Pages

Monday, March 28, 2011

NASKH


PENDAHULUAN

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad s.a.w  dan merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai panduan umat akhir zaman. Kandungannya yang lengkap menjadikan ia sesuai untuk dirujuk tidak kira masa dan tempat. Di dalamnya mengandungi hukum yang umum untuk dijadikan sebagai garis panduan demi kemaslahatan manusia. Penurunan al-Quran adalah secara beransur-ansur. Apabila berlakunya penurunan al-Quran secara beransur-ansur maka ia melibatkan proses naskh.

            Naskh berkaitan dengan kesesuaian pensyariatan dari semasa ke semasa. Naskh terjadi kerana terdapat hukum yang hanya sesuai digunakan pada sesuatu masa atau keadaan tertentu dan ia kemudian tidak sesuai lagi digunakan lalu menyebabkan hukum tersebut dibatalkan atau digantikan dengan hukum lain. Naskh hanya terjadi ketika nabi Muhammad s.a.w masih hidup kerana ia berkaitan dengan nas-nas syarak. Selepas kewafatan baginda tiada lagi hukum yang dinaskhkan dan hukum tersebut kekal hingga akhir zaman.

            Di dalam kertas kerja ini, dibincangkan tentang takrif naskh, syarat-syarat naskh, dalil pensyariatannya, jenis-jenis naskh dan lain-lain yang berkaitan dengannya.


1. DEFINISI  NASKH

Naskh dari segi bahasa bermaksud membatalkan atau menghilangkan (Al-Razi 1992: 302). Misalnya:
نسخت الشمس الظل أي أزالته
Maksudnya: “Cahaya matahari menghilangkan bayang-bayang.”

Dari segi istilah, ulama usul mendefinisikan naskh sebagai pembatalan hukum syarak yang telah ditetapkan terdahulu dengan dalil syarak yang datang kemudian (Abd Karim Zaidan 2004: 306).


2. DALIL PENSYARIATAN NASKH

Di dalam al-Quran ada menyebut tentang dalil pensyariatan naskh di dalam surah al-Baqarah (2): 106,

$tB ô|¡YtR ô`ÏB >ptƒ#uä ÷rr& $ygÅ¡YçR ÏNù'tR 9Žösƒ¿2 !$pk÷]ÏiB ÷rr& !$ygÎ=÷WÏB 3 öNs9r& öNn=÷ès? ¨br& ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« íƒÏs% ÇÊÉÏÈ

Maksudnya: “Apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan (batalkan), atau yang kami tinggalkan (atau tangguhkan), kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Disebut juga di dalam surah al-Nahl (16): 101,

#sŒÎ)ur !$oYø9£t/ Zptƒ#uä šc%x6¨B 7ptƒ#uä   ª!$#ur ÞOn=ôãr& $yJÎ/ ãAÍit\ム(#þqä9$s% !$yJ¯RÎ) |MRr& ¤ŽtIøÿãB 4 ö@t/ óOèdçŽsYø.r& Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇÊÉÊÈ  

Maksudnya: “Dan apabila kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang ia turunkan, berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta"; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.”

Di dalam kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa naskh itu berlaku. Hukum yang dibatalkan digantikan dengan hukum yang lebih baik atau sebanding dengan hukum asalnya.

            Para sahabat dan salaf telah bersepakat bahawa syariat Nabi Muhammad telah menaskhkan semua syariat nabi-nabi terdahulu seperti menghadap ke Baitul Maqdis ketika solat telah dinaskhkan dengan menghadap kiblat ke Baitullah, mewasiatkan harta kepada ibu bapa dan kaum kerabat dinaskhkan dengan ayat al-Mawaris dan puasa A’syura dinaskhkan dengan puasa pada bulan Ramadan (Badran Abu al-Ainan 1965: 447).


3. HIKMAH NASKH

 i.          Syariat diturunkan bagi memelihara kemaslahatan manusia.

