuk nafi yang menunjukkan bahawa tidak sah berwasiat kepada ahli waris.
DALALAH AL-‘AM
Secara umumnya, dalalah ‘am boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu umum secara qat’i, khusus secara qat’i dan mutlak. ‘Am yang bermaksud umum secara قطعي iaitu al-‘am yang terdapat qarinah (petunjuk) yang menafikan pengkhususannya (takhsis).(Hassan bin Ahmad 1998:441)
Firman Allah Ta’ala :
* $tBur `ÏB 7p/!#y Îû ÇÚöF{$# wÎ) n?tã «!$# $ygè%øÍ ÞOn=÷ètur $yd§s)tFó¡ãB $ygtãyöqtFó¡ãBur 4 @@ä. Îû 5=»tGÅ2 &ûüÎ7B ÇÏÈ
( Hud 11:6)
Maksudnya : Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan).
Ayat ini menetapkan sunnatullah yang tidak menerima perubahan, maka ayat ini kekal bersifat umum dan ia merangkumi kesemua maknanya (afradnya) secara berterusan dan berkekalan.
Am yang bermaksud khusus secara قطعي iaitu al-‘am yang disertakan dengan qarinah (petunjuk) yang menafikan ia berterusan dalam keadaan umum.
Firman Allah Ta’ala :
¬!ur n?tã Ĩ$¨Z9$# kÏm ÏMøt7ø9$# Ç`tB tí$sÜtGó$# Ïmøs9Î) WxÎ6y 4
( al-Imran 3:97)
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya.
Firman Allah Ta’alaمن استطاع menunjukkan bahawa yang dikehendaki dengan ‘am iaitu الناس ialah mereka yang mampu, maka tidaklah merangkumi mereka yang tidak mampu, kanak-kanak dan orang-orang gila pada peringkat permulaan lagi.
‘Am mutlaq merupakan lafaz ‘am yang tidak mempunyai tanda atau dalil yang boleh mengkhususkannya. ‘Am mutlak boleh dibahagikan kepada dua iaitu qat’i dan zanni. ‘Am mutlak secara qat’i dapat dilihat pada firman Allah Ta’ala :
wur (#qè=à2ù's? $£JÏB óOs9 Ìx.õã ÞOó$# «!$# Ïmøn=tã
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.
Lafaz مما dalam ayat di atas adalah ‘am yang mutlak secara qat’i kerana ia menunjukkan setiap yang tidak disebut nama Allah haram dimakan. Namun begitu, am mutlak secara zanni dapat dilihat berdasarkan sabda Baginda S.A.W:
ذبيحة المسلم حلال ذكر اسم الله او لم يذكر
Maksudnya: Sembelihan muslim halal sama ada menyebut nama Allah atau tidak.
Berdasarkan hadis ahad di atas, dapat dilihat bahawa ia telah mengkhususkan ayat al-Quran sebelumnya yang mana berdasarkan hadis tersebut sembelihan muslim adalah halal dimakan walaupun tidak menyebut nama Allah.
AL-KHAS
Pengertian Al-Khas
Dari segi bahasa al-khas membawa maksud 'yang tertentu'.Manakala dari segi istilah pula al-khas membawa maksud sebagai suatu lafaz yang digunakan untuk menunjukkan pengertian dan maksud yang khusus terhadap individu seperti nama orang. Contohnya Muhammad atau Ali. Selain itu, ia juga menunjukkan khas terhadap sesuatu jenis. Contohnya manusia. Antara lafaz lain ialah lafaz yang menunjukkan terhadap sesuatu bahagian. Contohnya lelaki dan perempuan. Ia juga merangkumi lafaz bilangan seperti sepuluh dan dua puluh. (Muhammad Salih 1993:50 & Badran Abu al-Ainain Badran 1965:107)
Firman Allah:
ÿ¼çmè?t»¤ÿs3sù ãP$yèôÛÎ) Íou|³tã tûüÅ3»|¡tB
( al-Maidah 5:89)
Maksudnya: Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin
Ayat di atas menunjukkan bahawa salah satu cara membayar kaffarah ialah dengan memberi makan sepuluh orang miskin. Oleh itu, lafaz sepuluh dalam ayat di atas ialah pasti dan khas iaitu tidak kurang dan tidak lebih. Ia juga membawa maksud lafaz yang menunjukkan makna secara qat'i dan tidak ada kemungkinan makna yang lain.
