Pages

Friday, April 8, 2011

AL-TAQLῙD

AL-TAQLῙD

DEFINISI  AL-TAQLῙD
Dari Segi Bahasa
Taqlῑd dari segi bahasa diambil daripada perkataan القلادة yang bermaksud sesuatu yang diletakkan di leher seperti kalung atau rantai yang diletakkan di leher. (Muhammad Idris Al-Marbawi : 151) Manakala menurut Badrān Abū ‘Aῑnῑn Badrān dalam bukunya Uṣūl al-fiqh, taqlῑd bermaksud mengikat seseorang dengan sesuatu. Selain itu, taqlῑd juga bererti menurut, mengikut dan meniru. Perkataan المقلد  merujuk kepada orang yang bertaqlῑd pada sesuatu pandangan. (1965 : 485)

Dari Segi Istilah
Pada pengertian ahli usul, taqlῑd bermaksud menurut atau menerima pendapat orang lain tentang sesuatu hukum agama tanpa mengetahui dalilnya. (Abdul Kadir Hasan 1977 : 166)  Manakala menurut nukilan daripada Imam al-Ghazali, taqlῑd ialah penerimaan sesuatu percakapan tanpa hujah. (Hassan Bin Ahmad 2002 : 542) Pandangan yang lain pula mendefinisikan taqlῑd sebagai perlakuan seseorang yang mengikut sesuatu pandangan tanpa ada apa-apa hujah padanya. Berdasarkan Wahbah al-Zuhaῑly pula, beliau mentakrifkan taqlῑd sebagai mengambil perkataan orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Contohnya menyapu sebahagian kepala ketika berwuduk kerana memakai pandangan Imam Syafie. (Wahbah al-Zuhaly 1996 : 1120)

            Berdasarkan definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa taqlῑd bermaksud mengambil pandangan orang lain tanpa mengetahui dalilnya dan tidak ada usaha untuk meneliti dalil-dalil tersebut. Sebagai contoh, diharuskan menuntut fasakh nikah kerana aib berdasarkan pandangan Imam Syafie. (Abdul Karim Zaidan 2010 : 323)



BIDANG YANG DIBENARKAN TAQLῙD
Sebahagian hukum-hakam syarak adalah berkenaan dengan akidah dan usul manakala sebahagian yang lain pula adalah berkaitan dengan perkara cabang (furu’) yang berbentuk amali. Ulama berselisih pendapat pada keharusan bertaqlῑd dalam masalah akidah dan usul. Terdapat dua pandangan berkaitan perkara ini iaitu:

Pendapat pertama: Tidak harus bertaqlῑd pada akidah dan usul.
Pendapat ini merupakan pendapat jumhur di kalangan ulama. Mereka mengatakan bahawa tidak harus bertaqlῑd pada akidah dan usul sama ada bagi mujtahid mahupun orang awam. Jumhur juga telah membahagikan perkara ini kepada dua cabang ilmu iaitu dari aspek  mengenal Allah s.w.t dan sifat keesaanNya serta berkaitan dengan ibadat seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, zakat dan haji. (Muḥammad al-Hafnāwῑ 1995 : 199)

Ibn Naĵār berpendapat haram bertaqlid dalam perkara mengenal Allah s.w.t sama ada dalam perkara tauhid mahupun risalah-risalah yang disampaikan oleh Nabi dan sebagainya. Selain itu, Ibn Naĵār juga berpendapat bahawa haram bertaqlid pada rukun Islam yang lima. (Muḥammad al-Hafnāwῑ 1995 : 200)


Pendapat kedua: Harus bertaqlid pada akidah dan usul.
Pendapat ini diambil daripada al-Rāzῑ, Ubaidullah Bin al-Hassan al-Anbῑrῑ. Al-Hashawiyyah dan al-Ta’lῑmiyah. Mereka berhujah berdasarkan kepada perbuatan para Sahabat. Dalam perkara akidah dan usul para sahabat turut bertaqlid kerana tiada dalil yang menyatakan tentang pengharamannya. (Muḥammad al-Hafnāwῑ 1995 : 201 & 202)

Begitu juga hukum bertaqlῑd bagi permasalahan berkaitan perkara cabang (furū’) pula berlaku perselisihan pendapat. 