Maslahah kadangkala berubah mengikut kepada perubahan sesuatu keadaan. Ia bermaksud keperluan hamba itu sentiasa terpelihara dalam semua keadaan dan juga untuk sepanjang zaman. Maslahah berbeza dengan berbezanya waktu dan ia memerlukan kepada kebijaksanaan untuk menukarkan hukum yang lepas serta memberikan maslahah kepada mukallaf untuk keluar daripada hukum yang lama dengan mencari hukum lain yang baru dan sentiasa diperlukan (Al-Zuhayli 1999: 238).

Contohnya, pengharaman arak. Arak tidak diharamkan secara serta merta tetapi secara berperingkat sesuai dengan kondisi umat ketika itu yang sukar meninggalkan tabiat yang telah lama berakar umbi. Untuk memudahkan mereka meninggalkan perbuatan itu, maka pengharaman arak dilakukan secara beransur-ansur.

ii.          Mengembangkan syariat Islam ke peringkat yang paling sempurna dengan menunjukkan bahawa Islam adalah syariat yang sempurna (Manna’ Khalil al-Qattan 1998: 219).

iii.          Kewujudan penggantian daripada naskh akan menjadikan mukallaf tetap taat mengamalkan hukum-hukum Allah SWT sama ada mereka taat dan patuh pada hukum tersebut atau pun tidak. Ini bermakna, naskh menguji golongan mukallaf dalam kesanggupan dan keredhaan mereka menerima perubahan satu hukum kepada hukum yang lain (Muhammad Salih al-‘Uthaimin 1990: 88).
iv.          Menjaga perkembangan hukum Islam agar sentiasa releven dengan keadaan semasa serta memberikan kebaikan dan keringanan kepada umat Islam. Keringanan ini adalah untuk menambahkan kebaikan dan pahala bagi hamba yang patuh mengamalkan hukum-hukum yang berubah (Manna’ Khalil al-Qattan 1998: 219). Misalnya hukum bagi wanita beriddah kematian suami. Jika diperhatikan dengan teliti, daripada surah al-Baqarah ayat 240 ia merupakan ayat mengenai hukum bagi wanita beriddah ketika kematian suami adalah satu tahun, dan hukum tersebut telah dimansukhkan dan digantikan dengan 4 bulan 10 hari di dalam surah al-Baqarah ayat 234.


4. SYARAT-SYARAT NASKH

 i.          Hukum yang dinaskhkan itu merupakan hukum syarak dan bukan hukum lain, seperti hukum akal atau buatan manusia. Hukum akal ialah peraturan yang ditetapkan oleh akal, fikiran manusia dan bukan menurut titah Allah SWT (‘Abbas Mutawalli Hamadah 1968: 528).

ii.          Mengetahui kelewatan tarikh dalil yang nasikh (yang memansuhkan) sama ada dengan nas, pemberitahuan Sahabat atau melihat kepada tarikh. Begitu juga sekiranya didapati Rasulullah SAW telah mengeluarkan satu hukum sebelum hijrah kemudian mengeluarkan satu hukum lain selepas hijrah yang saling bertentangan antara satu sama lain maka, hukum yang kedua adalah nasikh (yang memansuhkan).

iii.          Dalil yang nasikh mestilah sabit. Jumhur mensyaratkan dalil tersebut hendaklah lebih kuat daripada dalil yang mansukh (yang dimansukhkan). Mereka berpendapat, walaupun hadis ahad sabit, tetapi ia tidak boleh memansukhkan hadis mutawatir (Muhammad Salih al-‘Uthaimin 1990: 82-84).


5. KAEDAH MENGETAHUI NASIKH DAN MANSUKH

Proses naskh dapat dikenali melalui beberapa cara. Antaranya:-

 i.          Nas yang mengandungi hukum yang menunjukkan kepada nasikh dan mansukh berdasarkan kepada pernyataan Rasulullah SAW. Misalnya sabda Rasulullah SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، ألا فزوروها. فإنها تذكركم الحياة الأخرة
)رواه الحاكم)
Maksudnya: “Sebelumnya aku menegah kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah kerana ia akan mengingatkan kamu akan akhirat”.