Selain itu, lafaz khas juga ialah lafaz yang diperuntukkan bagi menunjukkan satu makna secara berasingan, sama ada dalam bentuk orang seperti Ahmad. Lafaz khas juga boleh digunakan untuk menunjukkan pelbagai seperti rajulun atau menunjukkan makna yang banyak dan dapat dikira seperti thalatah(tiga) dan mi'ah(seratus).
Di dalam bahagian khas terdapat satu proses yang digunakan bagi mengkhususkan sesuatu hukum daripada dalil-dalil yang berbentuk umum. Proses ini dinamakan takhsis.
Pengertian Takhsis
Takhsis membawa maksud mengkhususkan. Ini menunjukkan bahawa takhsis ialah mengeluarkan sebahagian daripada lafaz-lafaz am berdasarkan dalil .Oleh itu, lafaz am yang telah ditakhsis akan membawa maksud yang khusus. (A. Hanafie M.a 1988 :62 &al-Shiraziyy 1998 1:341)
Takhsis dapat dilihat banyak berlaku dalam al-Quran. Umpamanya mengkhususkan lafaz 'الناس ' hanya kepada manusia yang mukallaf dan tidak kepada kanak-kanak dan orang gila. Firman Allah:
¬!ur n?tã Ĩ$¨Z9$# kÏm ÏMøt7ø9$# Ç`tB tí$sÜtGó$# Ïmøs9Î) WxÎ6y
( al-Imran 3 : 97)
Maksudnya: ‘ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.’
Berdasarkan ayat di atas Allah telah mewajibkan ke atas setiap manusia untuk mengerjakan ibadat haji. Namun kewajipan ini telah dikhususkan kepada mereka yang mempunyai keahlian sahaja dan ia tidak diwajibkan kepada kanak-kanak dan orang gila.
Jumhur ulama mengakui keharusan berlakunya takhsis terhadap hukum al-‘am dengan dalil-dalil lain. Namun begitu, mereka berbeza pendapat tentang dalil-dalil yang boleh mentakhsis, sama ada ia berasingan dari lafaz am atau tidak berasingan dan sama ada ia bersambung dengannya atau terpisah darinya.
Menurut kebanyakan ulama selain Mazhab Hanafi, takhsis adalah harus sama ada oleh dalil yang berasingan atau tidak berasingan dan sama ada ia bersambung dengannya atau terpisah darinya selagi kewujudannya tidak lewat dari waktu beramal. Terdapat pelbagai bentuk takhsis menurut jumhur ulama. Secara umumnya ia bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pentakhsis yang berasingan (مخصص مستقل ) dan pentakhsis yang tidak berasingan(مخصص غير مستقل ).
Pembahagian Mukhassis
Mukhassis membawa maksud mengecilkan skop atau maksud lafaz al-am tersebut. Mukhassis boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
1-Mukhassis Muttasil iaitu mukhassis yang tidak berasingan daripada lafaz am
2-Mukhassis Munfasil iaitu mukhassis yang berasingan daripada lafaz am.
(A. Hanafie M.a 1988 : 63 )
Mukhasis Muttasil
Mukhasis muttasil juga dikenali sebagai pentakhsis yang tidak berasingan(مخصص غير مستقل ). Pentakhsis ghayr mustaqill bermaksud dalil yang merupakan sebahagian daripada ungkapan yang mengandungi lafaz am. Ia terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
1) Istithna’ muttasil ( إستثنأ متصل). Misalnya firman Allah:
¨bÎ) z`»|¡SM}$# Å"s9 Aô£äz ÇËÈ wÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# (#öq|¹#uqs?ur Èd,ysø9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur Îö9¢Á9$$Î/ ÇÌÈ
( al-'Asr 103 : 2,3)
Maksudnya :‘ Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.’