Pendapat Pertama : Harus Bertaqlῑd
Menurut pandangan Jumhur dan kebanyakan ulama Muhaqqiqῑn, harus bertaqlῑd bagi orang mukallaf yang tidak memenuhi syarat-syarat beijtihad sama ada orang awam atau orang berilmu. (Badrān Abū ‘Ainῑn Badrān 1965 : 485)

Dalam situasi ini, hukum bertaqlῑd adalah harus berdasarkan kepada ayat 43 dalam surah al-Nahl iaitu :
!$tBur $uZù=yör& ÆÏB y7Î=ö6s% žwÎ) Zw%y`Í ûÓÇrqœR öNÍköŽs9Î) 4 (#þqè=t«ó¡sù Ÿ@÷dr& ̍ø.Ïe%!$# bÎ) óOçGYä. Ÿw tbqçHs>÷ès? ÇÍÌÈ
 


Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

Merujuk kepada ayat di atas, Allah s.w.t memerintahkan  orang yang tidak mengetahui (jahil) akan sesuatu perkara berkaitan agama supaya bertanya kepada mereka yang tahu (alim). Hal ini kerana tidak semua manusia mampu mengetahui akan semua perkara dalam dunia ini. Mereka perlu bertanya dan berusaha untuk mempelajarinya. Oleh yang demikian, orang yang jahil dikehendaki untuk bertanya dan bertaqlῑd mengenai perkara yang dia tidak tahu terutama berkaitan perihal agama kepada orang yang alim. (Hassan Bin Ahmad 2002 : 547)

Hujah yang kedua pula diambil berdasarkan peristiwa pada zaman para Sahabat dan tabiin. Pada zaman tersebut, orang awam akan bertanyakan sebarang permasalahan kepada para mujtahid. Mujtahid kemudiannya akan memberikan fatwa kepada permasalahan tersebut tanpa menyebut dalil yang menjadi sandaran kepada fatwa. Berdasarkan kedua-dua hujah ini, Jumhur  berpendapat bahawa tidak ada larangan bagi orang awam untuk bertanyakan sesuatu perkara berkaitan agama dan tidak dikehendaki juga untuk mereka mempelajari sesuatu  perkara sehingga sampai ke tahap mampu berijtihad. (Hassan bin Ahmad 2002 : 543)


Pendapat Kedua: Tidak Harus Bertaqlῑd

Menurut pandangan Muktazilah di Baghdad dan sekumpulan dari Syiah Imamiyyah, wajib berijtihad bagi setiap mukallaf dan tidak harus bagi mereka bertaqlῑd. (Badrān Abū ‘Ainῑn Badrān 1965 : 485)  Setiap mukallaf harus berijtihad untuk diri mereka pada perkara-perkara agama dan beramal dengan perkara yang diperolehi daripada ijtihad tersebut. Pandangan ini disokong berpandukan sabda Nabi s.a.w iaitu :

طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksudnya: Menuntut ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap Muslim, dan (Riwayat Ibn Majah)


            Berdasarkan hadis ini, Nabi s.a.w  menggesa setiap Muslim mempelajari dan mencari ilmu pengetahuan. Gesaan ini menunjukkan bahawa tidak ada istilah bertaqlῑd bagi seorang Muslim sebaliknya mereka hendaklah terus berusaha bertanya dan mencari ilmu pengetahuan.


Golongan Muktazilah dan sekumpulan dari Syiah Imamiyyah menggunakan hadis Nabi s.a.w ini sebagai hujah untuk mengharamkan bertaqlῑd. Namun demikian, hadis ini disangkal kerana ianya bersifat umum untuk menjadi dalil bagi mewajibkan seseorang itu berijtihad. (Hassan Bin Ahmad 2002 : 545)


BAHAGIAN-BAHAGIAN TAQLῙD

Taqlῑd terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(i)                 Taqlῑd yang dipuji atau yang dibenarkan (Muḥammad al-Hafnāwῑ 1995 : 213 )
Taqlῑd yang dipuji atau yang dibenarkan ialah seseorang yang bertaqlῑd kerana tidak layak untuk berijtihad.  Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl ayat 43:
!$tBur $uZù=yör& ÆÏB y7Î=ö6s% žwÎ) Zw%y`Í ûÓÇrqœR öNÍköŽs9Î) 4 (#þqè=t«ó¡sù Ÿ@÷dr& ̍ø.Ïe%!$# bÎ) óOçGYä. Ÿw tbqçHs>÷ès? ÇÍÌÈ
      
        Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.