Hadis tersebut jelas menunjukkan terdapat perbezaan hukum. Pada permulaannya Rasulullah SAW melarang umat Islam menziarahi kubur. Kemudian, hukum tersebut telah dinaskhkan dengan nas seterusnya pada teks hadis yang sama iaitu Rasulullah SAW mengizinkan mereka menziarahi kubur.

ii.          Ijmak oleh para Sahabat yang mengandungi nasikh dan mansukh. Misalnya pembatalan hukum berpuasa pada hari Asyura kepada berpuasa di bulan Ramadhan.

iii.          Nas daripada para Sahabat dalam menyebut sejarah yang mendahului dan yang terkemudian seperti mereka berkata: dibenarkan kita untuk berbekam:  dalam ihram, dan dilarang untuk kita berbekam: ketika pembukaan Mekah (‘Abbas Mutawalli Hamadah 1968: 537).


6. PEMBAHAGIAN NASKH

Para ulama membahagikan naskh kepada empat bahagian iaitu:

 i.          Naskh al-Quran dengan al-Quran

Para ulama bersepakat bahawa jenis naskh ini diterima. Ini dapat dilihat dalam  firman Allah S.W.T, al-Mujadilah 58: 12:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) ãLäêøyf»tR tAqߧ9$# (#qãBÏds)sù tû÷üt/ ôytƒ óOä31uqøgwU Zps%y|¹ 4 y7Ï9ºsŒ ׎öyz ö/ä3©9 ãygôÛr&ur 4 bÎ*sù óO©9 (#rßÅgrB ¨bÎ*sù ©!$# Öqàÿxî îLìÏm§ ÇÊËÈ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu hendak menghadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya.”

Dalam ayat ini, Allah menyatakan hukum bagi Sahabat yang hendak menemui Rasulullah S.A.W perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut, hukumnya dimansukhkan melalui ayat berikutnya iaitu, firman Allah:

÷Läêø)xÿô©r&uä br& (#qãBÏds)è? tû÷üt/ ôytƒ óOä31uqøgwU ;M»s%y|¹ 4 øŒÎ*sù óOs9 (#qè=yèøÿs? z>$s?ur ª!$# öNä3øn=tæ (#qßJŠÏ%r'sù no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨9$# (#qãèÏÛr&ur ©!$# ¼ã&s!qßuur 4 ª!$#ur 7ŽÎ7yz $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ÇÊÌÈ
(Al-Mujadilah 58: 13)
           
Maksudnya: “Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu menghadap? kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan segala amalan yang kamu lakukan. “

Ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah S.A.W tidak perlu membawa sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya telah dinaskhkan tanpa sebarang gantian dengan hukum yang lain (Al-Zuhayli 1995: 234 ). 

ii.          Naskh al-Quran dengan al-Sunnah

Naskh al-Quran dengan al-Sunnah dapat dilihat pada isu wasiat. Firman Allah:

|=ÏGä. öNä3øn=tæ #sŒÎ) uŽ|Øym ãNä.ytnr& ßNöqyJø9$# bÎ) x8ts? #·Žöyz èp§Ï¹uqø9$# Ç`÷ƒyÏ9ºuqù=Ï9 tûüÎ/tø%F{$#ur Å$rã÷èyJø9$$Î/ ( $ˆ)ym n?tã tûüÉ)­FßJø9$# ÇÊÑÉÈ  
(Al-Baqarah 2: 180)

Maksudnya: “Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara ma'ruf. (Ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.”

Ayat di atas menyatakan bahawa hukum memberi wasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabatnya adalah wajib. Ayat tersebut dinasakhkandengan hadis:


لا وصية لوارث
(Hadis Riwayat Tarmizi, Nasa’i, Ibnu Majah)

Maksudnya: “Tidak ada wasiat bagi ahli waris.”

Hadis ini telah menasakhkan hukum wajib wasiat terhadap ahli waris (Al-Zuhayli 1995: 236 ). 

iii.          Naskh al-Sunnah dengan al-Quran

Bagi jumhur ulama, naskh jenis ini diharuskan. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim tentang kewajipan berpuasa pada hari Ashura:

 عن عائشة قالت : كان عاشوراء صياما، فلما أنزل رمضان كان من شاء صام ومن شاء افطر.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Dari Aisyah r.a beliau berkata: “Hari Ashura adalah hari wajib untuk berpuasa. Ketika diturunkan (kewajipan berpuasa) pada bulan Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa bolehlah berpuasa, sesiapa yang tidak mahu berpuasa, tidak perlu berpuasa.”