Lafaz ' إنسان ’ adalah umum meliputi semua manusia berada dalam kerugian, tetapi lafaz istithna' 'إلا ' di sini mengeluarkan mereka yang mengerjakan amal kebajikan dan berpesan untuk kebenaran dari umum lafaz 'إنسان '. (Muhammad Salih Uthaimin 1993:51 )
2) Shart (شرط ), contohnya firman Allah:
* öNà6s9ur ß#óÁÏR $tB x8ts? öNà6ã_ºurør& bÎ) óO©9 `ä3t £`ßg©9 Ó$s!ur 4
(al-Nisa' 4 : 12)
Maksudnya: ‘ Dan bagi kamu (wahai para suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak.'
Berdasarkan ayat di atas telah dikhususkan bahawa suami hanya akan memperoleh setengah daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri sekiranya dia tidak mempunyai anak. Ketiadaan anak dalam lafaz di atas menjadi syarat bagi membolehkan suami mendapat sebahagian daripada harta isterinya.
3) Sifat ( صفة), seperti firman Allah:
`tBur öN©9 ôìÏÜtGó¡o öNä3ZÏB »wöqsÛ br& yxÅ6Zt ÏM»oY|ÁósßJø9$# ÏM»oYÏB÷sßJø9$# `ÏJsù $¨B ôMs3n=tB Nä3ãZ»yJ÷r& `ÏiB ãNä3ÏG»utGsù ÏM»oYÏB÷sßJø9$# 4
( al-Nisa' 4 : 25)
Maksudnya: Dan siapa diantara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik(yang merdeka,yang terpelihara kehormatan) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba yang beriman yang kamu miliki.
Lafaz 'فتياتكم ' dalam ayat di atas ialah ‘am merangkumi hamba yang beriman atau kafir, tetapi apabila disifatkan dengan 'المؤمنات ' maka ia terbatas kepada hamba-hamba perempuan yang beriman sahaja.
4) Ghayah ( غاية), Firman Allah:
$pkr'¯»t úïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä #sÎ) óOçFôJè% n<Î) Ío4qn=¢Á9$# (#qè=Å¡øî$$sù öNä3ydqã_ãr öNä3tÏ÷r&ur n<Î) È,Ïù#tyJø9$#
(al-Maidah 5 : 6)
Maksudnya: ‘ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu meliputi siku.’
Lafaz 'أيديكم ' meliputi seluruh tangan tetapi lafaz 'المرافق ' adalah ghayah yang membataskan tangan menurut pengertian yang umum kepada had siku.
Mukhassis Munfasil
Mukhassis munfasil juga dikenali sebagai pentakhsis yang berasingan(مخصص مستقل). Pentakhsis mustaqill bermaksud dalil yang bukan merupakan sebahagian daripada lafaz ‘am. Ia terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:(Hassan bin Haji Ahmad 1998:458)
1) Akal " عقل ": seperti yang terdapat dalam nas-nas yang mengandungi perintah taklif misalnya firman Allah:
¬!ur n?tã Ĩ$¨Z9$# kÏm ÏMøt7ø9$# Ç`tB tí$sÜtGó$# Ïmøs9Î) WxÎ6y
( al-Imran 3 : 97)
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengejakan ibadat haji dengan mengunjungi baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
Walaupun perintah di dalam ayat ini berbentuk umum, tetapi akal mengkhususkan mereka yang tidak mempunyai keahlian seperti kanak-kanak dan orang gila tidak termasuk dalam golongan yang diperintah untuk mengerjakan haji.
