Pages

Thursday, November 4, 2010

AL – MANTUQ & AL-MAFHUM

PENGENALAN

Ulama Mutakallimin telah membahagikan Dalalah al-Khitab atau Dalalah al-Lafaz terhadap maknanya kepada dua iaitu al-Mantuq dan al-Mafhum . Al-Mantuq membawa maksud lafaz yang menunjukkan kepada makna tersurat dan al-Mafhum pula membawa maksud lafaz yang menunjukkan kepada makna tersirat. Penjelasan yang lebih terperinci akan kita lihat pada perbincangan yang seterusnya.

DEFINISI AL – MANTUQ

Maksud al- Mantuq ialah lafaz yang menunjukkan makna tersurat iaitu lafaz yang menunjukkan secara jelas makna yang dapat difahami daripada lafaz tersebut ( Wahbah al-Zuhaili  1998 : 360 ). Ataupun setiap yang ditunjukkan oleh ucapan lafaz berkaitan dengan perkara yang dibicarakan (Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin 2001: 365 ). Dalalah al- Mantuq juga dikenali dengan dalalah al-Manzum (دلالة المنظوم ).
Al-Mantuq juga diertikan lafaz yang menunjukkan padanya dua makna iaitu yang pertama menunjukkan lafaz yang selaras penggunaan makna yang sebenar atau sempurna seperti lafaz إنسان  (insan) menunjukkan makna حيوان ناطق (haiwan berfikir) dan yang keduanya pula ialah menunjukkan lafaz terhadap sebahagian daripada penggunaan makna yang dikehendaki iaitu lafaz إنسان (insan) menunjukkan makna حيوان (haiwan) sahaja ataupun ناطق (berfikir) sahaja.( Muhammad Abu al-Nur Zuhair  1991 : 77 )
Di antara contoh penggunaan al-Mantuq ialah :
ãNà6ç6Í´¯»t/uur ÓÉL»©9$# Îû Nà2Íqàfãm `ÏiB ãNä3ͬ!$|¡ÎpS ÓÉL»©9$# OçFù=yzyŠ £`ÎgÎ/

Maksudnya:  dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu daripada isteri-isteri yang telah kamu campuri ( Al-Nisa’ 4 : 23 )

Ayat tersebut menjelaskan pengharaman kepada lelaki untuk berkahwin dengan anak tiri daripada isteri yang telah disetubuhi.


Pembahagian al-Mantuq

Al-Mantuq dapat dibahagikan kepada dua iaitu al-Mantuq Sarih (الصريح  المنطوق ) dan al-Mantuq Ghayr Sarih (  المنطوق غير الصريح) ( Muhammad al-Khudariyy 2001 : 122 )

Al-Mantuq al-Sarih  (الصريح المنطوق)

Al-Mantuq al-Sarih  atau juga dikenali dengan Dalalah al-Manzum ( دلالة المنظوم ) ialah setiap lafaz yang menunjukkan makna yang sebenarnya dan sempurna ( دلالة المطابقة ) atau setiap yang lafaz yang menunjukkan terhadap sebahagian atau setengah daripada penggunaan makna yang dikehendaki (  دلالة التضمن ). ( Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin   2001 : 365 )
Contoh  دلالة المطابقة  ialah penggunaan lafaz  إنسان maknanya yang tepat dan sempurna ialah حيوان ناطق, manakala contoh دلالة التضمن pula ialah penggunaan lafaz إنسان maknanya yang sebahagian atau setengah itu ialah حيوان sahaja ataupun ناطق sahaja.

Al-Mantuq Ghayr al-Sarih (  المنطوق غير الصريح)

Al-Mantuq Ghayr al-Sarih atau bukan sarih  ataupun Dalalah Ghayr al-Manzum ( دلالة غير المنظوم ) ialah setiap lafaz yang menunjukkan makna yang tidak jelas iaitu bukan melalui salah satu daripada dua dalalah tersebut (  المطبقة والتضمن).
            Al-Mantuq Ghayr al-Sarih terbahagi kepada tiga iaitu Dalalah al-Iqtida’ (دلالة الاقتضاء) , Dalalah al-Ima’ (دلالة الإيماء) dan Dalalah al-Isharah (دلالة الإشارة) .

        i.            Dalalah al-Iqtida’ (دلالة الاقتضاء)

Dalalah al-Iqtida’ bermaksud sesuatu lafaz yang menunjukkan kepada makna yang tidak disebut, iaitu kebenaran lafaz adalah  terletak kepada makna yang tidak disebut itu atau takdirnya,sama ada kebenaran itu menurut syarak atau akal.