Hukum yang terkandung dalam hadis di atas telah  dinaskh oleh firman Allah yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

 `yJsù yÍky­ ãNä3YÏB tök¤9$# çmôJÝÁuŠù=sù ÇÊÑÎÈ
(Al-Baqarah 2 : 185)

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu ada pada bulan itu, maka berpuasalah.”

iv.          Naskh al-Sunnah dengan al-Sunnah

Dalam menaskhkan hadis dengan hadis, jumhur mengatakan bahawa harus  menasakhkan hadis dengan hadis tetapi dengan syarat ia mestilah setaraf dari segi pensabitan dan dalalahnya. Hadis mutawatir boleh menasakhkan hadis mutawatir dan hadis ahad. Sebaliknya hadis ahad hanya dapat menasakhkan hadis ahad sahaja dan tidak dapat menasakhkan hadis mutawatir. Misalnya, Rasulullah S.A.W pernah menegah Sahabat-Sahabat daripada menziarahi kubur kerana sebab-sebab tertentu. Namun selepas itu, Rasulullah S.A.W tidak lagi menegah perbuatan tersebut  (Al-Zuhayli 1995: 239 ). 

Hadisnya berbunyi:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، ألا فزوروها.
                                                  (Hadis Riwayat Muslim)
                       
Maksudnya: “Aku telah menegah kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah.
                                               
v.          Naskh Dengan Ijmak

Pada asalnya naskh tidak berlaku kecuali berlaku ketika Baginda Rasulullah SAW masih hidup, manakala ijmak pula berlaku selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, ijmak tidak boleh menaskhkan al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana ijmak tidak boleh mendahului nas al-Quran dan al-Sunnah kerana nas al-Quran dan al-Sunnah yang mendahului ijmak.

Jika dalil nas yang qat’iyy, maka adalah mustahil untuk ijmak berlaku kerana ijmak juga adalah qat’iyy. Tetapi jika dalil nas itu adalah zanniyy, maka naskh dengan ijmak kemungkinan boleh berlaku. Oleh yang demikian, Jumhur Fuqaha mengatakan ijmak tidak boleh menaskhkan nas dan tidak dinaskhkan (‘Abbas Mutawalli Hamadah 1968: 536).

    vi.            Naskh Dengan Qiyas

Pendapat Jumhur mengatakan bahawa qiyas tidak boleh menaskhkan al-Quran dan al-Sunnah, begitu juga qiyas tidak boleh menaskhkan qiyas yang lain. Begitu juga tidak boleh dinaskhkan qiyas dengan ijmak kerana antara syarat qiyas ialah ia tidak boleh bertentangan dengan ijmak (‘Abbas Mutawalli Hamadah 1968: 536-537).


7. BENTUK NASKH DI DALAM AL-QURAN

Terdapat tiga bentuk naskh  di dalam al-Quran:

 i.          Bacaan dan hukum
Maksudnya, terdapat ayat di dalam al-Quran yang mengandungi hukum syarak  tetapi telah dinasakhkan dan tidak terdapat lagi di dalam al-Quran. Misalnya dalam hadis di bawah:

كان فيما أنزل عشر رضعات معلومات يحرمن فنسخن بخمس معلومات
(Riwayat Muslim)

Maksudnya: “Dahulu, di antara yang turun daripada al-Quran ialah ‘Sepuluh kali susuan yang diketahui mengharamkan’ kemudian dimansukhkan dengan lima kali susuan yang diketahui.”