Merujuk kepada ayat di atas, Allah s.w.t memerintahkan orang yang tidak mengetahui (jahil) akan sesuatu perkara berkaitan agama supaya bertanya kepada mereka yang tahu (alim). Hal ini kerana tidak semua manusia mampu mengetahui akan semua perkara dalam dunia ini. Mereka perlu bertanya dan berusaha untuk mempelajarinya. Oleh yang demikian, orang yang jahil dikehendaki untuk bertanya dan bertaqlῑd mengenai perkara yang dia tidak tahu terutama berkaitan perihal agama kepada orang yang alim.

(ii)               Taqlῑd dikeji dan diharamkan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: (Muḥammad al-Hafnāwῑ 1995 : 214 )

a)      Taqlῑd seseorang yang menyangkal penurunan ayat al-Quran dengan hanya mengikut perbuatan nenek moyang mereka.
#sŒÎ)ur Ÿ@ŠÏ% ãNßgs9 (#qãèÎ7®?$# !$tB tAtRr& ª!$# (#qä9$s% ö@t/ ßìÎ7®KtR $tB $tRôy`ur Ïmøn=tã !$tRuä!$t/#uä 4 öqs9urr& tb%Ÿ2 ß`»sÜø¤±9$# öNèdqããôtƒ 4n<Î) É>#xtã ÎŽÏè¡¡9$# ÇËÊÈ  

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek Kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan Yang menjerumuskan mereka) ke Dalam azab api neraka Yang marak menjulang?                

          (Surah Luqman : 21)


Melalui ayat ini, Allah s.w.t memerintahkan mereka yang ingkar supaya mengikut ayat-ayat di dalam al-Quran. Namun, mereka telah menolak al-Quran dengan mengikut perbuatan nenek moyang mereka. Taqlῑd seperti ini adalah dikeji dan diharamkan.


b)      Taqlῑd seseorang yang tidak mengetahui asal-usul perkara yang ditaqlῑdkan (taqlῑd buta).

y7Ï9ºxx.ur !$tB $uZù=yör& `ÏB y7Î=ö7s% Îû 7ptƒös% `ÏiB @ƒÉ¯R žwÎ) tA$s% !$ydqèùuŽøIãB $¯RÎ) !$tRôy`ur $tRuä!$t/#uä #n?tã 7p¨Bé& $¯RÎ)ur #n?tã NÏd̍»rO#uä šcrßtFø)B ÇËÌÈ  



Maksudnya: Dan demikianlah halnya (orang-orang Yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang Yang berada Dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya Kami dapati datuk nenek Kami menurut satu jalan ugama, dan Sesungguhnya Kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".                                   

  (Surah Az-Zukhruf : 23)


Melalui ayat al-Quran di atas, Allah s.w.t telah melarang umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w yang telah mereka mengikut nenek moyang mereka tanpa mengambil kira asal usul perkara yang ditaqlῑdkan itu (taqlῑd buta).

c)      Taqlῑd seseorang yang menafikan sesuatu hujah atau dalil.


#sŒÎ)ur Ÿ@Ï% óOçlm; (#öqs9$yès? 4n<Î) !$tB tAtRr& ª!$# n<Î)ur ÉAqߧ9$# (#qä9$s% $uZç6ó¡ym $tB $tRôy`ur Ïmøn=tã !$tRuä!$t/#uä 4 öqs9urr& tb%x. öNèdät!$t/#uä Ÿw tbqßJn=ôètƒ $\«øx© Ÿwur tbrßtGöku ÇÊÉÍÈ  

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa Yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi Kami apa Yang Kami dapati datuk nenek Kami mengerjakannya". Adakah (Mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?                    
(Surah Al-Maaidah : 104)

Melalui ayat di atas, apabila diturunkan sesuatu hujah atau dalil sama ada daripada al-Quran dan al-Sunnah, maka mereka menolak atau menafikan hujah tersebut tanpa membawa hujah yang setara. Bagi mereka cukup untuk menolak dengan sekadar mengikut amalan dan perbuatan nenek moyang mereka sahaja.