Antara contohnya ialah :
a)      Kebenaran menurut syarak .
Misalnya sabda Baginda SAW :

إنّ الله وضع عن أمّتي: الخطأ، والنّسيان، وما استكرهوا عليه

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengampuni kesalahan umatku: Kelupaan mereka dan perbuatan yang dilakukan kerana paksaan.” ( Riwayat Ibnu Majah, 6/217, no. 2035. dinilai sahih oleh al-Albani)

Mengangkat sesuatu yang berlaku adalah perkara yang tidak mungkin untuk dilakukan. Oleh sebab itu , untuk menjadikan nas tersebut dapat difahami dengan benar , lafaz “perbuatan” itu seharusnya ditakdirkan dengan makna yang tidak disebut iaitu dosa ( اثم ). ( Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin 2001  : 366 )

b)      Kebenaran menurut akal.
Contohnya firman Allah yang berbunyi :
È@t«óur sptƒös)ø9$# ÓÉL©9$# $¨Zà2 $pkŽÏù uŽÏèø9$#ur ûÓÉL©9$# $uZù=t6ø%r& $pkŽÏù ( $¯RÎ)ur šcqè%Ï»|Ás9  
Maksudnya : dan bertanyalah kepada negeri (Mesir) tempat kami tinggal (berdagang) dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang benar". ( Yusuf 12 : 82 )

Isyarat bertanya kepada negeri itu tidak dapat diterima akal kerana negeri tidak dapat menjawab pertanyaan.Justeru, ia seharusnya ditakdirkan dengan sesuatu yang tidak disebut iaitu penduduk ( أهل ).Oleh sebab itu ayat tersebut ditakdirkan dengan :
 È@t«óur (أهل) sptƒös)ø9$# ÓÉL©9$# $¨Zà2 $pkŽÏù uŽÏèø9$#ur ûÓÉL©9$# $uZù=t6ø%r& $pkŽÏù ( $¯RÎ)ur šcqè%Ï»|Ás9
Maksudnya : dan bertanyalah kepada penduduk negeri (Mesir) tempat kami tinggal (berdagang) dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar".




      ii.            Dalalah al-Ima’ (دلالة الإيماء)
Dalalah al-Ima’ juga dinamakan Dalalah al-Tanbih iaitu sesuatu sifat yang disertai dengan hukum. Sekiranya sifat tersebut bukan cillah bagi hukum itu,tentulah menyebutnya bersama hukum tidak kena pada tempat dan sia-sia. ( Wahbah al-Zuhaili  1998 : 360 ). Contohnya firman Allah :
ä-Í‘$¡¡9$#ur èps%Í‘$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ‰÷ƒr&
Maksudnya : dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka ( Al-Maidah 5 : 38 )

Ayat tersebut menjelaskan jenayah mencuri menjadi cillah dikenakan hukuman potong tangan.

    iii.            Dalalah al-Isharah (دلالة الإشارة)
Dalalah al-Isharah bermaksud sesuatu lafaz yang menunjukkan kepada sesuatu makna yang tidak disebut daripada lafaz tersebut , tetapi yang dimaksudkan ialah perkara lain yang berkaitan dengan lafaz tersebut. Contohnya firman Allah :
žw yy$uZã_ ö/ä3ø‹n=tæ bÎ) ãLäêø)¯=sÛ uä!$|¡ÏiY9$# $tB öNs9 £`èdq�¡yJs? ÷rr& (#qàÊÌ�øÿs? £`ßgs9 ZpŸÒƒÌ�sù
Maksudnya : tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. ( Al-Baqarah 2:236 )

Berdasarkan ayat di atas seorang suami boleh menceraikan isteri sebelum disetubuhi dan sebelum ditetapkan  mas kahwin untuknya.Namun, yang dimaksudkan ialah perkara lain yang berkaitan dengan lafaz tersebut , iaitu : Akad nikah dikira sah walaupun tidak disebutkan mas kahwin semasa akad. Hal ini kerana talak dikira berlaku selepas akad nikah yang sah.Jadi, Dalalah al-Isharah daripada ayat tersebut ialah sah akad nikah yang tidak disebut mas kahwin semasa akad.