Hadis di atas menyatakan tentang jumlah susuan yang mengenyangkan. Pada mulanya al-Quran menetapkan dengan sepuluh kali susuan tetapi jumlah ini telah berkurang menjadi lima kali sahaja (Al-Zuhayli 1995: 242 ). 

ii.          Hukum sahaja

Maksudnya, hukum sahaja yang telah dinasakhkan tetapi ayat al-Quran kekal. Misalnya, ayat yang berkaitan dengan hukum  ‘iddah wanita kematian suami  selama satu tahun yang dinaskh menjadi 4 bulan 10 hari iaitu  dalam surah al-Baqarah ayat 240:

tûïÏ%©!$#ur šcöq©ùuqtGムöNà6YÏB tbrâxtƒur %[`ºurør& Zp§Ï¹ur OÎgÅ_ºurøX{ $·è»tG¨B n<Î) ÉAöqyÛø9$# uŽöxî 8l#t÷zÎ) 4 ÷bÎ*sù z`ô_tyz Ÿxsù yy$oYã_ öNà6øn=tæ Îû $tB šÆù=yèsù þÎû  ÆÎgÅ¡àÿRr& `ÏB 7$rã÷è¨B 3 ª!$#ur îƒÍtã ×LìÅ6ym ÇËÍÉÈ
(Al-Baqarah2 :  240)

Maksudnya: “Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya) akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), Maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Ayat tersebut dinaskh dengan ayat 234 surah al-Baqarah:

tûïÏ%©!$#ur tböq©ùuqtFムöNä3ZÏB tbrâxtƒur %[`ºurør& z`óÁ­/uŽtItƒ £`ÎgÅ¡àÿRr'Î/ spyèt/ör& 9åkô­r& #ZŽô³tãur ( #sŒÎ*sù z`øón=t/ £`ßgn=y_r& Ÿxsù yy$oYã_ ö/ä3øŠn=tæ $yJŠÏù z`ù=yèsù þÎû £`ÎgÅ¡àÿRr& Å$râ÷êyJø9$$Î/ 3 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ׎Î6yz ÇËÌÍÈ
(Al-Baqarah 2: 234)

Maksudnya: “Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, Maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.”

Ayat 240, menunjukkan hukum ‘iddah isteri kematian suami selama setahun tetapi ia dinaskhkan  dengan ayat 234, iaitu ‘iddah  isteri kematian suami adalah 4 bulan 10 hari (Al-Zuhayli 1995: 244 ). 

iii.          Bacaan sahaja

Maksudya, ayat al-Quran sahaja yang dinasakhkan tetapi hukumnya kekal. Kewujudan naskh  ini merujuk kepada hadis daripada Umar bin al-Khattab dan Ubay bin Ka’ab yang menyatakan:

الشيخ والشيخة إذا زنيا فرجموهما البتة نكالا من الله والله عزيز حكيم

Maksudnya : “Orang tua lelaki dan orang tua perempuan itu sekiranya keduanya berzina, maka rejamlah keduanya itu dengan pasti (dihukum lempar batu sampai mati) sebagai siksaan dari Allah.”

Hukuman rejam yang disebut daripada hadis di atas, tidak didapati ayatnya di dalam al-Quran kerana ayat tersebut sudah dimansukhkan. Menurut sebahagian ulama, jenis naskh ini tidak dapat diterima kerana hadis ini merupakan hadis ahad (Al-Zuhayli 1995: 245 ).  

8. CARA-CARA BERLAKU NASKH PADA HUKUM

Cara-cara berlaku naskh pada hukum dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu naskh ada ganti dan naskh tiada ganti.

 i.          Naskh Ada Ganti

Naskh cara ini ialah dengan menaskhkan hukum terdahulu, kemudian digantikan dengan hukum yang baru. Ia dapat dibahagikan pula kepada tiga bahagian (Badran 1965: 452) iaitu:

a)      Ganti hukum sama dengan yang dinaskhkan

Jumhur berpendapat bahawa harus naskh dengan hukum yang sama (al-Zuhayli 1986: 961). Contohnya : dinaskhkan hukum mengadap kiblat ke Baitul Maqdis dan digantikan dengan mengadap kiblat ke BaitulAllah (Kaabah) ketika sembahyang (Badran 1965 : 452). Proses ini berlaku melalui hadis dengan ayat al-Quran. Hadis tersebut berbunyi:

أن النبي (ص) أقام يستقبل بيت المقدس في الصلاة ستة عشر شهرا ثم نسخ ذلك بطلب التوجه إلى الكعبة.
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksudnya:  “Sesungguhnya Nabi pernah menghadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan, selepas itu ia dinaskhkan dan Nabi diarahkan menukar kiblat ke arah Kaabah pula.”