SYARAT-SYARAT BERTAQLῙD

Terdapat enam syarat bagi seorang mukallaf dalam bertaqlῑd. Antaranya ialah: (Muḥammad al-Hafnāwῑ 1995 : 217-218 )
1.                  Orang yang bertaqlῑd itu mengetahui semua syarat yang perlu dipenuhi untuk memenuhi sahnya sesuatu ibadat. Contohnya bagi seseorang yang bertaqlῑd mengikut pandangan Imam Syafie dalam bab wuduk, dia hendaklah menyapu air pada sedikit bahagian kepala. Manakala bertaqlῑd mengikut pandangan Imam Malik pula, had basuhan kepala ialah keseluruhan kepala.
2.                  Beramal dengan taqlῑd selepas terjadinya sesuatu peristiwa. Contohnya, beramal dengan bacaan Basmallah ketika membaca al-Fatihah. Mengikut mazhab Syafie, sekiranya seseorang terlupa membaca Basmallah dalam bacaan al-Fatihah, maka solatnya tidak sah berbeza pandangan dengan Imam Abu Hanifah. Jika seseorang itu mengerjakan solat dengan bertaqlῑd pada mazhab Syafie namun dia terlupa untuk membaca Basmallah lalu bertaqlῑd mengikut mazhab Hanafi maka solatnya sah.
3.                  Orang yang bertaqlῑd tidak melakukan tatabuk al-rukhaṣ yang boleh menyebabkan hilangnya bebanan taklif ke atasnya. Contohnya dalam bab tayamum. Mengikut  mazhab Syafie, hanya tanah yang suci boleh digunakan untuk tayamum. Sekiranya tiada, maka solat hendaklah didirikan dan diqaḍā’kan semula. Manakala mazhab Maliki meletakkan tanah yang suci dan batu sebagai alat bertayamum. Jika kedua-duanya tiada, maka tanggungjawab menunaikan solat itu gugur. Situasinya ialah pada waktu itu, hanya ada batu sahaja untuk bertayamum. Dalam keadaan ini, mazhab Maliki mengatakan boleh bertayamum menggunakan batu, tetapi seseorang itu tidak mahu bertayamum dengan mengambil pandangan mazhab Syafie yang mengatakan tidak sah bertayamum dengan batu. Setelah itu, dia tidak menunaikan solat secara tunai kerana tidak bersuci dan tidak qaḍā’ kerana mengambil pandangan mazhab Maliki.
4.                  Hendaklah seorang muqallid bertaqlῑd pada mujtahid yang jelas ijtihadnya walaupun mujtahid itu termasuk dalam kategori mujtahid fatwa.
5.                   Tidak  melakukan talfῑq.
6.                  Taqlῑd tidak berlawanan dengan hukum yang ditetapkan oleh qadi walaupun penghakimannya bercanggah dengan nas, ijmak dan seumpamanya.  


ILTIZAM SEORANG MUQALLID KEPADA MAZHAB

Daripada perbincangan sebelum ini kebanyakan ulama Muhaqqiqῑn berpendapat harus ke atas mereka yang tidak mampu berijtihad sama ada orang awam dan orang yang berilmu untuk bertaqlῑd dan bertanya kepada orang yang mampu berijtihad mengenai hukum-hukum fiqh. Maka timbul persoalan di sini berkenaan adakah wajib bagi orang yang bertaqlῑd ini terikat dengan mazhab tertentu di dalam kesemua masalah atau tidak?

Pendapat Pertama  : Wajib Beriltizam Dengan Mazhab Tertentu (Muḥammad al-Hafnāwῑ  1995 : 235)

Ini berdasarkan pendapat al-Kia al-Hirāsῑ dan lain-lain yang mengatakan bahawa sekiranya seorang muqallid yakin bahawa mazhab yang ditaqlῑdkan itu benar, maka mazhab lain secara automatiknya adalah tidak benar. Oleh yang demikian, wajib ke atasnya untuk beramal (beriltizam) mengikut mazhab tersebut.