DEFINISI AL-MAFHUM

Para ahli usul fiqh mendefinisikan al-Mafhum sebagai setiap perkara yang berkaitan dengan hukum terhadap setiap yang tidak disebutkan dalam ucapan. (Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin, 2001, : 368 )
                                                                                                          
Pembahagian Al-Mafhum
Ulama telah membahagikan Dalalah al-Mafhum itu kepada dua bahagian,iaitu Mafhum al-Muwafaqah dan Mafhum al-Mukhalafah. Ini kerana kedua-duanya tidak mempunyai satu kesepakatan makna tetapi mempunyai persamaan dari sudut hukum . ( Muhammad Abu Zuhrah 1997 : 132 )

Mafhum Al-Muwafaqah

Yang dimaksudkan dengan Mafhum al-Muwafaqah ialah sesuatu hukum yang selari dengan Mantuq. Dengan erti kata lain, sesuatu yang tidak disebut sama hukumnya dengan setiap yang disebut,ekoran perkongsian di antara keduanya dari sudut cillah
(  بسبب اشتراكهما في علة الحكم) atau sebab hukum yang dapat difahami melalui kaedah bahasa.

Pembahagian Mafhum Al-Muwafaqah

Manakala Mafhum al-Muwafaqah dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu:

Pertama: sekiranya sesuatu yang tidak disebut itu  ( المسكوت عنه ) lebih utama daripada hukum  yang disebut , Mafhum al-Muwafaqah yang demikian dikenali juga dengan Fahwa  al-Khitab. (Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin, 2001, : 369)
Contohnya, hukum haram memukul ibubapa adalah mafhum daripada firman Allah :
Ÿxsù @à)s? !$yJçl°; 7e$é& Ÿ 
Maksudnya : Maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "oh ". ( Al-Isra’ 17:23 )

Ayat tersebut menyatakan hukum mengatakan ‘oh’ kepada ibubapa. Bagaimana pula hukum memukul mereka? Justeru itu, Mafhum al-Muwafaqah menunjukkan haram memukul mereka lebih utama berbanding mengatakan “oh”.

Kedua: Sekiranya setiap yang tidak disebut sama tingkatannya dengan apa yang disebutkan untuk mendapat hukum, Mafhum al-Muwafaqah demikian dikenali dengan Lahn al-Khitab. (Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin, 2001, : 370 ). Contohnya : Haram  membakar harta anak yatim adalah mafhum daripada firman Allah:
¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqè=à2ù'tƒ tAºuqøBr& 4’yJ»tGuŠø9$# $¸Jù=àß $yJ¯RÎ) tbqè=à2ù'tƒ ’Îû öNÎgÏRqäÜç/ #Y‘$tR ( šcöqn=óÁu‹y™ur #ZŽ�Ïèy™ ÇÊÉÈ  
Maksudnya :Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. ( Al- Nisa 4:10 )

Ayat tersebut menjelaskan dan menunjukkan memakan harta anak yatim haram hukumnya.bagaimana pula hukum memusnahkannya yang tidak disebut dalam ayat? Justeru itu, Mafhum al-Muwafaqah menunjukkan hukum merosakkan atau membakarnya juga haram, yang mana sama dengan memakannya. Iaitu atas dasar kedua-dua perbuatan itu sama-sama menghabiskan harta mereka.

Mafhum al-Mukhalafah

Mafhum al-mukhalafah dari segi bahasa bermaksud penetapan hukum di sebalik yang di sebut. ( Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin 2001 : 370 ).  Dari sudut istilah pula mafhum al-mukhalafah dapat ditakrifkan sebagai makna yang difahami daripada lafaz di tempat yang tidak disebut adalah bertentangan dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat yang disebut. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000 : 305 ). Mafhum al-mukhalafah dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang tidak disebutkan oleh nas berlawanan dengan yang disebutkan dalam penetapan hukumnya. ( Romli SA 1999 : 240 ). Secara umumnya, makna mafhum al-mukhalafah dapat disimpulkan sebagai makna yang tersirat adalah bertentangan dengan makna lafaz yang tersurat.