Ayat al-Quran itu pula pada firman Allah S.W.T :

ôs% 3ttR |==s)s? y7Îgô_ur Îû Ïä!$yJ¡¡9$# ( y7¨YuŠÏj9uqãYn=sù \'s#ö7Ï% $yg9|Êös? 4 ÉeAuqsù y7ygô_ur tôÜx© ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tysø9$# 4
(Al-Baqarah 2: 144).

Maksudnya: “Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat yang Engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah).”

Sebelum datang ayat di atas, Rasulullah S.A.W telah mengarahkan supaya menghadap ke arah Baitul Maqdis ketika solat. Kemudian, datang ayat yang menaskhkan hadis tersebut iaitu Allah S.A.W telah memerintahkan supaya menukar kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram ketika solat.

b)      Ganti Hukum Lebih Ringan Daripada Yang Dinaskhkan

Contoh ayat yang menyatakan berlaku naskh jenis ini (al-Zuhayli 1999:238) ialah firman Allah S.W.T :

$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# ÇÚÌhym šúüÏZÏB÷sßJø9$# n?tã ÉA$tFÉ)ø9$# 4 bÎ) `ä3tƒ öNä3ZÏiB tbrçŽô³Ïã tbrçŽÉ9»|¹ (#qç7Î=øótƒ Èû÷ütGs($ÏB 4 bÎ)ur `ä3tƒ Nà6ZÏiB ×ps($ÏiB (#þqç7Î=øótƒ $Zÿø9r& z`ÏiB šúïÏ%©!$# (#rãxÿx. óOßg¯Rr'Î/ ×Pöqs% žw šcqßgs)øÿtƒ ÇÏÎÈ
(Al-Anfal 8: 65 )

Maksudnya: “Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti .”

Dalam ayat tersebut, Allah mewajibkan orang Islam melawan musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila nisbah tentera Islam dan musuh ialah 1:10. Kemudiannya hukum ini digantikan dengan hukum yang lebih ringan iaitu nisbah 1:2. Firman Allah S.W.T:

 z`»t«ø9$# y#¤ÿyz ª!$# öNä3Ytã zNÎ=tæur žcr& öNä3ŠÏù $Zÿ÷è|Ê 4 bÎ*sù `ä3tƒ Nà6ZÏiB ×ps($ÏiB ×otÎ/$|¹ (#qç7Î=øótƒ Èû÷ütGs($ÏB 4 bÎ)ur `ä3tƒ öNä3ZÏiB ×#ø9r& (#þqç7Î=øótƒ Èû÷üxÿø9r& ÈbøŒÎ*Î/ «!$# 3 ª!$#ur yìtB tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÏÏÈ)
(Al-Anfal 8: 66)

Maksudnya:  “Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang Dengan izin Allah. dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa telah berlaku pembatalan hukum daripada 1:10 kepada 1:2 orang tentera Islam dengan tentera kafir.

c)      Ganti Hukum Lebih Berat Daripada Yang Dinaskhkan

Kaedah ini bertepatan dengan konsep Islam yang tidak mahu membebankan umat-Nya dalam melaksanakan perintah-Nya (Al-Zuhayli 1986: 962).

Contoh naskh seperti ini boleh dilihat melalui hukum pengharaman arak dan ia melalui empat peringkat dalam pengharamannya (Abd. Latif Muda 1997: 243).

Peringkat Pertama: Pada peringkat ini arak tidak diharamkan lagi. Namun terdapat ayat al-Quran yang berbentuk sindiran berkenaan manfaat arak. Firman Allah S.W.T :

`ÏBur ÏNºtyJrO È@ϨZ9$# É=»uZôãF{$#ur tbräÏ­Gs? çm÷ZÏB #\x6y $»%øÍur $·Z|¡ym 3 ¨bÎ) Îû y7Ï9ºsŒ ZptƒUy 5Qöqs)Ïj9 tbqè=É)÷ètƒ ÇÏÐÈ
(Al-Nahl 16 : 67).