           
Pendapat Kedua : Tidak Wajib Beriltizam Dengan Mazhab Tertentu (Muḥammad al-Hafnāwῑ  1995 : 235-237)
  
Pendapat ini adalah mengikut pandangan Ibn Burhān dan al-Nawāwῑ. Mereka mengatakan bahawa tidak wajib ke atas mukallaf bertaqlῑd pada mazhab tertentu untuk setiap masalah dan peristiwa yang berlaku. Contohnya jika seorang mukallaf ingin bertaqlῑd kepada mazhab Syafie, maka tidak wajib ke atasnya berterusan untuk bertaqlῑd. Sebaliknya harus baginya berpindah ke mazhab lain.

            Sehubungan dengan itu, hujah yang menyokong bahawa tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu boleh dilihat melalui aspek berikut:

i)        Syarak tidak mewajibkan bagi mana-mana individu yang bukan mujtahid untuk mengikut Imam tertentu atau beriltizam dengan mazhab tertentu pimpinan Imam tertentu. Oleh yang demikian, seorang muqallid tidak wajib memberi iltizam kepada mazhab tertentu kerana sesuatu itu tidak wajib melainkan perkara yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.

ii)      Para Sahabat Nabi s.a.w yang tidak sampai kepada martabat mujtahid bertanyakan kepada sesiapa sahaja daripada kalangan Sahabat yang berupaya berijtihad tanpa terdapat ikatan dengan Sahabat tersebut. Perkara ini berlanjutan tanpa pertikaian daripada sesiapa pun sejak zaman berzaman, maka terhasillah ijmak.

iii)    Pandangan yang mengatakan wajib beriltizam kepada mazhab tertentu akan membawa kesusahan dan kepayahan sedangkan Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 78:

$tBur Ÿ@yèy_ ö/ä3øn=tæ Îû ÈûïÏd9$# ô`ÏB 8ltym 4

Maksudnya : Dan Allah s.w.t tidak menjadikan kamu menanggung dalam agama sesuatu keberatan dan susah payah.

Justeru, perselisihan ulama mujtahid pada hukum-hukum amali merupakan suatu rahmat daripada Allah s.w.t dan keluasan kepada umat Islam. Oleh itu, jika terpaksa mematuhi mazhab-mazhab tertentu, ia merupakan suatu kesusahan dan kepayahan.









RUMUSAN

Taqlῑd bermaksud mengikut pendapat orang alim tentang sesuatu hukum agama tanpa mengetahui dalilnya. Ianya merupakan suatu penerimaan tanpa sebarang hujah. Secara umumnya, ulama mengharuskan orang awam atau orang yang tidak sampai ke taraf mujtahid untuk bertaqlῑd dalam pelbagai masalah. 

            Dalam konteks semasa, umat Islam pada hari ini menggunakan kaedah taqlῑd dalam beramal dengan sesuatu yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Namun demikian, amat penting bagi umat Islam mengkaji dan peka dengan perkara yang ditaqlῑdkan dan sumber pentaqlῑdan tersebut agar tidak terjadi situasi taqlῑd buta semata-mata. Hal ini kerana Allah s.w.t telah melarang sekeras-kerasnya orang yang bertaqlῑd buta.














RUJUKAN

Al-Quran
Abdul Karim Zaidan. 2009. Al-Wājῑz fi Uṣūl al-fiqh. Beirut, Lubnan : Muasasah al-Risalah Nasyirun.
al-Hafnāwῑ, Muḥammad Ibrahim. 1415/1995. Tabṣirah al-nujabā’ bi taḥqῑq al-ijtihād wa al-taqῑd wa al-talfῑq wa al-iftā’. Al-Qahirah: Dār al-Hadῑth.
al-Zuhaῑly,  Wahbah. 1417/1996. Uṣūl al-fiqh al-Islāmiyy. Cet. ulang, Beirut: Dār al-Fikr.
Badrān Abū al-Aῑnῑn Badrān. 1965. Uṣūl al-fiqh. Iskandariah: Dār al-Ma’ārif.
Hassan Bin Ahmad. 2002. Uṣūl al-fiqh. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
Mohd Idris al-Marbawi. t. th. Qamus al-Marbawi. Cet. ke-4. Al-Qahirah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuhu.









DISEDIAKAN OLEH:
HABIBATUL MUDABBARAH BINTI MOHD LUTPI (A 131343)
NURUL AQIDAH BINTI TAJUL ARIFIN (A 131582)
AZREEN BINTI KAMARUDIN (A 131391)


                       

No comments:

Post a Comment