Pembahagian Mafhum al-Mukhalafah
Mafhum mukhalafah mempunyai enam bahagian yang utama iaitu :
a.       mafhum al-sifah
b.      mafhum al-shart
c.       mafhum al-ghayah
d.      mafhum al-cadad
e.       mafhum al-laqab
f.       mafhum al-hasr

a.      Mafhum al-Sifah
Mafhum al-sifah dapat didefinisikan sebagai dalalah lafaz yang diikat dengan sesuatu sifat yang menafikan hukum ketika sifat itu tiada. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000 : 304 ). Dari sudut lain, mafhum al-sifah bermaksud penunjukan suatu lafaz yang berkaitan dengan sesuatu sifat terhadap kebalikan hukumnya ketika tiada sifat tersebut. ( Amir Syarifudin 1997 : 179 ). Mafhum al-sifah juga dapat difahami sebagai menetapkan sesuatu hukum bagi sesuatu yang tidak disebut berlawanan dengan yang disebutkan nas berdasarkan sifat yang terdapat padanya. ( Romli SA 1999 : 240 ). Contohnya, firman Allah :
`tBur öN©9 ôìÏÜtGó¡o öNä3ZÏB »wöqsÛ br& yxÅ6Ztƒ ÏM»oY|ÁósßJø9$# ÏM»oYÏB÷sßJø9$# `ÏJsù $¨B ôMs3n=tB Nä3ãZ»yJ÷ƒr& `ÏiB ãNä3ÏG»uŠtGsù ÏM»oYÏB÷sßJø9$#
Maksudnya : Dan barangsiapa di antara kamu tidak mempunyai biaya untuk menikahi perempuan merdeka yang beriman, maka (dihalalkan menikahi perempuan) yang beriman dari hamba sahaya yang kamu miliki. ( al-Nisa’ 4:25 )

Melalui ayat ini dapat difahami bahawa seorang lelaki Islam boleh menikahi wanita yang beriman dari kalangan hamba ketika mereka tidak mampu untuk mengahwini wanita merdeka. Melalui kaedah mafhum al-mukhalafah dapat difahami bahawa lelaki Islam tidak dibenarkan dan haram mengahwini wanita dari kalangan hamba yang kafir atau tidak beriman. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000 : 305 ).

b.      Mafhum al-Shart
Mafhum al-shart dapat ditakrifkan sebagai dalalah lafaz yang hukumnya bergantung kepada syarat yang menafikan hukum dengan ternafinya syarat tersebut. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000 : 306 ). Dengan kata lain, mafhum al-shart ialah menetapkan kebalikan sesuatu hukum yang berkait dengan syarat ketika syarat tersebut tidak ada. ( Amir Syarifudin 1997 :179 ). Selain itu, mafhum al-shart dapat difahami sebagai petunjuk nas yang difahami untuk menetapkan hukum bagi maskut ‘anhu yang merupakan sebaliknya dari mantuq bih dengan jalan mengaitkannya dengan sesuatu syarat. ( Romli SA 1999 : 241 ). Contohnya firman Allah :
bÎ)ur £`ä. ÏM»s9'ré& 9@÷Hxq (#qà)ÏÿRr'sù £`ÍköŽn=tã 4Ó®Lym z`÷èŸÒtƒ £`ßgn=÷Hxq 4  
Maksudnya : Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sampai mereka melahirkan kandungannya ( al-Talaq 65:6 )

Ayat ini menegaskan bahawa suami wajib memberi nafkah terhadap isterinya yang telah ditalak bain dalam keadaan hamil. Secara mafhum mukhalafah, dapat difahami bahawa suami tidak diwajibkan memberi nafkah sekiranya isteri yang telah telah ditalak itu tidak dalam keadaan hamil. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000 : 306 )

c.       Mafhum al-Ghayah
Mafhum al-ghayah dapat difahami sebagai dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan ghayah yang mensabitkan hukum yang berlawanan selepas ghayah. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000 : 306 ). Dengan erti kata lain, mafhum al-ghayah ialah menetapkan suatu hukum berdasarkan petunjuk nas bagi perkara yang tidak disebut berlawanan dengan yang disebut melalui batasan ( Romli SA 1999 : 240 ). Selain itu, mafhum al-ghayah dapat didefinisikan sebagai penunjukan suatu lafaz yang terkait padanya hukum yang dibatasi dengan had waktu atas tidak berlakunya hukum itu setelah had waktunya berlalu. Sebagai contoh , firman Allah :
(#qè=ä.ur (#qç/uŽõ°$#ur 4Ó®Lym tû¨üt7oKtƒ ãNä3s9 äÝøsƒø:$# âÙuö/F{$# z`ÏB ÅÝøsƒø:$# ÏŠuqóF{$# z`ÏB Ìôfxÿø9$# (