2)Uruf (adat dan kebiasaan)
Firman Allah Ta’ala :
ßNºt$Î!ºuqø9$#ur z`÷èÅÊöã £`èdy»s9÷rr& Èû÷,s!öqym Èû÷ün=ÏB%x. ( ô`yJÏ9 y#ur& br& ¨LÉêã sptã$|ʧ9$# 4
( al-Baqarah 2 : 233)
Maksudnya : “ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu
Uruf kadang kala boleh mentakhsiskan nas-nas yang umum. Maka nas-nas yang umum akan ditakhsiskan berdasarkan uruf. Oleh itu ibu-ibu tidak diwajibkan menyusukan anak mereka kerana sudah menjadi kebiasaan(uruf) bagi golongan bangsawan tidak menyusukan anak mereka.
3)Al-Hiss atau al-mushadah (pancaindera)
ãÏiByè? ¨@ä. ¥äóÓx« ÌøBr'Î/ $pkÍh5u
( al-Ahqaf 46 : 25)
Maksudnya:Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya
Perkataan (كل ) dalam ayat ini adalah umum. Namun kita masih dapat melihat bahawa masih banyak benda yang wujud sehingga sekarang. Oleh itu, kita mengkhususkan perkataan (كل ) dalam ayat tersebut kepada beberapa perkara yang tidak termasuk setiap yang kita lihat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya al-‘am adalah sesuatu yang membawa maksud yang luas tanpa dibataskan dengan sesuatu. Oleh itu, al-khas berperanan bagi mengecilkan maksud al-‘am yang luas tersebut. Hal ini kerana, jika dilihat dari maksud keduanya sahaja kita sudah boleh mengetahui maksud dan perbezaan yang terdapat padanya.
Perkara ini terjadi kerana maksud al-‘am itu sendiri ialah lafaz yang diperuntukkan sebanyak sekali, dan hanya dengan sekali peruntukan menunjukkan kepada beberapa perkara yang banyak dan tidak ada batasan secara meliputi kesemua maknanya yang sesuai baginya.Hal ini menunjukkan al-‘am ialah sesuatu yang berbentuk umum dan ia tidak dikhususkan kepada apa-apa maksud yang tersirat.
Hal ini adalah berbeza dengan al-khas. Ini kerana al-khas itu merupakan sesuatu yang telah dikhususkan kepadanya. Ini dapat dilihat daripada maksud al-khas itu sendiri iaitu lafaz yang digunakan untuk menunjukkan pengertian dan maksud yang khusus terhadap individu seperti nama orang. Oleh itu, al-khas ialah sesuatu yang telah dikecilkan penggunaannya bagi menunjukkan kepada makna-makna tertentu.
Melalui perbincangan diatas, dapat dilihat bagaimana penggunaan al-‘am dan al-khas di dalam al-Quran. Melalui penggunaan al-‘am dan al-khas, dapat melihat dan diketahui bagaimana terbitnya sesuatu hukum dan dapat difahami bahawa al-‘am dan al-khas merupakan salah satu daripada kaedah pengambilan hukum.
RUJUKAN
Al-Quran
Al-Quran dan terjemahannya
Abdul Kadir Hasan. 1974. Usul Fiqh. Kota Bharu:Pustaka Aman Press .
A. Hanafie M.A. 1988. Usul Fiqh. Klang: Klang Book Center
Badran Abu al-Ainain Badran. 1965 . Usul al-fiqh .Iskandariah: al- Maktabah al -
Qanuniyyah
Hassan bin Haji Ahmad . 1998, Usul al fiqh .Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid
Muhammad Saleh Uthaimin. 1993.Al- Usul min ilm al- usul .Kaherah: Maktabah al-Sunnah
Al-Razyy, Fakhr al-din Muhammad ibn Umar ibn Husain. 1992. Al-Mahsul fi ‘Ilm Usul
al-Fiqh jilid2. Beirut: Mu’asasah al-Risalah
Nama: No Matrik:
Rozaini Nor Bin Rostamizi A 131258
Amirul Akram Bin Mohd Hajazi A 131883
Muhammad Hilmi Bin Fadzil A 131968
syukran ..banyak membantu dalam kitab kuliah..
ReplyDeletesyukran.guna sbg panduan peperiksaan
ReplyDelete