Maksudnya : “Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Peringkat Kedua: Pada peringkat kedua ini, arak masih lagi tidak diharamkan secara pasti lagi walaupun terdapat sindiran tentang arak melalui ayat al-Quran yang diturunkan pada peringkat pertama pengharaman arak. Namun pada peringkat ini, terdapatnya ayat yang menerangkan banyak keburukan terhadap arak berbanding kebaikan atau manfaatnya. Firman Allah S.W.T :

y7tRqè=t«ó¡o ÇÆtã ÌôJyø9$# ÎŽÅ£÷yJø9$#ur ( ö@è% !$yJÎgŠÏù ÖNøOÎ) ׎Î7Ÿ2 ßìÏÿ»oYtBur Ĩ$¨Z=Ï9 !$yJßgßJøOÎ)ur çŽt9ò2r& `ÏB $yJÎgÏèøÿ¯R 3 štRqè=t«ó¡our #sŒ$tB tbqà)ÏÿZムÈ@è% uqøÿyèø9$# 3 šÏ9ºxx. ßûÎiüt7ムª!$# ãNä3s9 ÏM»tƒFy$# öNà6¯=yès9 tbrã©3xÿtFs? ÇËÊÒÈ

(Al-Baqarah 2: 219)


Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: Dermakanlah apa-apa yang berlebih dari keperluan (kamu)." Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.”

Peringkat Ketiga: Pada peringkat ini pula, umat Islam ditegah untuk minum arak ketika hendak menunaikan solat. Hal ini kerana terdapat Sahabat yang menunaikan solat dalam keadaan mabuk dan menyebabkan bacaan ayat al-Quran tersilap. Ayat tegahan itu berdasarkan ayat Firman Allah S.W.T yang berbunyi:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw (#qç/tø)s? no4qn=¢Á9$# óOçFRr&ur 3t»s3ß 4Ó®Lym (#qßJn=÷ès? $tB tbqä9qà)s?
(Al-Nisa 4: 43)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.”

Peringkat Keempat: Pada peringkat inilah berlakunya pengharaman arak sepenuhnya ke atas semua umat Islam. Firman Allah S.W.T :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsƒø:$# çŽÅ£øŠyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ
(Al-Maidah 5: 90).

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya.”
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa perintah tinggal yang membawa kepada haram meminum arak sepenuhnya ke atas semua umat Islam.

ii.          Naskh Tiada Ganti

Naskh yang tiada ganti ialah ayat-ayat atau nas-nas yang telah dimansuhkan dari segi hukumnya dan tidak ada apa-apa gantian dengan hukum baru (Abd. Latif Muda 1997: 245). Ini dapat dilihat dalam  firman Allah S.W.T:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) ãLäêøyf»tR tAqߧ9$# (#qãBÏds)sù tû÷üt/ ôytƒ óOä31uqøgwU Zps%y|¹ 4 y7Ï9ºsŒ ׎öyz ö/ä3©9 ãygôÛr&ur 4 bÎ*sù óO©9 (#rßÅgrB ¨bÎ*sù ©!$# Öqàÿxî îLìÏm§ ÇÊËÈ
(Al-Mujadalah 57: 12 ).

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya.”

Dalam ayat ini Allah menyatakan hukum bagi Sahabat yang hendak menemui Rasulullah S.A.W perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut, hukumnya dimansukhkan melalui ayat berikutnya seperti firman Allah S.A.W:

÷Läêø)xÿô©r&uä br& (#qãBÏds)è? tû÷üt/ ôytƒ óOä31uqøgwU ;M»s%y|¹ 4 øŒÎ*sù óOs9 (#qè=yèøÿs? z>$s?ur ª!$# öNä3øn=tæ (#qßJŠÏ%r'sù no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨9$# (#qãèÏÛr&ur ©!$# ¼ã&s!qßuur 4 ª!$#ur 7ŽÎ7yz $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ÇÊÌÈ
(Al-Mujadalah 57: 13 )

Maksudnya: “Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan segala amalan yang kamu lakukan.”

Ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah S.A.W tidak perlu membawa sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya telah dinaskhkan tanpa sebarang gantian dengan hukum yang lain.

 9. PERBEZAAN NASKH DAN TAKHSIS

Pembatalan hukum atau perubahan hukum yang berlaku di antara nas dengan nas yang lain berkemungkinan boleh menjadi naskh dan kemungkinan boleh menjadi takhsis. Namun demikian terdapat perbezaan di antara naskh dan takhsis (al-Zuhayr t.th: 47).

No.
TAKHSIS
NASKH
1.
Berlaku dengan dalil-dalil aqli dan naqli
Berlaku dengan dalil-dalil naqli sahaja
2.
Hukum yang dikeluarkan itu tidak dikehendaki walaupun terdapat dalam lafaz ayat
Hukum yang dinaskhkan itu dikehendaki sebelum dinaskhkan
3.
Hanya mengambil beberapa lafaz sahaja
Kadang-kadang mengambil beberapa lafaz dan kadang-kadang keseluruhannya
4.
Mengambil lafaz yang dikeluarkan mengikut individu-individu (pendapat jumhur)
Lafaz yang dikeluarkan mengikut masa ke masa


RUMUSAN

Proses naskh berlaku apabila ada ayat al-Quran yang dimansukhkan hukumnya atau digantikan dengan hukum yang lain. Hukum tersebut kebanyakannya memberi keringanan kepada umat Islam dan terdapat juga hukum yang lebih berat daripada hukum yang sebelumnya.

            Ulama telah menetapkan syarat-syarat bagi mengenal pasti hukum yang dinaskhkan di dalam al-Quran dan mengenal pasti bentuk naskh sama ada pemansukhan ayat terdahulu hanya pada hukum sahaja, pada bacaan sahaja atau pada kedua-duanya sekali.

            Pemansukhan hukum terjadi untuk disesuaikan dengan masa atau keadaan tertentu. Ada hukum yang dinaskhkan secara berperingkat supaya umat Islam tidak rasa dibebani untuk melaksanakannya.  Ini kerana al-Quran sentiasa menjamin kemaslahatan manusia dan hukum yang dinaskhkan atau diganti dengan hukum yang baru semata-mata untuk penambah baikan kehidupan manusia di dunia dan akhirat.



RUJUKAN

Al-Quran

Al-Hadis

Abd Karim Zaidan. 2004. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Resalah Publishers.

‘Abbas Mutawalli Hamadah. 1968. Usul al-Fiqh. Qaherah: Darul Nahdah al-Arabiah.

Abdul Latif Muda. 1997. Huraian Ayat-Ayat Hukum. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Al-Razi, Muhammad b. Abu Bakar b. Abdul Kadir. 1992. Mukhtar Sohih. Beirut: Maktabah Lubnan.

Al-Zuhayli, Wahbah. 1999. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Damsyiq: Dār al-Fikr.

Al-Zuhayli, Wahbah. 1986. Usul al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Jil 2. Damsyiq: Syria.

Al-Zuhayr, Muhamad Abu al-Nur. T.th. Usul al-Fiqh. Juz 3. Mesir: Jamiah al-Azhar.

Badran Abu al-Ainan Badran. 1965. Usul Fiqh. Dar al-Maa’rif.

Manna’ Khalil al-Qattan. 1998. Al-Mabahis Fi Ulum al-Quran. Beirut-Lebanon: Muassasah al-Risalah.

Muhammad Salih al-‘Uthaimin. 1990. Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Fiqh. Terj. Fadlan Mohd. Othman. Johor bahru: Perniagaan Jahabersa.



 SOFIAH BINTI ABU BAKAR (A 135431)
NORASHIKIN BINTI ABD HALIM (A 135360)
NURUL FARAHIN BINTI AZMAN (A 135400)
NORSHAHIRA BINTI KAMARZAMAN (A 135397)





No comments:

Post a Comment