Maksudnya : Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbezaan) antara benang putih dan benang hitam iaitu fajar ( al-Baqarah 2:187 )

Daripada ayat ini dapat difahami bahawa dibolehkan makan dan minum pada bulan Ramadhan sampai terbit fajar. Secara mafhum mukhalafah ayat ini dapat diketahui bahawa haram makan dan minum sesudah had waktu habis iaitu selepas fajar. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000 : 306 ).

  1. Mafhum al-Laqab

Iaitu mafhum daripada nama yang menyatakan tentang zat, sama ada untuk diri, seperti: Rosmalina, Liana dan lainnya, ataupun berbentuk kata sifat, seperti: Yang mencuri dan yang membunuh  dan lainnya ataupun nama jenis, seperti: Emas, padi ,gandum dan lainnya. Dengan kata lain, Mafhum al-Laqab ialah menyebut sesuatu hukum yang ia ditentukan oleh jenisnya, hinggalah hukum tersebut menjadi ijab atau positif dalam masalah yang terdapat  pada nas dan negatif atau manfi terdapat masalah yang tidak disebutkan. ( Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali  2001: 375 ). Antara contohnya, firman Allah :
øŒÎ) tA$s% ß#ßqムÏmÎ/L{ ÏMt/r'¯»tƒ ÎoTÎ) àM÷ƒr&u ytnr& uŽ|³tã $Y6x.öqx. }§ôJ¤±9$#ur tyJs)ø9$#ur öNåkçJ÷ƒr&u Í< šúïÏÉf»y

Maksudnya: (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang,matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” ( Yusuf 12:4 )

Daripada ayat ini difahami bahawa ucapan tersebut hanya berkait dengan Nabi Yusuf kerana tidak ada kaitannya dengan orang lain dalam ayat itu.

            Contoh lain, hadis riwayat cUbadah bin al-Samit, sabda Baginda menjelaskan mengenai barangan yang mengandungi unsur riba:

الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح

Maksudnya: (Menukarkan) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir dengan sya’ir, kurma dengan kurma dan garam dengan garam. (Hendaklah) di antara yang sama (sifatnya), sama (jumlahnya), serah dan terima (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadith tersebut menunjukkan keenam jenis barangan tersebut akan berlaku riba apabila pertukaran atau mempertukarkan barangan yang sama jenis dengan keadaan tidak sama sifat, jumlahnya serta tidak secara langsung menyerahkannya. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000: 306 ).

Oleh itu, barangan selain daripada enam jenis yang telah dinyatakan dalam hadith apabila ditukarkan dengan jenis yang sama tidak berlakunya riba.


  1. Mafhum al-cAdad

Iaitu berlaku ketetapan terhadap sesuatu hukum yang digantungkan dengan bilangan tertentu bagi jumlah yang kurang atau lebih daripada apa yang dinyatakan oleh kata bilangan itu. ( Mustafa Sacid al-Khinn 2000:306 ). Dalam erti kata lain penetapan daripada sesuatu hukum yang dibatasi atau qayd dengan bilangan, ketika mana bilangan tersebut tidak dipenuhi. ( Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali 2001: 374 ). Antara contohnya ialah, Firman Allah :

tûïÏ%©!$#ur tbqãBötƒ ÏM»oY|ÁósßJø9$# §NèO óOs9 (#qè?ù'tƒ Ïpyèt/ör'Î/ uä!#ypkà­ óOèdrßÎ=ô_$$sù tûüÏZ»uKrO Zot$ù#y_
Maksudnya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (orang yang menuduh itu) dengan 80 sebatan ( al-Nur 24:4 ).

            Berdasarkan ayat ini, dapatlah diperhatikan bahawa hukuman bagi orang yang menuduh wanita bermaruah melakukan zina sedangkan dia tidak mampu menghadirkan empat orang saksi bersamanya adalah dengan 80 kali sebatan. Bilangan bagi pelaksanaan sebatan ini tidak boleh berkurangan atau bertambah daripada jumlah yang telah ditetapkan.

            Dalam contoh lain, Firman Allah :
puÏR#¨9$# ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_ (
Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan ( al-Nur 24:2 ).

            Ayat ini menetapkan hukuman bagi penzina perempuan dan penzina lelaki adalah 100 kali sebatan dengan tidak boleh dikurangi atau dilebihkan, melainkan tambahan itu sebagai hukuman disebabkan kesalahan lain. (  Wahbah al-Zuhaili 1998 : 365 ).

            Berdasarkan contoh yang telah diberikan dapatlah diperhatikan bahawa tegahan yang dibawa adalah berdasarkan mafhum al-mukhalafah. Iaitu sesuatu hukuman yang telah ditetapkan kadar atau jumlahnya dengan tidak boleh dikurangi atau ditambah.

    f.  Mafhum al-Hasr

Ia bermaksud mafhum pembatasan atau hukum terhadap sesuatu yang disertai pembatasan. Iaitu dengan tidak melampaui terhadap sesuatu yang berada di luar batasan yang telah ditetapkan, serta terhadap yang lain itu berlaku ketetapan daripada hukum tersebut. ( Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali 2001: 377 ). Contohnya sebagaimana hadis riwayat Usamah, sabda Baginda SAW:

لا ربا الا في النسيئة                 

Maksudnya : Sesungguhnya riba itu hanya pada al- Nasi’ah ( Riwayat Bukhari )

            Hadis tersebut menjelaskan riba hanya berlaku pada al-Nasi’ah. Justeru itu, mafhumnya pada yang bukan al-Nasi’ah itu tidak ada riba.

            Manakala dalam contoh hadis baginda Rasulullah s.a.w  yang lain baginda bersabda :
إنما الأعمال بالنيّات
Maksudnya: setiap amalan itu bergantung kepada niat ( Riwayat Bukhari dan Muslim).

            Oleh itu dapatlah diperhatikan bahawa secara mantuqnya penerimaan amalan terbatas kepada niat. Manakala secara mafhum pula amalan yang tidak diniatkan kerana Allah tidak diambil kira.

KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan bahawa mantuq boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu mantuq sarih dan mantuq ghayr sarih. Mantuq sarih tidak mempunyai pembahagiannya. Ini berbeza dengan mantuq ghayr sarih yang boleh dibahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu dalalah al-Iqtida, dalalah al-Ima, dalalah al-Isharah. Manakala, mafhum pula dapatlah dibahagikan kepada dua pembahagian yang utama iaitu, mafhum muwafaqah dan mafhum mukhalafah. Mafhum muwafaqah terbahagi kepada dua dan mafhum mukhalafah pula mempunyai enam bahagian yang utama iaitu mafhum al-sifah, mafhum al-shart, mafhum al-ghayah, mafhum al-cadad, mafhum al-laqab dan mafhum al-hasr.

Rujukan
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @Mat Zin. 2001. Perbahasan Usul al-Ahkam. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Amir Syarifudin. 1997. Usul Fiqh. Jakarta : Logos Wacana Ilmu.
Muhammad Abu al-Nur Zuhayr . 1991. Usul al-Fiqh. Mesir : Dar al-Kutub.
Muhamad Abu Zuhrah. 1997. Usul al-Fiqh. Al-Qahirah : Dar al-Fikr.
Muhammad al-Khudariyy. 2001. Usul al-Fiqh. Al-Qahirah : Dar al-Hadith.
Mustafa Sacid al-Khinn. 2000. Al-Kafi al-Wafi fi Usul al-Fiqh . Lubnan : al-Risalah Publisher.
Romli SA. 1999. Muqaranah Mazahib fil Usul . Jakarta : Gaya Media Pratama.
Wahbah Zuhaili. 1998. Usul al-Fiqh al-Islamiy . Damshiq : Dar al-Fikr.

Disediakan oleh :

DALILA NADIAH BINTI MUHAMMAD HILMI          A 131817
NORHINAS BINTI IBRAHIM                                       A 131222
NUR SYUHADA BINTI ISMAIL                                   A 132534
FAUZAN LAZIMAH BINTI ZULKIFLI                         A135394

1 comment: